Cinta dan Pengorbanan kerana Allah

[tag(umum): semoga kita mendapat cinta-Nya]

safa2

Hajar tetap mengikuti langkah Ibrahim AS ketika perlahan-lahan beliau berlalu pergi. Selangkah demi selangkah, sayu. Ibrahim AS baru sahaja menimang cahaya mata pertama yang begitu dinanti-nantikannya, membuatkan Hajar tertanya-tanya. Mengapa Ibrahim AS meninggalkan mereka.

Di lembah padang pasir yang tandus, bersama anak kecil yang masih disusui, Hajar mengendongnya terus mengikuti di belakang Ibrahim AS.

“Hendak ke mana wahai suamiku? Mengapa engkau berlalu pergi meninggalkan kami. Apakah sanggup engkau lakukan sebegini..”

Ibrahim AS membisu pergi tanpa kata. Tunduk dan terus berlalu. Tiada rumah yang dibina untuk berlindung dan tiada wakil yang ditinggalkan bersama untuk menjaga mereka daripada musuh atau ancaman binatang buas. Yang ada, hanya sedikit bekalan air dan kurma.

Tanpa putus asa, Hajar mengulangi pertanyaannya berkali-kali. Tiada jawapan daripada mulut suami yang dicintainya. Sehinggalah, Hajar menyatakan soal: “Apakah ini perintah Allah?”

Dengan nada dari dalam jiwa yang sarat, penuh keberatan cinta, Ibrahim seraya berkata: “Ya..” Lalu, tertunduk menahan sebak dan Ibrahim AS terus berlalu melangkah pergi.

“Kalau demikian..” Hajar menyuarakan dengan tenang dan penuh keyakinan, “Allah pasti tidak menyia-nyiakan kami!…..”

Kisah Hajar dan Ismail AS tidak terhenti sekadar ini. Umum mengetahui bagaimana seorang ibu yang tinggi imannya, ditinggalkan suami. Berlari-lari kecil antara Safa dan Marwah demi mencari air buat si anak. Kemudian, ditemukan oleh Allah melalui malaikat-Nya, aimata zam-zam dan berkembang keturunannya di lembah itu sehingga menjadi Makkah pada hari ini.

Kisah perkahwinan/percintaan jarak jauh (PJJ) bukanlah baru bermula di zaman ini. Namun, ianya sudah dimulai sejak zaman Nabi Ibrahim AS untuk dijadikan contoh. Kerana percintaan Ibrahim dan Hajar bukan semata kerana fizikal, tetapi didahului kerana Allah. Ibu yang ditinggalkan bukannya calang wanita. Beliau membesar dan mentarbiyah anaknya lalu terpilih menjadi Nabi dan lahir daripadanya keturunan yang mulia.

Berbahagialah buat pasangan yang berjauhan. Dahulukan cinta kerana Allah kerana selainnya pasti Allah tidak akan menyiakan hambaNya.

Salam AidilAdha 1436H,
Bujang tenang

Advertisements

Mengenang pengorbanan Nabi Ibrahim AS

**Ulangan post daripada blog lama: kafbarokafaliftanun.blogspot.com

[tag: sudikah kita menjadi sahabat yang setia?]

Antara ibrah hari raya Aidiladha bagi kita yang tidak menunaikan haji ialah mengenang kembali pengorbanan ‘Khalilullah’, Ibrahim A.S.

Tidak perlu saya sentuh tentang sirah Nabi Ibrahim lagi kerana rata-rata daripada kita ramai sudah mengetahui tentang sirah Nabi Ibrahim A.S. dan pengorbanan yang dilakukannya. Antaranya: Continue reading

Salam Aidiladha 1431H

[tag: salam aidiladha]

Di kesempatan ini, saya mengucapkan kepada para pembaca. Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. Semoga Allah menerima amalan kita semua. Marilah kita bertakbir, bertasbih dan bertahmid memuji kebesaran Allah yang sentiasa memberikan nikmat kepada kita. Allahuakbar wa lillah il-hamd.