Perempuan Cantik dari Syurga

[tag(umum): jangan ikut hawa nafsu]

Image

Suatu hari, Malik bin Dinar berjalan di sudut-sudut kota Basrah. Di tengah perjalanan, ia melihat seorang hamba sahaya perempuan Raja, diiringi oleh para pelayan, sedang menaiki kenderaan. Ketika melihatnya, Malik bertanya, “Apakah kamu akan dijual oleh tuanmu?”

“Kalau ya, apakah kamu akan membeliku, pak cik tua?” tanya hamba itu kepada Malik bin Dinar.

“Ya. Tapi yang lebih baik daripadamu.” Sahaya itu tertawa mendengarnya. Malik pun dipelawa ke rumah tuannya. Sesampainya di rumah tuannya yang megah, Malik jipertemukan dengan tuan rumah.

“Maksud kedatangan tuan apa?”

“Juallah hambamu kepadaku.”

“Sanggupkah engkau membayarnya?”

“Harganya, bagiku tak lebih daripada buah kurma yang berulat.”

“Bagaimana boleh demikian murahnya?” tanya tuan rumah.

“Kerana banyak cacatnya.”

“Cuba tunjukkan cacatnya?”

“Jika.. dia tidak memakai minyak wangi, bau badannya busuk. Jika tidak menggosok gigi, bau mulutnya busuk. Jika tidak menyikat dan memakai minyak rambut, kutunya keluar dan kusut rambutnya. Jika usianya telah tua, maka ia menjadi bongkok. Ia mendapat haid, kencing dan mengeluarkan banyak kotoran. Mungkin ia hanya mencintai dirinya sendiri. Boleh jadi dia mencintaimu juga. Tapi, ia tak memenuhi janjinya kepadamu, tidak tulus dalam mencintaimu dan tidak seorangpun menggantikanmu untuk memilikinya.

Aku dapat memperolehinya dengan harga selain yang engkau minta untuk hambamu, yakni, gadis yang diciptakan daripada intisari mata air di syurga. Jika air masin dicampur dengan ludahnya, akan menjadi lazat. Jika orang mati dipanggil dengan suaranya, ia akan menjawab. Jika pergelangan tangannya tekena sinar matahari, justeru mataharinya yang akan gelap. Seandainya nampak pada waktu malam, maka cahayanya akan terang benderang. Dan jika ia menghadap ke segala penjuru dengan perhiasan dan pakaiannya, pemandangannya akan nampak indah. Ia tumpub di antara taman-taman minya kasturi dan za’faran. Ia tak pernah mengingkari janji dan kasih sayangnya sejati. Manakah yang lebih tinggi harganya?”

“Tentu, yang engkau ceritakan itu,” kata pemilik hamba sahaya.

“Harganya tidak terlalu mahal,” kata Malik.

“Berapa?”

“Sedikit saja. Yakni, engkau sediakan waktu sesaat di malam hari, Lalu, khususkan waktu yang tak lama itu untuk solat dua rakaat kepada Tuhanmu. Ketika hendak menikmati makanan, ingatlah pada orang yang lapar. Utamakan Allah daripada syahwatmu. Singkirkan batu dan kotoran daripada jalan dan gunakan hari-harimu dengan bekal secukupnya. Hilangkan keinginanmu daripada tempat yang penuh kelalaian dan hiduplah di dunia secara mulia sepertimana adanya, hingga kelak kamu datang ke tempat kemuliaan daam keadaan aman dan kekal tinggal di syurga.”

“Wahai hamba sahayaku, apakah engkau mendengar ucapan orang tua ini?” tanya sang majikan pada hambanya.

“Ya.”

“Apakah ia benar atau berdusta?”

“Benar. Ia berbuat baik dan menasihati.”

“Jika demikian, engkau bebas demi redha Allah, kebun ini dan sebahagian harta kuberikan padamu sebagai sedekah. Wahai para pelayan, kalian bebas. Kuberikan kebun ini, sedangkan rumah dan seluruh isinya, kunafkahkan di jalan Allah.”

