As-Saiyf wa Ar-Rijal

[tag: summer 2010 & upcoming ISNA conference]

Musim panas memang menguji rohani dan jasmani. Banyak ujian daripada pelbagai aspek sebenarnya, namun dua ujian bagi diri saya yang paling ketara. Pertamanya, Subuh. Ini merupakan perkara hidup dan mati. Hidup maknanya, bangun dan tunaikan solat Subuh, mati iaitu tidur mati. Ternyata, waktu central ini agak mencabar, kalau waktu eastern, subuh mereka agak lewat sedikit, tapi Subuh waktu central agak awal sebenarnya terutamanya di penghujung bulan 6. Ini merupakan waktu ‘peak’ ataupun siang paling panjang dalam setahun. Subuh di waktu ini masuk dianggarkan dalam 4.05am, matahari terbit jam 5.32am dan terbenam pada jam 8.09pm. Maknanya waktu siang disini musim panas anggarannya ialah 14 jam 30 minit.

Subuh yang awal memerlukan sedikit kerja keras untuk bangun Subuh. Betul, waktu berubah, aktiviti harian pun kenalah diubah untuk ‘adapt’ dengan waktu tertentu, tapi semuanya bukan mudah nak dilakukan. Jadi, memang Continue reading

Advertisements