I shouldn’t have done it in the first place

photo6246745283530696627

It was purely out of my curiosity towards a dried bamboo tree near the entrance of my faculty. So, on the way back from the lunch yesterday, I asked my lab members when we reached the entrance, “Are nani..?” (What is that?). So, we all approached the tree that has full of greetings written by Japanese students. One of my lab members explained “It’s a tree for Tanabata festival and everyone can write their wish to the spirit on the sky on a piece of colorful paper known as ‘tanzaku’..”. Then, we read some of them.

“I want to be a branch manager..”

“I want to eat tasty and delicious thing..”

and so on..

This is my first time I heard about Tanabata festival. It is a lunar calendar celebration only in early July/August. This is the old believe and probably nowadays it just become a culture so, I said to them “why don’t you write something..”

I know that my juniors (Kouhai) will soon seating for their entrance examination for graduate school and another M2 student will have a job interview next Monday so I teased them “write it down, maybe you can pass..”. I just want to make interaction in English and to let them talk.

One of B4 students then replied, “Ikhwan-san, you also can write your wish, please write..”. He then took a pen and the “tanzaku” to me. To appreciate his effort, I jotted down mine and it was just for fun, nothing more. Since our lab has been disconnected from Wi-Fi connection for two days due to server/modem problem and probably only our lab and next door were affected, I wrote down, “I want internet now (5th floor)”. Everyone was laughing, even though there was a slight of hope from me because I will have a presentation on Monday for my journal club and I actually need the internet to prepare my slides.  Then, we heading back to the lab as usual, took the elevator, changed our lab shoes and entered the lab and we saw our sensei (assistant professor) was holding a call talking to someone in front of her PC. Suddenly, she shouted, “ah, kimashita..” (it came) and she immediately told my colleague in Japanese to check their internet connection at their own PC. It was all connected. Everyone was clapping, celebrating and looking at me and one of them even said.. “Sugoi ne.. Tanabata-san” (Tanabata-san is great!).

I was stumbled and shocked (plus a little bit of smile because of their laugh). I felt that my effort to teach them that I am Muslim and I only submitted towards one god all this year, was useless. And deep down in my heart, I felt so guilty that I was associated Allah indirectly with an entity that is not even merely exist. In Islam, associating a partner with Allah is an unforgiven sin. It really struck my heart even though it was unintentional and just a playful act of me. Today, I woke up early for ‘sahur’ (before-dawn breakfast) for recommended 6-days fast in Syawal and I made my prayer. I beg to Allah to erase my sins. I am guilty in this matter and I know I just made them (non-muslim) astray further from Him instead of believing in Him.

This morning, I took my ‘tanzaku’ off from the tree and it was a big lesson for me that I should not play around with His almighty or else it can lead something worst than what you think. I should have mentioned yesterday that as a Muslim, I did not believe on a wish tree, spirits or whatsoever and only put my trust and hope towards Allah, one god but, I was careless. I learned it now that, I shouldn’t have done it in the first place. Astaghfirullah al azim (forgive me, My lord)..

Motivasi

[tag (usrah): tercari-cari dalam terang]

AAEAAQAAAAAAAAkjAAAAJDNkOWExMDEyLTc2ODYtNDc0Mi1hNTAxLWY1MzFlZjY5MDVmMQ.jpg

Ada sebahagian daripada kita, ketika mula meniti jalan tarbiyah (usrah), kita laluinya dengan riang gembira. Begitu terasa kehangatan ukhuwwah apabila setiap permintaan dan bantuan disahut dengan pertolongan ikhlas penuh kasih sayang, tanpa harap belas dan balasan. Begitu indah perjalanan tarbiyah ibarat kita melewati denai yang dilitupi oleh redup rendangnya tautan ukhuwwah.

Tiba datang satu masa, ketika kita bertukar tempat, berhijrah atau berkahwin, masuk kerja baharu, sambung belajar oversea atau berada pada persekitaran berbeza; waktu itu kita berseorangan atau tidak ramai. Tiada lagi redup rendangnya ukhuwwah yang tinggal hanya panas terik keseorangan mengharungi tarbiyah yang dahulu semuanya manis tapi kini hanya tinggal kelat sahaja. Hendak diluah tak sanggup; ditelan pula tidak lalu untuk menjamahnya.

