Pelayaran Ilmu Seorang Da’ie

[tag(umum): Coretan Al-Kahfi 080006052016]

P1010397

Ba’da A’uzubillahiminassyaitonirrajim

Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada muridnya: “Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan (untuk mencari Khidr); atau aku akan berjalan sampai bertahun-tahun” [18:60]

Jika Allah SWT tidak mentaqdirkan Nabi Allah Musa AS untuk bertemu di simpang lautan, tentu sahaja hari ini riwayat kisah Nabi Allah Musa AS berakhir di lautan. Begitulah contoh sikap para da’ie dalam mencari ilmu dan hikmah. Semangat (Hammasah) dan Kesungguhan (Jiddiyyah) Nabi Allah Musa AS menjadi teladan kepada kita bahwa pelayaran Ilmu seorang da’ie tiada pengakhirannya sehingga nyawa berpisah daripada jasad.

Ramai menyangka, semakin banyak ilmu, semakin hebat orang itu. Tetapi para pencinta ilmu harus berwaspada! Sahabat Nabi SAW, Abdullah Ibn Mas’ud pernah berpesan: “Bukanlah ilmu itu diukur dengan banyaknya riwayat. Akan tetapi pokok dari ilmu (ilmu yang bermanfaat) adalah khas-yah/rasa takut -kepada Allah”.

Perjalanan ilmu ialah perjalanan taqwa. Manfaatnya dituai setelah ianya disiram dengan amal-amal soleh beserta baja ketaqwaan kepada Allah untuk menyuburkannya. Itulah ilmu dan hikmah yang dicari oleh Nabi Allah Musa AS dan Allah menemukannya bagi orang-orang bersungguh-sungguh mencari, meneliti dan mengkaji; ikhlas kerana-Nya.

JIka tidak kerana kesungguhan Nabi Allah Musa AS dalam pelayaran mencari ilmu ini, tentu kisah ini tidak tercatat dalam kitab Agung ini untuk dijadikan ibrah buat kita, golongan pencinta ilmu. Amin.

Jumu’ah Mubarokah.

Ajari aku tentang ukhwah..

[tag(usrah): ukhwah fillah abadan abadaa]

strongwall-1024x640

Dalam Al-Quran, Allah telah mengajarkan kita untuk berukhwah. Allah menerangkan dalam surah Al-Hujurat ayat 10.

49_10 “Hanyasanya orang-orang beriman itu bersaudara. Maka perbaikilah hubungan antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. [Al-Hujurat 49:10]

Tiada iman tanpa ukhwah. Allah menerangkan orang-orang mukmin itu mesti bersaudara untuk menunjukkan bahawa Iman itu hanya tercipta dengan ukhwah.

Sepertimana solat sebagai ibadah fardhu ain, ukhwah pula ialah ibadah fardhu untuk membuahkan iman.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

“Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman.

1. Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya

2. Tidak dia mencintai seseorang kecuali kerana Allah

3. Benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)

Ada beberapa perkara penting yang boleh diteladani daripada apa yang diajarkan oleh Allah dan Rasul.

Pertama, ukhwah yang hanya mendapat rahmat dan pahala di sisi Allah SWT ialah ukhwah ataupun persaudaraan kerana Allah. Ukhwah yang dibina semata-mata menegakkan Islam itulah ukhwah yang diredhai Allah.

Kedua, iman dan ukhwah itu seiring. Jika seseorang itu beriman pada Allah, kemanisan iman yang dirasai itu ialah hasil manisnya ukhwah pada saudaranya. Sakitnya iman seseorang akan menjangkiti ukhwah pada saudaranya.

Ketiga, Allah menggunakan huruf ‘fa’ selepas menerangkan “Hanyasanya orang-orang mukmin itu bersaudara”. ‘Fa’ di sini membawa dua maksud: maka dan serta-merta.

“Hanyasanya orang-orang mukmin itu bersaudara” firman Allah tidak terhenti di situ. Allah menyambung: “Maka (dengan serta-merta) perbaikilah hubungan antara dua saudara kamu”.

