Demam

[tag: Piala Dunia 2010]

Demam Piala Dunia!!! Wohoo. Walaupun tak berapa ‘power’ sangat bermain bola sepak, tapi kalau pasal tengok bola, memang cukup minat. Kadang-kadang sanggup berjaga malam pasal nak tengok bola jer. Tapi, itu dulu lah. Sekarang game bola, waktu US semuanya siang. World Cup di sini pun paling awal 6.30 pagi. Tambah-tambah pulak syuruk 5.30am. Satu benda yang memang tak selalu jadi tabiat ialah tidur lepas Subuh. Orang tua-tua cakap, kalau nak pilih pasangan pun, jangan cari yang suka tidur lepas Subuh, tak menyusu anak nanti. Haha. Orang tua-tua cakap la, adalah hikmahnya mungkin. Jadi, terlanjur dah terjaga lepas subuh, bola memang susah nak ‘miss’ nak tengok.

Kebanyakan orang, masing-masing pilih pasukan Belanda sebagai antara yang ‘favorite’ untuk menang piala dunia kali ni, selain Sepanyol. Memang susah nak nafikan, team Belanda ada kekuatan pada semua posisi, sama juga dengan Sepanyol. Aku memang suka tengok cara permainan mamat kat bawah ni: Continue reading

Advertisements