Cinta dan Pengorbanan kerana Allah

[tag(umum): semoga kita mendapat cinta-Nya]

safa2

Hajar tetap mengikuti langkah Ibrahim AS ketika perlahan-lahan beliau berlalu pergi. Selangkah demi selangkah, sayu. Ibrahim AS baru sahaja menimang cahaya mata pertama yang begitu dinanti-nantikannya, membuatkan Hajar tertanya-tanya. Mengapa Ibrahim AS meninggalkan mereka.

Di lembah padang pasir yang tandus, bersama anak kecil yang masih disusui, Hajar mengendongnya terus mengikuti di belakang Ibrahim AS.

“Hendak ke mana wahai suamiku? Mengapa engkau berlalu pergi meninggalkan kami. Apakah sanggup engkau lakukan sebegini..”

Ibrahim AS membisu pergi tanpa kata. Tunduk dan terus berlalu. Tiada rumah yang dibina untuk berlindung dan tiada wakil yang ditinggalkan bersama untuk menjaga mereka daripada musuh atau ancaman binatang buas. Yang ada, hanya sedikit bekalan air dan kurma.

Tanpa putus asa, Hajar mengulangi pertanyaannya berkali-kali. Tiada jawapan daripada mulut suami yang dicintainya. Sehinggalah, Hajar menyatakan soal: “Apakah ini perintah Allah?”

Dengan nada dari dalam jiwa yang sarat, penuh keberatan cinta, Ibrahim seraya berkata: “Ya..” Lalu, tertunduk menahan sebak dan Ibrahim AS terus berlalu melangkah pergi.

“Kalau demikian..” Hajar menyuarakan dengan tenang dan penuh keyakinan, “Allah pasti tidak menyia-nyiakan kami!…..”

Kisah Hajar dan Ismail AS tidak terhenti sekadar ini. Umum mengetahui bagaimana seorang ibu yang tinggi imannya, ditinggalkan suami. Berlari-lari kecil antara Safa dan Marwah demi mencari air buat si anak. Kemudian, ditemukan oleh Allah melalui malaikat-Nya, aimata zam-zam dan berkembang keturunannya di lembah itu sehingga menjadi Makkah pada hari ini.

Kisah perkahwinan/percintaan jarak jauh (PJJ) bukanlah baru bermula di zaman ini. Namun, ianya sudah dimulai sejak zaman Nabi Ibrahim AS untuk dijadikan contoh. Kerana percintaan Ibrahim dan Hajar bukan semata kerana fizikal, tetapi didahului kerana Allah. Ibu yang ditinggalkan bukannya calang wanita. Beliau membesar dan mentarbiyah anaknya lalu terpilih menjadi Nabi dan lahir daripadanya keturunan yang mulia.

Berbahagialah buat pasangan yang berjauhan. Dahulukan cinta kerana Allah kerana selainnya pasti Allah tidak akan menyiakan hambaNya.

Salam AidilAdha 1436H,
Bujang tenang

Universiti Terbaik di Dunia

[tag(umum): pendidikan bermula dari rumah]

universiti-tarbiyah

“Ya syabab!” (Wahai orang muda!)…

Seorang syeikh melaung di hadapan pemuda-pemudi.

“Apakah kamu tahu apa universiti yang terbaik di dunia?” Sambung syeikh itu lagi.

“Universiti Oxford! Universiti Harvard! Cambridge!” Laung suara anak-anak muda memecah kesunyian.

“Lagi?” Syeikh menyambung.

“Al-azhar!” Teka seorang lagi anak muda. Ada yang menyambut dengan tawa.

Syeikh mendiam sebentar, menanti jawapan yang lain. Rata-rata memikirkan tiada lagi universiti yang lebih baik selain apa yang telah disebutkan. Syeikh akhirnya menyambung bicaranya.

“Apakah kamu tahu, universiti terbaik itu ialah rumahmu”

Semua terdiam memikirkan apa di sebalik jawapan itu.

“Apa maksud syeikh?” Balas seorang pemuda.

