Iltizam KITA

[tag(umum: semangat juang itu ada pada orang berani sahaja!]

Cuba mainkan video di bawah ini:

{Semasa} Dr. Mazlee – Pemuda dan Palestine

Saya menghormati Dr. Maszlee secara peribadi. Seorang yang pakar dalam politik timur tengah dan dunia terutamanya politik Islam. Pakar dalam bidang sejarah Palestine. Ucapannya sangat bertenaga dan menyemarakkan seluruh hadirin malam itu. Aku juga merasainya. Aku terkesan dengan ucapannya.

Antara ucapannya:

“Berita gembira wahai Ikhwah Akhowat pemuda pemudi sekalian, selepas Arab Spring, kita diberitahu, di Mesir, di Libya, di Tunisia, di Syria, di Jordan, di Gaza, di West Bank, jutaan pemuda telah bersiap sedia untuk membebaskan bumi Palestine. Millions, millions of or Arab Youths are ready to liberate the land of Palestine!”

Ucapan ini menyemarakkan semangat juang anak-anak muda. Pemuda-pemudi seluruh dunia Islam sedang bangkit dan aku percaya di Malaysia pun begitu. Dengan takdir Allah, rejim yang zalim, yang menindas rakyat dan bangsanya sendiri akan dijatuhkan satu per satu. Aku takut aku tidak sempat berjuang bersama mereka untuk membebaskan Palestine. As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin seorang yang lumpuh mengetuai Hamas ketika dahulu telah membuat unjuran dengan menjangkakan Palestine akan dibebaskan sekitar tahun 2014. Namun, beliau syahid dahulu tanpa sempat melihat Palestine dibebaskan. Begitu juga dengan mutarabbinya Dr. Abdul Aziz Rantisi, syahid sebulan selepas Sh. Ahmad Yassin.

Saya tidak ingin mengatakan yang kosong tetapi, jika berpeluang, pada waktu itu, aku ingin berada di barisan depan dan yang pertama membebaskan Palestine. Saya terkadang merasa jelek menjadi pemuda yang tersangkut dengan filem-filem cinta, lagu-lagu cinta, muzik-muzik melalaikan, game-game, komik-komik, permainan illusi, yang paginya penuh dengkuran, yang culas untuk berfikir tentang Ummah dan memikirkan hanya tentang diri sendiri. Aku ingin bersama orang yang ingin menegakkan Al-Haq, kerana bersama mereka ada semangat dan bersama mereka syurga itu terasa dekat. Mari kita bina generasi yang ingin menegakkan Al-Haq dan mencintai Islam dengan jiwa dan raganya.

Dengan tulisan ini, saya harap semoga semangat ini tidak luntur bila aku membacanya kembali, insyaAllah. Allahumma tsabbit qulubana ala dinik waa’ala thoa’tik.

WAHAI PEMUDA, INI ILTIZAM KITA!

p/s: sedang bersiap sedia untuk sebulan setengah lagi menjejaki Malaysia. Medan jihad dakwah akan menjadi luas dan kompleks.

Berani kerana benar

[tag: takut kerana salah]

Orang yahudi-zionis memang memusuhi Islam. Dan pemimpin-pemimpin mereka kelihatan takut kepada kebenaran sebenar. Mereka sanggup berbohong, menipu, menindas dan menghukum sesiapa walaupun Tuhan (Allah) sendiri kerana keegoan mereka dengan kelebihan bangsa (pride) yang diberi oleh Allah pada mereka. Al-quran juga sudah lama mengulas tentang mereka. Semoga sumbangan Gaza akan sampai ke tangan-tangan yang bertanggungjawab, InsyaAllah. [Mari menderma untuk Palestin!!!]

Continue reading