Dalam keadaan ini, kita sebenarnya telah hilang motivasi dalam tarbiyah. Hilang motivasi untuk meningkatkan lagi ilmu dalam diri, hilang motivasi untuk meningkatkan tilawah dan hafazan, hilang motivasi untuk banyakkan bertahajjud, hilang motivasi untuk sertai program-program tarbiyah yang telah dirancang, bahkan lebih teruk, hilang motivasi untuk datang usrah di saat keadaan sekeliling (kerja atau belajar) menekan diri kita jauh tersudut bertentangan dengan tarbiyah yang kita fahami dahulu.

Suka untuk diingatkan, syurga itu ada harganya. Terkadang motivasi duniawi yang menceriakan sahaja tidak cukup. Perlu adanya motivasi ukhrawi yang menggegar perasaan dan yang menggembirakan untuk menggerakkan perasaan ingin ditarbiyah dan mentarbiyah ini. Harus difikirkan, tidak cukup lagikah peringatan bahang api neraka terhadap orang mukmin yang lalai menjalankan tanggungjawabnya untuk dijadikan motivasi? Tidak cukup lagikah ganjaran kebahagiaan dikelilingi bidadari syurga untuk dinikmati selamanya supaya dijadikan motivasi?

Atau motivasi kita sudah hanyut dengan dunia seperti arus yang sedang menenggelamkan. Kepada para pembaca, tidak keterlaluan untuk saya katakan, sekiranya anda pernah ikuti dan masih ada usrah, anda masih beruntung!

Salam 1 Ramadhan 1438H.

Duit Raya

[tag(umum): malam 1000 bulan]

Web-use_562px-X-608px_Full-set_opt1-08-562x600Tidak lama lagi, kita akan memasuki fasa 10 malam terakhir. Fasa mencari malam Al-Qadr. Kemudian, Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Dan belum pasti, apakah kita akan bertemu lagi nanti.

Setiap kali Ramadhan menjelang, saya bertanya pada diri saya. Apa yang saya akan dapat selepas bulan Ramadhan?

Mengimbau kembali sewaktu zaman kanak-kanak, penat lelah seharian berpuasa akan dibalas dengan ganjaran ‘duit raya’. Teringat satu ketika, saya mengira-ngira hari yang saya berpuasa bersama allahyarham ayah. Hadiahnya ialah seringgit bagi setiap hari yang saya berpuasa. Setiap petang sewaktu beliau pulang kerja, saya akan berkejar-kejar ke biliknya dengan teriakan: “Ayah, adik puasa hari ini!” Dan di pagi satu Syawal, ayah akan berikan duit raya yang ditunggu-tunggu selama sebulan. Saat itu, tiada perasaan boleh digambarkan kerana hati berasa sangat gembira dan puas setelah penatnya berpuasa sepanjang Ramadhan terbalas.

Masuk ke zaman dewasa, kisah duit raya hanyalah tinggal kenangan. Tambahan pula, allahyarham ayah juga sudah pergi buat selama-lamanya. Tiada lagi ganjaran yang ‘tangible’ setelah penat sebulan berpuasa. Malahan berpuasa di perantauan, tiada siapapun yang kisah samada kita berpuasa atau tidak.

Ada di kalangan kita yang mungkin tidak sempat bersedia menyambut ketibaan Ramadhan. Tahu-tahu sahaja, esok sudah mula berpuasa. Jika sebelum ini, kita jarang bertilawah Al-Quran, bulan Ramadhan ini, barulah hendak mula kembali untuk kerap membacanya. Jika sebelum ini, kita jarang solat secara berjemaah, bulan ini baru kita kerap datang ke Surau/Masjid untuk solat berjemaah. Ada yang mungkin istiqamah dan ada yang mungkin gugur di pertengahannya kerana tidak bersedia dengan kedatangan bulan mulia ini.