“Maksudku, Universiti yang terbaik itu ialah rumah yang diuruskan oleh seorang isteri yang solehah. Di situlah ‘universiti’ terbaik yang akan melahirkan dan mendidik anak-anakmu. Menjadi aset buatmu ke syurga. Daftarkanlah anak-anakmu di universiti terbaik itu. Hal itu bakal menjadi tanggungjawabmu nanti. Jika tidak penyesalan akan menyusurimu sehingga ke hari akhirat.”

Syeikh meneruskan bicara dengan penuh hikmah.

“Pernahkah kamu mendengar kisah khalifah Umar RA?”

“Tidak” Sahut hadirin yang rata-ratanya anak muda beliawan. Mereka kini dalam fasa meniti hidup mengejar masa hadapan. Mereka tidak tahu kisah Khalifah Umar RA mana yang dimaksudkan.

Seorang laki-laki telah datang mengadu kepada khalifah Umar RA perihal anaknya yang dianggap berlaku durhaka kepadanya.

Tetapi si anak berkata kepada Khalifah Umar RA.

“Wahai Amirul Mu’minin, bukankah seorang anak memiliki hak atas ayahnya?” Tanya anak itu.

“Benar” Jawab Khalifah Umar RA.

“Hak apakah itu, wahai Amirul Mu’minin?” Soal anak itu lagi.

“Ia harus mencarikan seorang ibu yang solehah untuknya, memberikan nama yang bagus dan mengajarkannya Al-Qur’an.” Ringkas jawab Khalifah Umar RA.

“Wahai Amirul Mu’minin, sesungguhnya ayahku tidak pernah mengerjakan satupun dari hal-hal yang engkau sebutkan tadi. Ibuku adalah bekas hamba, yang beragama Majusi. Dia memberikanku nama yang buruk, dia juga tidak pernah mengajarkan Al-Qur’an walaupun satu huruf.” Ungkap sang anak kepada Khalifah Umar RA.

Lalu Khalifah Umar RA berpaling kepada ayah si anak tersebut dan berkata,

“Engkau datang kepadaku mengadukan anakmu yang durhaka, padahal engkau telah mendurhakainya sebelum dia mendurhakaimu, engkau telah berbuat keburukan kepadanya sebelum dia melakukan keburukan itu kepadamu”

Lalu, syeikh mengakhiri ceritanya dengan senyuman.

“Pastikan! Daftarkan anak-anakmu di Universiti Terbaik di Dunia!”

…..

Sama-sama kita bermuhasabah dan memperbaiki amalan bagi yang belum atau sudah berumahtangga. Semoga kita dapat mendaftarkan generasi Islam akan datang di Universiti Terbaik di Dunia dan melahirkan insan-insan yang hebat dalam memperjuangkan Islam.

‘Qowiy’

[tag(usrah): ukhuwwatina sirru quwwatina]

Image

Walimah akhi Sufi & ukht Salsabila

Dahulu, selalu sahaja saya mendengar perkataan ‘qowiy’. Jumpa akh sekian yang hebat memberi penyampaian, orang akan katakan si dia ‘qowiy’. Bila melihat akh amalannya banyak, hafalannya bagus dan disiplin mantap orang labelkan dia ‘qowiy’. Sampai satu masa, perkataan ‘qowiy’ itu hilang daripada maknanya sebenar apabila, menjadi seorang akh yang saya fahami bukanlah matlamatnya menjadi ‘qowiy’ sebegitu.

Saya cuba mencari pengertian baru di kalangan du’at muda dan lama mahupun di kalangan masyarakat umum. Lalu, saya berjumpa dengan maksud perkataan ‘qowiy’ yang baru. Yang dirasakan, itulah maksudnya yang sebenar supaya menjadi rujukan buat para du’at yang muda bersemangat. Kelak, tiada lagi ada yang menyatakan mereka itu tak ‘qowiy’ atau si polan tidak ‘qowiy’. Kerana, zaman dakwah itu berubah-ubah, daripada satu fasa ke satu fasa, daripada satu realiti kepada satu realiti. Ideal ialah seperti menyusun bongkah-bongkah kayu ke dalam satu ruangan. Untuk memenuhi sesuatu ruangan yang ideal, kadang-kala kita harus memberi laluan, supaya ada ruang dalam menyusun bongkah-bongkah bagi memenuhi ruangan kosong.

