Kesempatan

[tag(tarbiyah): ruang, peluang dan kesempatan]

57439ac2bd94f-kesempatan-kedua-terbaik-adalah-sekarang_663_382

Masih kekal dalam ingatan, setahun yang lalu, sebelum jejakkan kaki ke Jepun. Ketika itu, memang menanam azam untuk bergerak laju dalam tingkatkan hafazan AQ. Dengan keadaan duduk seorangan, berjauhan daripada hiruk pikuk urusan di Malaysia dan tinggal pula di kawasan pedalaman di negara asing, keadaan ini sangat kondusif untuk menghafal. Tetapi, apabila tiba di sini, berbagai-bagai ujian Allah datangkan. Kadang-kadang, ada masanya diri ini  menjadi lelah hendak meneruskan peningkatan hafazan ditambah pula hafazan yang lama semakin pudar.

Sekarang baru menyedari bagaimana berjihad dalam memiliki ilmu Al-Quran ini merupakan bukan hal yang mudah dan perlukan perjuangan yang tinggi. Semangat ini mudah sahaja dipadam oleh godaan syaitan yang datang dalam pelbagai bentuk. “Esok ada lagi” merupakan ungkapan biasa yang meniti di bibir saat syaitan datang menghasut.

Terduduk dan berfikir, saat ruang, peluang dan kesempatan telah ada, tetapi masih belum lagi dapat melaksanakannya. Rupanya, ada satu elemen penting yang hilang: keberkatan. Keberkatan secara literal maksudnya bertambah. Tiada pertambahan hafazan maksudnya hilang nya barokah.

Saya juga sedang muhasabah, dosa-dosa dan kesilapan yang dilakukan. Mungkin kurang nya solat malam / puasa sunat, mungkin niat menghafaz sudah pudar dan terpesong, mungkin saja kerana hati yang sakit dek kerana kesibukan urusan dunia yang terlupa untuk merawat dengan zikrullah ketika sedang dalam kesibukan.

Semoga Allah lindungi, utuhkan niat dan kembalikan semula keberkatan ini.

Sekadar coretan muhasabah daripada diri yang tidak lekang daripada melakukan kesilapan.

p/s: sudah lama tak di update, doakan nadi blog ini terus berdenyut. jzkkk.

If She Only Knew…

[tag(umum): semoga Allah kurniakan yang terbaik]

Baru-baru ini buka satu video di youtube tentang video kekeluargaan lalu, ada recommended videos disebelahnya berjudul If She Only Knew…

Macam biasa, saja klik, ingatkan shortfilm atau video cerita. Tapi, ia sebuah nasihat yang baik. Saya rasa video ini patut dikongsi. Sila tonton:

Tiada kena mengena hidup atau mati. Namun, ianya boleh terjadi pada seorang akh atau ukht. Hifzillah yahfizuka, insyaAllah.

p/s: Masih lagi belajar dan sedang amalkan ayat [25:74]. Semoga Allah permudahkan.

4 tahun

[tag(umum): 4 tahun erti hidup di Amerika]

Segala puji bagi Allah memberikan aku nikmat di atas muka bumi ini. Allah berikan nikmat dan kesempatan untuk belajar di negeri orang selama 4 tahun. 4 tahun di Amerika Syarikat mengajar aku erti hidup ini yang berwarna-warni dan menyedarkan diri ini bahawa kehidupan ini adalah sementara. Aku tidak banyak punyai kesempatan untuk melawat national parks di sini, arca-arca, kawasan-kawasan menarik seperti bandar New York dan Florida.

Tetapi, aku sempat berjumpa dengan tokoh-tokoh agama US mahupun Malaysia dan Indonesia, sempat menyertai program-program ukuwwah yang sangat bermakna dan yang paling penting sempat berjumpa, ber’usrah’ dan ber’halaqah’ dengan ikhwah-ikhwah juga pelajar-pelajar junior aku di sini. Merekalah yang aku harapkan selepas ini untuk meneruskan pengisian Islam di sini supaya dapat melahirkan mahasiswa yang faham Islam dan tahu engineering. Aku secara peribadi masih berdebar menunggu hari kepulangan ke Malaysia sebab aku tahu tugas besar menanti di sana tetapi apa-apa pun aku puas segala usaha yang dah dilakukan di sini walaupun banyak lagi boleh diperbaiki.

Segala puji bagiMu ya Allah, akhirnya aku bergelar graduan!

20130124-173219.jpg

Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku.

 

Ikhwan Jamaludin

Biomedical Engineering

Class of 2012

Vanderbilt University

Nashville TN, USA

Mereka yang belum bersedia..

[tag (umum): Hudud dan pelaksanaannya]

Baru-baru ini isu hudud dihangatkan kembali. Polemik lama diulang. Ketika isu semakin ketandusan dan pilihanraya semakin menghampiri. Ada media mengapi-apikan isu ini untuk kepentingan pihak-pihak tertentu. Ini tidak betul. Kita tidak boleh memutar-belit isu ini di media dan menjadikan ia sesuatu yang ‘vague’ (keliru kerana tidak jelas) dan mengaitkan dengan pelaksanaan siasahnya. Ini membuatkan orang awam yang ramainya belum memahami membuat persepsi mereka sendiri dan meletakkan pandangan yang salah terhadap hudud itu kemudiannya.

Allah berpesan pada manusia dalam firmannya: Continue reading