Kini, tibalah kita di sepertiga akhir Ramadhan. Fasa 10 malam terakhir ini ialah fasa ‘pecutan’ yang sengaja Allah berikan buat motivasi bagi hamba-hambaNya untuk terus beramal sehingga akhir. Antara amalan sangat-sangat digalakkan pada tempoh ini ialah beriktikaf, melazimi istighfar,  berzikir, bermunajat, berdoa, tilawah Al-Quran, dan solat malam. Pada 10 malam terkahir Ramadan, di dalamnya terkandung Malam Al-Qadr di mana Allah SWT menurunkan wahyu pertamanya pada Nabi Muhammad SAW. Istimewanya, pahala amalan malam ini akan dilipatgandakan melebihi pahala amalan 1000 bulan. Berdoalah segala apa yang kita hajati ketika itu dan lakukanlah amalan sebanyaknya. Kemudian berusaha dan bertawakkallah kepada Allah SWT. Pokok pangkalnya, kita perlu terus beramal pada setiap 10 malam terakhir ini kerana salah satunya pasti kita akan bertemu Malam Al-Qadr.

Lalu, setiap kali Ramadhan berakhir, saya akan bertanya pada diri saya. Apa yang saya akan dapat selepas bulan Ramadhan?

Saya tahu, semua yang saya minta akan termakbul. Baik cepat atau lambat, sekarang atau kemudian, secara langsung atau tidak langsung dan dengan apa cara sekalipun, saya yakin ianya akan termakbul. Inilah ‘duit raya’ saya.

InsyaAllah!

Akhirnya, ayah pergi…

[tag(usrah): musibah itu sebahagian daripada tarbiyah]

Waktu ayah bujang berumur sekitar 20-an

Waktu ayah bujang berumur sekitar 20-an

Saya tidak begitu rapat dengan ayah sehinggalah ayah jatuh sakit (strok). Sejak umur 13 tahun, tinggal di sekolah asrama, kemudian sebaik mendapat keputusan SPM terus dihantar ke luar negara. Kemudian sambung belajar di negeri lain sehinggalah ayah jatuh sakit.

Kenangan sebelum berlepas ke Mesir ketika  ayah masih sihat.

Kenangan sebelum berlepas ke Mesir ketika ayah masih sihat, 12 Julai 2012.

5/1/2013 Strok pertama. Lumpuh sebelah kanan badan.

5/1/2013 Strok pertama. Lumpuh sebelah kanan badan.

Saya menangguhkan pelajaran sarjana saya di UiTM Shah Alam. 5 Januari 2013, sejak dari hari pertama ayah mendapat serangan strok pertama saya berada di sisinya. Sebahagian anggota badan belah kanannya lumpuh dan ayah tak mampu lagi untuk bertutur sempurna. Kali ini, saya betul-betul duduk dan tinggal bersamanya di rumah namun dalam keadaan menjaga ayah tidak lagi sihat. Berbeza, orang tua yang sakit perasaannya lebih mudah beremosi. Saya baru belajar untuk menerima itu dan menghadapinya sendiri tidak semudah seperti yang diungkapkan. Tidak, tidak semudah dengan hanya ungkapan sabar. Tetapi itulah perkataan yang rasanya seperti buah pahit yang mesti ditelan bukan kerana naluri sebagai seorang anak tetapi sebagai hamba Allah dan pengikut umat Nabi Muhammad SAW.

Sebulan selepas strok yang pertama.

Sebulan selepas strok yang pertama.

Ayah semasa sihat beberapa bulan sebelum strok kedua.

Ayah semasa sihat beberapa bulan sebelum strok kedua.

