Saluran

[tag: mencuba]

Ketika Rasulullah bertemu Rukanah Abdu Yazid yang merupakan ahli gusti di Makkah, Rasulullah mengambil kesempatan tersebut untuk menyampaikan Islam. Lalu Rasulullah mengajak Rukanah yang berbadan tegap dan besar bergusti. Kalah pada pusingan pertama, Rukanah tidak berpuas hati. Dia inginkan perlawanan ulangan. 2 pusingan seterusnya, dia tetap tidak mampu melawan Rasulullah, kekasih Allah, Nabi terakhir dan imam segala Nabi di dunia, insan maksum dan manusia paling sempurna.

Rukanah masih tidak mahu mengakui kenabian Rasulullah, lalu menyuruh baginda SAW Continue reading

Advertisements

Mukadimah

Dengan nama Allah.

Post pertama ini sebagai tanda perasmian wordpress ataupun blog saya yang baru. InsyaAllah, blog kali ini akan diberi nafas dan sentuhan baru tidak seperti blog KafBa’Ro’KafAlifTa’Nun yang lepas. Blog yang lama, akan ditutup dua minggu dari hari ini. Sebab musabab saya bertukar blog atas sebab keformalan wordpress daripada blogger. Dan, perisian wordpress ini lebih mudah diselenggara, seperti urusan mengedit, menulis, memasukkan gambar dengan menggunakan aplikasi yang lebih mudah. Selain itu, wordpress lebih tidak terganggu dengan iklan-iklan spam seperti blogger. Juga, penukaran blog ini saya anggap seperti suatu hijrah pemikiran supaya isi-isi blog yang lepas yang kebanyakannya terlalu abstrak dan formal akan dimudahkan dengan bahasa yang lebih santai ataupun ‘half-formal language’. Kali ini, ‘keyborad’ ini akan menjadi sebuah medium untuk cetusan ilmu, pengalaman, cerita, diari dan sebagainya. Mohon istiqamah dan doa pembaca untuk saya terus tsabat dalam penulisan di blog yang baru ini.

Wassalam.