—-

Dipetik daripada Himpunan Kisah-Kisah Teladan (71 Kisah Benar) – Jilid 7

—-

Pengajaran:

1. Kebijakan dalam berdakwah

2. Berdakwah melalui penceritaan dan contoh

3. Kecantikan tidak akan kekal

4. Allah telah menutup aib kita untuk berhadapan dengan orang ramai

5. Beribadat kerana Allah (dengan menyandarkan niat mendapatkan ganjarannya)

6. Berkorban kepentingan dunia di jalan Allah S.W.T.

Advertisements

‘Qowiy’

[tag(usrah): ukhuwwatina sirru quwwatina]

Image

Walimah akhi Sufi & ukht Salsabila

Dahulu, selalu sahaja saya mendengar perkataan ‘qowiy’. Jumpa akh sekian yang hebat memberi penyampaian, orang akan katakan si dia ‘qowiy’. Bila melihat akh amalannya banyak, hafalannya bagus dan disiplin mantap orang labelkan dia ‘qowiy’. Sampai satu masa, perkataan ‘qowiy’ itu hilang daripada maknanya sebenar apabila, menjadi seorang akh yang saya fahami bukanlah matlamatnya menjadi ‘qowiy’ sebegitu.

Saya cuba mencari pengertian baru di kalangan du’at muda dan lama mahupun di kalangan masyarakat umum. Lalu, saya berjumpa dengan maksud perkataan ‘qowiy’ yang baru. Yang dirasakan, itulah maksudnya yang sebenar supaya menjadi rujukan buat para du’at yang muda bersemangat. Kelak, tiada lagi ada yang menyatakan mereka itu tak ‘qowiy’ atau si polan tidak ‘qowiy’. Kerana, zaman dakwah itu berubah-ubah, daripada satu fasa ke satu fasa, daripada satu realiti kepada satu realiti. Ideal ialah seperti menyusun bongkah-bongkah kayu ke dalam satu ruangan. Untuk memenuhi sesuatu ruangan yang ideal, kadang-kala kita harus memberi laluan, supaya ada ruang dalam menyusun bongkah-bongkah bagi memenuhi ruangan kosong.

Jika ‘qowiy’ dimaknai oleh para du’at yang bersemangat itu dengan makna yang ideal, berilah laluan agar ada ruang yang dapat diisi oleh para du’at lain yang dianggap kurang ‘qowiy’. Kerana memberi ruang itu sebahagian daripada ruangan tetap ‘qowiy’ yang ideal. Fasa realiti dakwah berbeza dengan fasa teori dakwah. Dakwah kita menghasilkan produk, bukan prototype. Prototype itu nanti akhirnya akan dilupakan. Yang wajib itu ialah bergerak, bukan ‘qowiy’ atau tidak ‘qowiy’ di mata kita.

Lalu, melepasi sesuatu fasa itu lah makna baru yang saya temui bagi perkataan ‘qowiy’. Kerana setiap fasa yang dapat di atasi menjadikan kita semakin utuh di jalan dakwah. Wallahu’alam.

Alhamdulillah. Barakallah saya ucapkan kepada sahabat baik akhi Sufi Mazli kerana telah mengakhiri zaman bujangnya pada 1 Mac lepas. Saya berdoa agar pasangan ini terus memecut laju dalam dakwah. MasyaAllah, ini baru ‘qowiy’!! : )

[Khutbah Jumaat] – Hijrah dan Cinta

[tag(umum): hijrah kerana dakwah]

إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ, نَحْمَدُهُ, وَنَسْتَعِينُهُ, وَنَسْتَغْفِرُهُ, وَنَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا, ومِن َسَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا

مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ, وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ, وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ, وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ

أَمَّا بَعْدُ:

فَإِنَّ أصدق الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ, وَخَيْرَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ, وَشَرَّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا, وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ, وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ, وَكُلُّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلاً سَدِيدًا يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Hijrah yang pertama dilakukan oleh umat Islam bukanlah penghijrahan dari kota Makkah ke kota Madinah. Namun, penghijrahan pertama yang dilakukan oleh umat Islam telah dilaksanakan di atas arahan Rasulullah SAW yang dipimpin oleh Sayyidina Uthman bin Affan RA membawa angkatan hijrah pertama seramai 12 orang lelaki dan 4 orang perempuan menuju ke Habsyah. Di sini bermulalah siri-siri penghijrahan yang dituntut oleh Islam dengan matlamat supaya kedudukan Islam itu terjaga.