Alhamdulillah, sedikit demi sedikit, saya ajar ayah untuk kembali berjalan supaya dapat menguruskan dirinya dan solat. Ajar dia bangun, ajarnya berdiri, ajarnya menggunakan tongkat dan akhirnya ayah mampu berjalan sendiri menggunakan tongkat walaupun kaki kanannya masih berlum kuat namun memadai untuk berjalan. Selama ayah sakit, saya dan mak berikhtiar untuk membawa ayah berurut kampung. Kemana sahaja orang beritahu kami pergi. Ke Melaka, Jelebu, Pahang dan yang terdekat kampung saya sendiri, saya bawa. Letih, ya memang memenatkan tapi demi ayah saya sanggupkan juga walaupun sebenarnya tidaklah sesusah mana nak dibandingkan pengorbanannya menjaga kami 8 beradik semasa kecil dahulu. Selama itu juga saya dan mak berdikari untuk hidup tanpa keringat ayah lagi. Tiada lagi orang yang akan membeli barangan rumah basah mahupun kering sejak ayah sakit.

Pemeriksaan selepas disyaki strok kedua.

Pemeriksaan selepas disyaki strok kedua.

13/3/2014 - Di hospital selepas disahkan mendapat strok kedua.

13/3/2014 – Di hospital selepas disahkan mendapat strok kedua.

12 Mac 2014 ayah mendapat strok kedua. Kali ini lebih teruk, kerana ayah tidak lagi mampu berjalan. Hanya terbaring sahaja di katil. Imbangkan badan untuk duduk juga tidak mampu. Setelah sebulan, 10 April 2014, ayah mendapat strok ke-3. Keadaannya tenat kerana strok yang ke-3 ini ialah strok berdarah. Ketika itu ayah hanya tidur sahaja dan tidak sedarkan diri. Doktor membuat jangkaan ayah mungkin ada 4-5 hari lagi dengan keadaan pendarahan di otaknya akan terus membengkak. Kami sekeluarga pasrah dengan ketentuan ini kerana kemerosotan kesihatan ayah telah menunjukkan tanda-tandanya.

Di hospital K.Pilah setelah disahkan mendapat strok ke-3.

Di hospital K.Pilah setelah disahkan mendapat strok ke-3.

Selepas seminggu strok ke-3

Selepas seminggu strok ke-3

28 April 2014, pagi Isnin ketika semua orang sedang nyenyak tidur, ayah dipanggil oleh Allah SWT. Pada pagi beberapa minit sebelum subuh mak mengejutkan saya daripada tidur dengan suara yang cemas untuk melihat keadaan ayah. Saya memeriksa nadinya dan perkataan pertama saya katakan pada mak, Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiuun. Mak menitiskan air matanya kesedihan. Saya menenangkan mak untuk bersabar dan menyuruh untuk bersiap dan solat subuh sebelum saya keluar memberitahu pada jiran terdekat dan klinik. Pada jam 12pm saya bersama 2 orang abang memandikan jenazah ayah buat kali terakhir. Ayah kemudiannya disolatkan dan disemadikan selepas Zuhr. Dan akhirnya, ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya. Semoga ayah tenang di sana.

Ketika ayah dikafankan. Alhamdulillah, rambut dan mukanya sempat saya cukur sehari sebelum ayah pergi.

Ketika ayah dikafankan. Alhamdulillah, rambut dan mukanya sempat saya cukur sehari sebelum ayah pergi.

Kenyataan yang pahit ini mesti ditelan dan kehidupan mesti diteruskan. Nabi Muhammad SAW tidak berhenti berjuang selepas bapa saudara kesayangannya Abu Thalib meninggal dunia. Kemudian isterinya saidatina Khadijah RA pula pergi tetapi Nabi Muhammad SAW terus memperjuangkan apa yang telah diamanahkan oleh Allah. Begitu juga Saiyidina Abu Bakar RA dan para sahabat RA. Setelah nabi wafat, tiada masa untuk mereka bersedih panjang. Islam mesti ditegakkan dan kebatilan perlu dihapuskan. Apa pula jika nak dibandingkan dengan saya. Ayah pergi hanyalah sebagai muhasabah bahawa satu hari nanti saya akan bersama-sama ayah juga. Cuma masanya tidak diketahui bila. Semoga dikurniakan syahid, insyaAllah.