Manusia itu alpa dan membuat kesilapan, begitu juga dengan ukhwah di antara manusia. Oleh sebab itu, Allah mengajarkan kita untuk serta-merta dan sentiasa “perbaiki” hubungan antara dua saudara kamu.

“Perbaiki” atau “Islah” di sini ialah membaiki hubungan jika ada silap faham, perselisihan dan sesuatu yang tidak disukai dengan cara yang baik, lembut dan berhikmah. Selain itu, “Islah” juga ialah memperbaharui hubungan sesama saudara kita jika sudah lama tidak bertemu, bertegur sapa atau berkata-kata dengannya. Teknologi hari ini memungkinkan kita semuanya.

Ukhwah seperti ini yang ditagih oleh Allah dan Rasulnya. Lihatlah bagaimana Abu Bakar RA mendepani perselisihan dengan Umar RA. “Tidak ya Rasulullah. Tidak, ini bukan salahnya. Demi Allah, akulah yang keterlaluan!”

Menjadikan Rasulullah sebagai pendamai dan tidak menyalahkan orang lain itulah sunnah sahabat yang perlu diteladani saat ukhwah kita diuji dan bukannya menghindarkan diri.

Wallahu’a’lam.

Eksklusif

[tag(usrah): mengelak mudarat yang banyak untuk keberhasilan yang sedikit dan sempurna]

Pasti dalam benak muharrik sekalian pernah bertanya, KITA ini penyeru (pendakwah), tetapi kenapa dakwah kita kadang-kadang macam eksklusif bukan inklusif? Bilamana ada pula lapisan-lapisan usrah, ada pula bahan-bahan tertentu mengikut lapisan, apakah kita tahu yang anak usrah kita ini berada di lapisan yang betul? Habis, bagaimana dengan orang tak mengikut usrah, tiba-tiba datang untuk menyertai usrah, dimanakah lapisan yang sesuai yang boleh menempatkannya? Bagaimana dahulu kita rapat orang itu ketika dia mengikut usrah dan sejak dia sudah tinggalkan usrah, kita sudah tidak rapat dengannya, hanya rapat dengan yang mengikut usrah sahaja? Jika kita tak cukup tangan, kenapa kita terpaksa biarkan orang itu tiada usrah (dalam keadaan orang itu tidak kisah dia ada usrah atau tidak)?

Di sini, apabila tiada kefahaman yang betul, penggerak-penggerak dakwah akan keliru dengan gerak kerjanya, lalu dia pun mengikut arus umum yang dia rasakan betul rasionalnya tanpa meletakkan perhatian terhadap perkara-perkara yang bakal berlaku selepasnya. KITA seharusnya jelas pada dakwah yang kita serukan dahulu dalam kita menyeru orang kepada jalan dakwah ini. Jika kita tidak jelas, perkiraan yang kita lakukan akan mendapat unjuran yang tidak progresif. Lalu, KITA akan letih dalam membawa usrah, dan orang-orang keliru (tak faham) mula meninggalkan usrah, menyebabkan kita yang bakal terkorban. Adakalanya, prinsip perlu dipegang supaya gerak kerja kita lebih berhati-hati dan berkualiti.

Dakwah kita bukan eksklusif dan sempit pada golongan tertentu. Tentunya tidak, kerana Islam tidak mengajar kita begitu. Islam ialah rahmat untuk semua dan semua orang berhak menikmatinya. Cuma, KITA berdakwah secara fokus dan teliti seperti apa yang dianjurkan oleh sunnah. Cuba hayati perbezaannya, dakwah kita berfokus bukan sempit.