Bersempena dengan tahun baru 1435 Hijrah, mimbar hari ini mengajak sidang Jemaah sekalian untuk kita sama-sama memaknai ruh di sebalik siri-siri penghijrahan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat RA.

Mari kita telusuri sejenak sebuah hadis panjang yang diceritakan oleh Rasulullah SAW.

Dari Abu Sa`id Sa`d bin Malik bin Sinan al-Khudri radhiAllahu `anhu, bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Pada zaman dahulu ada seseorang yang telah membunuh 99 orang.  Kemudian dia mencari-cari orang yang paling `alim di negeri itu maka dia pun ditunjukkan kepada seorang pendeta.  Dia pun lantas datang kepada si pendeta dan menceritakan bahawa dia telah membunuh 99 orang, maka adakah masih boleh diterima taubat.  Lalu pendeta itu mengatakan bahawa taubatnya tidak akan diterima.  Lantas orang itu membunuh si pendeta tadi maka genaplah sudah orang yang dibunuhnya sebanyak 100 orang.

Dia mencari-cari lagi orang yang paling `alim di negeri itu maka dia ditunjukkan kepada seseorang yang sangat `alim.  Kemudian dia menceritakan bahawa dia membunuh 100 orang, maka adakah masih boleh diterima taubatnya.  Orang yang sangat `alim itu menjawab,  “Ya, masih boleh.  Siapakah yang dapat menghalangnya untuk bertaubat?  Pergilah ke daerah sana kerana penduduk daerah sana itu sama menyembah kepada ALLAH Ta`ala, maka sembahlah ALLAH bersama-sama dengan mereka dan janganlah engkau kembali lagi kekampung halamanmu kerana perkampunganmu adalah daerah hitam.”

Maka pergilah orang itu.  Setelah menempuh jarak kira-kira setengah perjalanan maka matilah dia.  Kemudian bertengkarlah Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab.  Malaikat Rahmat berkata, “Dia telah berangkat untuk benar-benar bertaubat dan menyerahkan dirinya dengan sepenuh hati kepada ALLAH Ta`ala.”  Malaikat Azab pula berkata, “Sesungguhnya dia belum berbuat kebaikan sedikit pun.”

Lantas datanglah seorang Malaikat dalam bentuk manusia, maka kedua-dua Malaikat itu menjadikannya sebagai hakim.  Maka berkatalah Malaikat yang dalam bentuk manusia itu, “Ukurlah olehmu dua daerah itu.  Maka kepada daerah yang lebih dekat itulah ketentuan nasibnya.”

Mereka mengukurnya kemudian mereka mendapati daerah yang dituju itulah yang lebih dekat.  Maka orang itu diambil nyawanya oleh Malaikat Rahmat.”

(HR al-Bukhari dan Muslim)

Sidang Jumaat yang dikasihi dan dirahmati Allah sekalian,

Berdasarkan kisah disebutkan tadi, jelaslah kepada kita tentang makna hijrah yang diterangkan oleh Rasulullah SAW. Hijrah yang dirahmati oleh Allah SWT itu jaminannya ialah syurga. Kerana tindakan penghijrahan itu lahir daripada perasaan seorang hamba yang ingin taat kepada Allah dan Rasulnya. Seperti firman Allah SWT:

3_132

Dan taatilah Allah dan Rasul, supaya kamu diberi rahmat. [Ali Imran 3:132]

Mari kita sama-sama memaknai ruh di sebalik kisah penghijrahan ini. Bulan Muharram sinonim dengan umat Islam di Malaysia dengan sambutan Maal Hijrah. Alhamdulillah, sambutan ini hanya setahun sekali namun diharapkan melalui sambutan ini mungkin akan menjadi titik tolak bagi kita menjiwai ruh penghijrahan seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat RA.

Umur kita yang pendek tidak mungkin melayakkan kita ke syurga dengan mudah. Bahkan apatah lagi amal-amal kita yang sedikit. Kalaulah ditimbang amalan kita sebagai asset kita ke syurga, sudah tentu tiada manusia dapat mencium bau syurga selepas daripada golongan sahabat-sahabat, tabiin dan tabi’ tabiin. Betapa dosa mata kita sahaja tentu lebih berat lagi jika kita ditimbangi dengan amal soleh kita.

