Memberi syukur

[tag(umum): kepada siapa kita bersyukur?]

kalau di Malaysia, tak perlu tunggu Thanksgiving untuk dapatkan ayam golek. : )

Saban tahun, setiap Khamis dan Jumaat minggu terakhir November ialah tarikh yang diberi cuti kepada semua penduduk bumi Uncle Sam. Cuti itu ialah ‘Thanksgiving Break’. Di universiti saya, lama tempoh cuti diberi iaitu seminggu, Alhamdulillah. Dapatlah bernafas sebentar dek kesibukan semester tahun terakhir ni. Teringat seminggu lepas, semasa duduk-duduk pagi di bilik setelah habis baca Al-Mathurat, nada mesej berbunyi di telefon. Mesejnya tertulis: Continue reading

Berbelah bahagi

Seperti yang saya dah katakan sebelum ini, awal minggu ini saya ke Pulau Pinang. Lokasi spesifiknya di Juru, Pulau Pinang dalam kawasan Bukit Mertajam, bersebelahan dengan Seberang Perai. Saya tidur di rumah sahabat sekolah menengah saya. Perasaan rumah sendiri tu memang dah ada sebab, kawasan kampung itu seperti di kawasan rumah saya.

Seperti yang dirancangkan, saya merancang untuk tinggal di rumah sahabat saya itu selama 4 hari 3 malam, sebelum pulang ke Seremban dan tidur di rumah sahabat saya seorang lagi di Seremban, pada Khamis malam, dan akan pulang ke rumah, sebelum bertolak ke Pengkalan Balak, Melaka untuk ‘family gathering’ pada hari Jumaat.

Tujuan saya ke P.Pinang bukanlah sebab alasan saja-saja bercuti. Saya sebenarnya berhajat benar ke P.Pinang untuk Continue reading

Bercuti

[tag: minggu pertama percutian sebulan di Malaysia]

Sudah seminggu saya di Malaysia. Perasaan ketika ini memang seronok, sebab dapat bertemu keluarga. Ye lah, dah dua tahun tidak berjumpa. Tipulah kalau tiada perasaan rindu. Seminggu ini, memang tiada ‘progress’ sangat dalam kehidupan seharian, melainkan ‘jetlag’ pada dua hari pertama selepas tiba di tanah air. Dulu, masa baru ‘fly’ ke Amerika,’ jetlag’ ni memang tidak terasa sangat. Mungkin sebab seronok sangat nak ke luar negeri. Tapi, hari tu, memang terasa sangat-sangat ‘jetlag’. Ada satu malam, entah macammana, baru lepas bangun tidur, kemudian saya tunaikan solat Isya dan tertidur balik di atas sejadah. Tanpa disedari!!

Dalam tren semasa transfer ke platform penerbangan antarbangsa di Houston, Texas.

Tambah pula, hari pertama selepas pulang, saya Continue reading