Apa yang dimaksudkan dengan sempit dan fokus? Bila kita menyoroti sirah Nabi SAW, dakwah itu dimulakan dengan sirr (secara rahsia) kemudian jahar (terbuka). Semasa dakwah terbuka pula terbahagi kepada dua fasa, sebelum dan selepas Hamzah dan Umar memeluk Islam (lebih kurang 5 H, Umar peluk Islam selepas beberapa hari Hamzah memeluk Islam). Perlunya kita berpegang kepada fasa dakwah secara general yang cuba diketengahkan oleh Imam Hassan Al-Banna iaitu:

1. Taa’rif (Tajmi’ ialah subset kepada Taa’rif)

2. Takwin (Tarbiyyah, mu’ayashah ialah subset kepada takwin)

3. Tanfiz (Tanfiz tidak akan lengkap tanpa takwin berterusan)

Bukti dakwah nabi tidak sempit ialah Nabi melakukan proses keterbukaan semasa awal-awal peringkat dakwah secara terbuka diperintahkan. Namun setelah itu, proses penapisan berlaku setelah ada yang tidak mahu mengikuti seruan nabi.

Perkara ini sebenarnya disunnahkan kepada kita untuk memahaminya. Dalam dakwah KITA, bahagian yang paling utama ialah TAKWIN kerana di situlah tempat untuk memfokuskan dakwah KITA setelah berlakunya proses Taa’rif ataupun Tajmi’. Jadi, KITA tidak pernah menyempitkan atau mengeksklusifkan dakwah KITA. Ianya adalah proses berpanjangan (follow up). Takwin merupakan proses utama dan menentukan keberhasilan dan keberjayaan dakwah KITA. Kerana itu ianya perlu berfokus, kerana kita akan menjadi sukar untuk berfokus apabila bilangan orang yang mengikuti dakwah KITA (melalui usrah yang kita bawa) melebihi daripada 7 orang ke atas. Jika ianya melebihi, ketika itu, wasilah usrah akan menjadi pengisian umum sahaja dan padanya sudah mencairkan nilai Takwin itu sendiri.

Pada proses takwin itu adanya tarbiyyah, mu’ayashah dan Qodhoya. Di situ barulah KITA akan menilai kesesuaian bahan yang digunakan pada peringkat-peringkat takwin tertentu. Kerana itu, pada fasa Ta’arif, adalah sangat penting bagi seorang penggerak menilai dan mengelaskan mutarabbinya supaya mutarabbinya berada di peringkat yang betul lalu menunaikan haknya sebagai mutarabbi (dari segi bahan dan kefahaman). Jika tidak, takwin sukar untuk dilaksanakan apabila mutarabbi tidak berada di peringkat yang betul, lalu akan terjadinya salah faham atas kekeliruan mutarabbi itu sendiri sehingga akan menimbulkan mudarat kepada murabbi dan mutarabbinya sendiri.

Dakwah yang sempit ialah dakwah yang memilih-milih pada golongan tertentu, pada kaum tertentu atau pada kenalan jamaie sahaja. Lalu jika dia berbaju ungu kita berbaju coklat, kita awal-awal lagi sudah tidak menghiraukannya jika kita memilih yang berbaju coklat sahaja. Di situ, dakwah menjadi sempit, apabila bahan yang digunakan pula hanya sempit kepada satu bidang Islam dan tidak menyeluruh. Contohnya: fokus kepada siasah Islam berbanding pembangunan umat dan diri sendiri. Lalu, apabila yang mengikut dakwah dikelas-kelaskan mengikut baju, bukan kefahaman, orang akan mudah tersalah faham dan akan ada pengikut yang menjadi ekstrem seterusnya menimbulkan suasana yang keruh. Seruan Islam itu perlu berlandaskan perkara-perkara yang positif dari sudut mikro (individu atau perkumpulan kecil) dan cenderung kepada perkara-perkara yang positif dari sudut makro (melibatkan keputusan perkumpulan yang berskala besar). Di situ, perlunya pemfokusan pada tarbiyyah, supaya orang yang menerima tarbiyyah itu jelas membuat keputusan dan dakwah yang KITA serukan.