Apakah kita hari ini beribadat seperti beribadatnya nabi? Jika kita berumur panjang sekalipun, apakah ibadah kita kualitinya sama seperti ibadahnya sahabat-sahabat. 1/3 daripada umur kita sahaja sudah dihabiskan dengan waktu tidur, apakah bakinya digunakan untuk kebaikan atau sia-sia.

Lalu, apa yang kita faham tentang Hijrah dan apa yang kita harapkan daripada Hijrah?

Sidang jumaat yang dikasihi dan dirahmati Allah sekalian.

Persoalan yang dilontarkan mimbar tadi, tiada jawapannya pada mimbar yang boleh dinyatakan lewat tulisan mahupun kata-kata. Jawapannya hanya ada pada diri kita, tindakan kita selepas kita menunaikan solat jumaat nanti. Kita tidak perlu menunggu tarikh keramat 1 Muharram untuk meminta maaf dan membuat azam baru untuk memperbaiki dan memperbanyak amal-amal kita. Kerana tarikh hanya sebuah bilangan, begitu juga banyak dan sedikit adalah kata-kata adjektif menunjukkan bilangan.

Yang kita inginkan daripada penghijrahan ialah cinta. Cinta atau sinonimnya dalam bahasa arab ialah Rahmat Allah SWT. Cinta kita untuk kembali membetulkan kompas hidup kita ke arah menuju redha dan rahmat Allah SWT. Orang yang memberi cinta sahajalah itulah yang akan dibalas cintanya oleh Allah SWT. Dan kerana cinta dah rahmatNya lah kita ke syurga bukannya hitungan amal-amal kita.

Sidang Jumaat yang dirahmati dan dikasihi sekalian,

Kita tidak beribadah sebagai rutin harian kerana mengharapkan banyaknya pahala amal kita berbanding dosa yang kita lakukan. Jika matlamat ibadah untuk memperbanyakkan amal dan pahala supaya boleh di bawa ke syurga tentu sahaja tidak cukup. Mari kita lihat pengajaran di sebalik kisah hadis tadi. Kita memfokuskan kepada nasihat orang alim kepada sang lelaki. Orang alim itu sangat mengetahui bahawa hanya dengan menyuruh lelaki itu berhijrah ke daerah yang baik akan menyelamatkan imannya yang baru berputik. Begitu dengan kampungnya yang penuh dengan kezaliman dan kejahatan itu, dia perlu tinggalkannya untuk membiarkan dia mendalami agamanya agar imannya kuat di tempat yang baru.

Namun, beliau tidak kesampaian untuk menyampaikan hasrat hijrah sedangkan cintanya kepada Allah SWT telah berputik mekar seperti yang telah diterjemahkan daripada tindakan hijrahnya. Allah tidak melihat dosa-dosa perbuatan jahatnya menjadi seorang pembunuh dengan membunuh 100 orang, bahkan jika beliau membunuh seorang sahaja sudah cukup dikira sebagai perlakuan dosa yang besar yang boleh membawanya ke neraka. Tetapi, kerana atas dasar rahmat dan cinta Allah kepada hamba-hamba yang kembali menemukan hidupnya hanya kerana Allah SWT itulah, yang membawanya ke syurga.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Hijrah itu dilakukan kerana cinta kita kepada Allah SWT dengan harapan agar cinta kita dibalas dengan rahmat atau cinta Allah SWT. Rasulullah SAW mengajarkan kita bahawa siri-siri Hijrah yang dilakukan oleh Rasul dan para sahabat atas sebab untuk menyelamatkan iman dan mengembangkan dakwah Islam. Kerana selepas penghijrahan yang pertama ke Habsyah, Najasyi raja Habsyah ketika itu akhirnya memeluk Islam. Selepas nabi SAW berhijrah ke Madinah, Madinah menjadi pusat kecermerlangan Islam sehingga tersebarnya agama Islam yang membina tamadun dan peradaban dunia yang patuh di bawah syariah Islam.

Hijrah tidak lengkap jika dengan hanya memperbaiki diri kita sendiri tetapi ianya disempurnakan dengan memperbaiki diri orang lain mengikut sunnah terbesar yang ditetapkan oleh Rasulullah SAW melalui dakwah. Kerana dakwah itu ialah apresiasi cinta kita kepada Allah SWT jadi Hijrah juga dilakukan atas dasar cinta kepada Allah SWT bukan sekadar meningkatkan amalan untuk diri kita sendiri.