28/4/2014 ayah disemadikan di tanah perkuburan Felda Palong 5

28/4/2014 ayah disemadikan di tanah perkuburan Felda Palong 5

Haji Jamaludin Bin Haji Ab. Kudus

20 November 1947 – 28 April 2014

Semoga Allah memberi ke ampunan dan mencucuri rahmat ke atas roh ayah, dilapangkan kuburnya, dimuliakan kedatangannya, dimaafkan kesalahannya dan diterangi cahaya serta ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh, insyaAllah. Terimalah doa daripada anaknya ya Allah!

‘Qowiy’

[tag(usrah): ukhuwwatina sirru quwwatina]

Image

Walimah akhi Sufi & ukht Salsabila

Dahulu, selalu sahaja saya mendengar perkataan ‘qowiy’. Jumpa akh sekian yang hebat memberi penyampaian, orang akan katakan si dia ‘qowiy’. Bila melihat akh amalannya banyak, hafalannya bagus dan disiplin mantap orang labelkan dia ‘qowiy’. Sampai satu masa, perkataan ‘qowiy’ itu hilang daripada maknanya sebenar apabila, menjadi seorang akh yang saya fahami bukanlah matlamatnya menjadi ‘qowiy’ sebegitu.

Saya cuba mencari pengertian baru di kalangan du’at muda dan lama mahupun di kalangan masyarakat umum. Lalu, saya berjumpa dengan maksud perkataan ‘qowiy’ yang baru. Yang dirasakan, itulah maksudnya yang sebenar supaya menjadi rujukan buat para du’at yang muda bersemangat. Kelak, tiada lagi ada yang menyatakan mereka itu tak ‘qowiy’ atau si polan tidak ‘qowiy’. Kerana, zaman dakwah itu berubah-ubah, daripada satu fasa ke satu fasa, daripada satu realiti kepada satu realiti. Ideal ialah seperti menyusun bongkah-bongkah kayu ke dalam satu ruangan. Untuk memenuhi sesuatu ruangan yang ideal, kadang-kala kita harus memberi laluan, supaya ada ruang dalam menyusun bongkah-bongkah bagi memenuhi ruangan kosong.

Jika ‘qowiy’ dimaknai oleh para du’at yang bersemangat itu dengan makna yang ideal, berilah laluan agar ada ruang yang dapat diisi oleh para du’at lain yang dianggap kurang ‘qowiy’. Kerana memberi ruang itu sebahagian daripada ruangan tetap ‘qowiy’ yang ideal. Fasa realiti dakwah berbeza dengan fasa teori dakwah. Dakwah kita menghasilkan produk, bukan prototype. Prototype itu nanti akhirnya akan dilupakan. Yang wajib itu ialah bergerak, bukan ‘qowiy’ atau tidak ‘qowiy’ di mata kita.

Lalu, melepasi sesuatu fasa itu lah makna baru yang saya temui bagi perkataan ‘qowiy’. Kerana setiap fasa yang dapat di atasi menjadikan kita semakin utuh di jalan dakwah. Wallahu’alam.

Alhamdulillah. Barakallah saya ucapkan kepada sahabat baik akhi Sufi Mazli kerana telah mengakhiri zaman bujangnya pada 1 Mac lepas. Saya berdoa agar pasangan ini terus memecut laju dalam dakwah. MasyaAllah, ini baru ‘qowiy’!! : )

Belasungkawa

[tag (usrah): pemergian al-akh assodiq yang unik!]

Akhi Iman Shafiq [belakang sekali]. Akhi Iman Shafiq telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 5.30 petang 16 Mac 2013. Allah yarham kemalangan jalanraya apabila motosikal yang dinaikinya berlanggar dengan kereta menyebabkan organ dalamannya cedera parah.

Kenangan berjaulah ke Terengganu. Akhi Iman Shafiq [belakang sekali]. Akhi Iman Shafiq telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 5.30 petang 16 Mac 2013. Allah yarham kemalangan jalanraya apabila motosikal yang dinaikinya berlanggar dengan kereta menyebabkan organ dalamannya cedera parah.

Ini semuanya qaddarallahu taala (takdir Allah). Abangku tiba-tiba buat keputusan untuk balik cuti hujung minggu, dia sampai di rumah Continue reading