Pada setiap fasa di atas, perlunya ada kefahaman mengikut waqi’ (realiti = lokaliti, tempat, masa, keadaan mutarabbi) yang baik, sebelum melaksanakannya dan kadang-kadang kita perlu fokuskan individu tertentu daripada beberapa individu yang berpotensi. Kalau kita tidak berhati-hati dalam fasa ta’arif, kita akan menjadi terbeban pada fasa takwin. Lalu akan menimbulkan situasi “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”. Dan pada fasa takwin itu perlulah dilakukan secara berfokus. Tunaikan hak pada orang-orang yang mahu dahulu, daripada orang yang berpotensi tetapi ia akan berubah mengikut waqi’ dan kita perlu bijak dalam mengatur strategi dakwah KITA sendiri supaya ada check and balance dalam melunaskan hak-hak dakwah KITA.

Pada peringkat Tanfiz, fasa takwin itu berjalan mengikut waqi’ tertentu. Tidak boleh tidak fasa tanfiz tanpa ada fasa takwin, cuma penekanannya mungkin berbeza kerana mutarabbi akan lebih banyak belajar dalam fasa takwin nya sendiri, kerana dia juga melakukan fasa dakwah yang sama.

Jadi, kita fahami disini, dalam gerak kerja dakwah KITA, tiada perkataan eksklusif mahupun sempit. Yang ada ialah berfokus untuk keberhasilan dakwah yang berpanjangan dan insyaAllah berkekalan.

Mu’ayashah

[tag(usrah): Mu’ayashah = kebersamaan]

semoga rabitah ini terus kuat keranaMu...

Sesungguhnya, kebersamaan kerana Allah (ukhwah Islamiyyah) itu lebih manis dan indah daripada kebersamaan kerana manusia dan dunia (ukhwah insaniyyah). Hai orang yang berselimut! Bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit, atau lebih dari seperdua itu. [73: 1-3]

Pemuda Bergerak

[tag(usrah): melazimi sifat pemuda sebenar]

Tahun Hijrah kedua, ahli-ahli Badar semuanya bersiap sedia untuk mencantas Abu Sufian dan barang dagangannya yang kebanyakan ialah kepunyaan harta umat Islam yang berhijrah. Tujuan mereka tidak lain hanyalah untuk mengambil kembali barang harta mereka, tidak lebih daripada itu. Barisan sudah diatur rapi. Ahli-ahli semuanya sudah bersedia untuk pergi memintas rombongan Abu Sufian yang pulang ke Makkah. Rasulullah memeriksa ahli-ahli yang mengikuti rombongan ini. Lalu baginda SAW melihat Zayd dengan bilahan pedang di sisinya. Kelihatan, pedang itu lebih tinggi daripada orangnya baginda SAW Continue reading

Serius dan Prioriti

[tag (usrah): tanggungjawab kita sangatlah besar]

Lama rasanya tak menulis, rasa bersalah pula mengabaikan blog dah berapa minggu tidak di’update’. Terbiar berhabuk dek sibuk dengan kelas dan tanggungjawab membentuk manusia-manusia untuk ke arah individu Muslim, saya pula semakin hilang arah tuju dengan tanggungjawab dakwah pena ini. Astaghfirullah.

Post kali ini saya ingin memperkenalkan tag yang saya lebih berkenan untuk para pembaca teliti sebelum membaca tulisan-tulisan saya. Baris pertama setiap artikel saya selepas ini akan Continue reading

Profession Utama

[tag: pekerjaan yang paling mulia]

Sebulan lebih masa dihabiskan di Malaysia mengajar saya untuk memahami tanggungjawab tugas Muslim. Sebelum-sebelum ini, saya ingatkan saya seorang sahaja yang punyai masalah dalam menjalankan d&t, tetapi sangkaan itu meleset.

Saya sempat bertemu ramai orang yang saya rasakan mereka ini sangat hebat dalam kerja dakwah mereka. Sehinggakan saya terfikir, mereka ini tak ada kerja lainkah untuk dilakukan sehinggakan dunia semakin menjauh daripada mereka  dan mereka kelihatan seperti sedikit tua daripada umurnya.

Pada malam Sabtu, 29 Julai setelah 4 tahun, saya bertemu sekali lagi dengan Continue reading