Pelayaran Ilmu Seorang Da’ie

[tag(umum): Coretan Al-Kahfi 080006052016]

P1010397

Ba’da A’uzubillahiminassyaitonirrajim

Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada muridnya: “Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan (untuk mencari Khidr); atau aku akan berjalan sampai bertahun-tahun” [18:60]

Jika Allah SWT tidak mentaqdirkan Nabi Allah Musa AS untuk bertemu di simpang lautan, tentu sahaja hari ini riwayat kisah Nabi Allah Musa AS berakhir di lautan. Begitulah contoh sikap para da’ie dalam mencari ilmu dan hikmah. Semangat (Hammasah) dan Kesungguhan (Jiddiyyah) Nabi Allah Musa AS menjadi teladan kepada kita bahwa pelayaran Ilmu seorang da’ie tiada pengakhirannya sehingga nyawa berpisah daripada jasad.

Ramai menyangka, semakin banyak ilmu, semakin hebat orang itu. Tetapi para pencinta ilmu harus berwaspada! Sahabat Nabi SAW, Abdullah Ibn Mas’ud pernah berpesan: “Bukanlah ilmu itu diukur dengan banyaknya riwayat. Akan tetapi pokok dari ilmu (ilmu yang bermanfaat) adalah khas-yah/rasa takut -kepada Allah”.

Perjalanan ilmu ialah perjalanan taqwa. Manfaatnya dituai setelah ianya disiram dengan amal-amal soleh beserta baja ketaqwaan kepada Allah untuk menyuburkannya. Itulah ilmu dan hikmah yang dicari oleh Nabi Allah Musa AS dan Allah menemukannya bagi orang-orang bersungguh-sungguh mencari, meneliti dan mengkaji; ikhlas kerana-Nya.

JIka tidak kerana kesungguhan Nabi Allah Musa AS dalam pelayaran mencari ilmu ini, tentu kisah ini tidak tercatat dalam kitab Agung ini untuk dijadikan ibrah buat kita, golongan pencinta ilmu. Amin.

Jumu’ah Mubarokah.

Advertisements

Fahmi

[tag(umum): memahami dengan mata hati]

tadabbur

“Kalau baca Al-Quran yang arab sahaja OK ker?..” kata Izwan.

“OK.. Cuma, kalau baca terjemahannya sekali, lagi OK…!” Fahmi cuba mendakwah (mengajak) sahabatnya.

“Tapi aku bukan reti sangat baca Al-Quran, lambatlah nak baca yang arab, lepas tu nak baca terjemahan lagi..” kata Izwan.

“Takpe, tak payah baca banyak.. baca separuh daripada apa yang kau baca sekarang, kemudian baca terjemahan, pahalanya tetap sama..” ujar Fahmi.

“Okkay..!” senyum Izwan. Kata-kata itu melegakannya.

Continue reading

Ribathul Usrah

[tag(usrah): Ikatan kekeluargaan dalam keluarga]

Antara beberapa masalah yang melanda umat pada hari ini, terutamanya umat remaja (14 – 23 tahun) Islam di Malaysia ialah tidak mengenal bahawa indahnya Islam. Oleh kerana tidak mengenal keindahan Islam itu membuatkan kecintaan mereka kepada Islam pudar, atau ada yang tercari-cari bagaimana ingin memenuhi cinta Islam dalam hati namun tidak menjumpainya.

Ibn Imran sedang belajar solat bersama adiknya Maryam, masyaAllah!

Terdapat beberapa peringkat masalah kekeliruan ini berlaku dan peringkat paling kritikalnya ialah didikan ibu bapa sejak dari kecil. Continue reading

Tarbiyyah Allah melalui kesilapan

[tag (umum): bangun, jangan jatuh lagi]

kesilapan ialah sesuatu yang tidak boleh dipadam, tetapi ia boleh diampunkan

Penciptaan Nabi Adam A.S. telah menimbulkan kerisauan oleh para Malaikat yang berada di Arasy. Mereka yang patuh kepada Allah tanpa leka walau sesaatpun, tidak mahu tuhan Allah dimaksiati oleh makhluk ciptaanNya sendiri. Oleh kerana kerisauan suci ini semakin kuat, hal ini membuatkan para Malaikat bersuara untuk mempersoalkan perancangan Allah untuk mencipta makhluk yang bernama manusia untuk mendiami muka bumi ini. Kerisauan para Malaikat ini Continue reading

Ambil tahu Bersih 2.0

[tag: ignorance is the enemy to the message of truth]

Ketahui tanggungjawab dan hak

Bersih 2.0 ialah gabungan NGO-NGO Malaysia yang menuntut kesaksamaan dalam pilihanraya. Sama ada sedar atau tidak sedar, penafian hak terus dizalimi dan remaja kini yang kebanyakan dibuai dengan hiburan oleh pihak-pihak tertentu ramainya mungkin tidak mengetahui apa itu Bersih 2.0. Saya menyarankan kita jangan membantah melulu! Cuba fahami dan hayati permintaan hak ini. Kita tidak bolehlah hanya mengikut sahaja orang ini kata apa, orang itu kata apa dan buat kesimpulan sendiri, kita sendiri perlu mengambil tahu dan buat penilaian, sama ada wajar atau tidak wajar hak-hak ini dituntut. Janganlah diakhiri dengan skeptikal, “argh, politik ini sama sahaja” padahal ianya tidak sama seperti yang anda fikirkan. Sebagai seorang mahasiswa, Continue reading

Pembukaan Mesir

[tag: firaun moden di Mesir]

Demonstrasi di Mesir sudah berlanjutan hampir 3 minggu. Rakyat dan Hosni Mubarak, dua-dua masih belum mahu beralah untuk berundur. Hosni Mubarak yang tidak dapat di kesan di mana kedudukannya masih lagi bersembunyi masih ingin meneruskan pentadbirannya di Mesir. Rakyat Mesir masih lagi bertahan untuk meneruskan berdemonstrasi menyuruh Hosni Mubarak untuk turun daripada kekuasaan pemerintahan bayangan dajalnya.

30 tahun rakyat Mesir tertindas. Sudah tentu pahit untuk menelan satu lagi janji Hosni Mubarak untuk mengembalikan semula hak-hak rakyat daripada hasil Negara.

Persoalannya, mengapa liat benar Hosni Mubarak untuk turun daripada takhta korupsinya? Continue reading