Firman Allah SWT:

39_10

“Katakanlah: Hai hamba-hambaku yang beriman. Bertakwahlah kepada Tuhanmu. Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu adalah luas! Sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah (dalam melakukan dakwah) yang DICUKUPKAN PAHALA MEREKA TANPA BATAS. [Az-Zumar 39:10]

والله أعلم

***********************************************************************************************************************************************

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه

أما بعد

فيا عباد الله اتق الله وحافظوا على الطاعات وحضور الجمع والجماعات

قال الله عز وجل في كتابه العزيز،

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ , فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانْتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِنْ فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

واعلموا أن الله عز وجل قد صلى على رسولنا صلى الله عليه وسلم كما أمرنا به في القرآن الكريم

[إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيماً [الأحزاب:56

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat itu berselawat ke atas Nabi, wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi.”

Sabda Nabi SAW,

أكثر الصلاة علي يوم الجمعة من صلى علي واحدة صلى الله عليه عشرا

Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada hari Jumaat, barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali maka Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali.”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Mimbar Jumaat hari ini menyeru sekali lagi kepada hadirin sekalian, marilah kita sama-sama memaknai ruh dan semangat di sebalik penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dengan memperbaiki keislaman kita tanpa melupakan tanggungjawab untuk sama-sama memperbaiki keislaman orang lain. Jadikan rakyat Muslim di Malaysia patuh kepada perintah Allah SWT dengan kita mengamalkan amalan soleh dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarangNya. Seiring dalam firman Allah SWT:

3_104

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung” [Ali-Imran 3:104]

Semoga kita tergolong daripada golongan yang beruntung atas dasar kecintaan kepadaNya.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ, اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

اللهم أعز الإسلام والمسلمين واهلك الكفرة أعداء الدين

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَ لِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِاْلإِيمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلاَّ لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَحِيمٌ

اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات إنك سميع قريب مجيب الدعوات

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

عباد الله،

{ إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذي القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي يعظكم لعلكم تذكرون } [النحل:90]

فاذكروا الله العظيم يذكركم، واشكروه على نعمه يزدكم، ولذكر الله أكبر، والله يعلم ما تصنعون

Serius dan Prioriti

[tag (usrah): tanggungjawab kita sangatlah besar]

Lama rasanya tak menulis, rasa bersalah pula mengabaikan blog dah berapa minggu tidak di’update’. Terbiar berhabuk dek sibuk dengan kelas dan tanggungjawab membentuk manusia-manusia untuk ke arah individu Muslim, saya pula semakin hilang arah tuju dengan tanggungjawab dakwah pena ini. Astaghfirullah.

Post kali ini saya ingin memperkenalkan tag yang saya lebih berkenan untuk para pembaca teliti sebelum membaca tulisan-tulisan saya. Baris pertama setiap artikel saya selepas ini akan Continue reading

Antara tetap dan berubah: Usrah

[tag: unsur-unsur tetap perkumpulan yang perlu difahami]

Sheikh Jum'ah Amin di majlis wacana tarbawi di Shah Alam 11 Julai 2011

Dalam menjalani realiti arus kehidupan, Islam menganjurkan unsur-unsur yang berubah-ubah (anjal) menepati perjalanan kehidupan manusia, namun tidak mungkin tidak unsur-unsur yang tetap diabaikan, berubah mahupun terubah. Pada kita unsur anjal ini pemahaman yang biasa, agama itu berubah mengikut zaman; akan tetapi ramai daripada kita terlupa atau terleka, memahami unsur-unsur tetap Islam itu jauh lebih penting daripada memahami unsur-unsur yang berubah. Continue reading

Share, like and comments

[tag: kesedaran vs keajaiban]

Dalam menongkah arus zaman, tiada siapa akan mampu menafikan perubahannya. Masa seperti cepat berlalu dan zaman berubah. Perubahan persekitaran kehidupan perlu disesuaikan seiring dengan arus zaman. Generasi demi generasi berlalu dan kini kita dalam generasi kita sendiri. Perlu setiap kita menyedari akan arus generasi lama bukan untuk ditinggalkan tetapi Continue reading