Jika ‘qowiy’ dimaknai oleh para du’at yang bersemangat itu dengan makna yang ideal, berilah laluan agar ada ruang yang dapat diisi oleh para du’at lain yang dianggap kurang ‘qowiy’. Kerana memberi ruang itu sebahagian daripada ruangan tetap ‘qowiy’ yang ideal. Fasa realiti dakwah berbeza dengan fasa teori dakwah. Dakwah kita menghasilkan produk, bukan prototype. Prototype itu nanti akhirnya akan dilupakan. Yang wajib itu ialah bergerak, bukan ‘qowiy’ atau tidak ‘qowiy’ di mata kita.

Lalu, melepasi sesuatu fasa itu lah makna baru yang saya temui bagi perkataan ‘qowiy’. Kerana setiap fasa yang dapat di atasi menjadikan kita semakin utuh di jalan dakwah. Wallahu’alam.

Alhamdulillah. Barakallah saya ucapkan kepada sahabat baik akhi Sufi Mazli kerana telah mengakhiri zaman bujangnya pada 1 Mac lepas. Saya berdoa agar pasangan ini terus memecut laju dalam dakwah. MasyaAllah, ini baru ‘qowiy’!! : )

Tenteram

[tag(umum): bila lagi akhi?]

Mendengar saja khabar hari itu, buatkan aku gembira sebenarnya sebab pertama kali mendengar khabar sebegitu di depan mata. Kali ini daripada mulut sahabat yang dimana hati kita diikat dengan ikatan fikrah Islam menebal dalam jiwa. Walaupun aku kenal tidak berapa lama namun, setiap kali berjumpa, hubungan kita makin kuat, kerana Islam membuatkan kita dekat.

Aku gelarkannya ikhwah terhangat masa kini (hehe..), walaupun duduk berseorangan, aku dapat rasakan tarbiyyah dzatiyyahnya kuat, di mana belum cukup kuat kalau aku sendiri berada di tempatnya. Banyak juga dia membantu ketika mana aku perlukan bantuan, terutamanya semasa program2 besar yang diadakan. Semoga kita tetap bersahabat kerana Allah hingga akhir hayat. Aku tuliskan puisi khas untuknya di ruangan puisi (tajuknya: tenteram), takut2 kalau kita tak sempat lagi bertemu bersua muka selepas ini. Harapnya tidak, insyaAllah.

Tenteram

Aku tuliskan madah ini
Pada pemuda yang hatinya tidak tenteram
Pada dua jalan tersimpang dihadapannya
Antara hawa’ dan Islam

Digarapnya semangat pejuang
Dijulangnya fikrah yang benar
Meniti titian lembaran hidup
Padanya terjumpa titik noktah
Bertemu di sebuah sudut
Membuatkan pemuda berfikir dan terduduk

Aku tuliskan madah ini
Pada pemuda yang hatinya tidak tenteram
Pada tangannya ada Al-Quran
Namun di hatinya memiliki fitrah insan

Aku ucapkan yang bahagia
Walaupun tidak pernah memilikinya
Menanti saat yang bersedia
Pada pemuda yang hatinya tidak tenteram

Institusi Rumah Muslim

[tag (usrah): memperkasakan usaha perkuatkan institusi amal Islami]

Malam itu ialah malam kedua aku di Konsisten 2011. Aku tak ambil kisah tentang topik pengisian semua sesi kerana sibuk bertaaruf dengan ikhwah-ikhwah lain dan aku fikir sesi pada malam itu mungkin sesi pengisian ilmu mengenai dakwah dan tarbiyyah sebagainya.

Kami memenuhi ruang auditorium beramai-ramai setelah selesai menunaikan solat isya’ dan tarawih. Aku mengambil tempat duduk di sebelah ikhwah Mesir kerana ingin bertanya dan berbual sedikit dengan mereka tentang Mesir. Lalu, speaker sesi malam itu pun masuk ke auditorium dan aku lihat Continue reading