Hati batu emak

[tag: hanya luahan rasa buat emak]

Kelmarin, pertama kali menelefon mak dari tanah haram. Kemain seronok suara mak. Tercapai juga hajat mak ayah nak ke tanah haram. Kalau di Malaysia dahulu, sebut sahaja pasal tanah haram, tentang lokasi itu dan ini, mak dah tahu dah di mana, macammana tempatnya, apa persekitarannya. Macam 3 kali dah pernah pergi. Begitulah ‘eager’ nya mak pasal tanah haram dan haji ini.

melihat anaknya berlepas dari KLIA

Mak pergi haji bukan dengan cita-cita kosong. Husnul khatimah sudah tentu dipintanya. Mengasingkan diri daripada suasana kampong, saudara-mara dalam kadar masa yang lama bukan kebiasaan bagi mak dan ayah. Antara hajat terbesar mak di tanah haram Continue reading

Haji Mabrur

[tag: Rukun Islam ke-5]

mak (berbaju biru) dan ayah (berbaju hijau) sedang beratur untuk menyertai rombongan haji. (Oktober 18 2010)

Dari umrah ke umrah adalah penghapus dosa di antara kedua-duanya. Dan haji mabrur tidak ada balasannya kecuali syurga. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Saya mendoakan mak dan ayah saya mendapat haji mabrur yang dijanjikan syurga. InsyaAllah, saya berazam mendoakan mereka selepas setiap solat terutamanya solat Maghrib supaya mereka memperolehi haji mabrur. Semoga Allah memberkati perjalanan mereka.

Selamat pergi dan selamat pulang mak dan ayah.