Ramadhan 1434H

[tag (umum): sampaikan aku kepada Ramadhan..]

Satu hari, Sayyidina Umar menanyakan kepada seorang sahabat yang alim tentang Al-Quran, Ubay bin Ka’ab, “apa itu taqwa?”

Demi menjawab pertanyaan amirul mukminin, Ubay lantas membalas: “Apakah yang akan engkau lakukan jika engkau menempuh satu jalan yang penuh dengan duri?”

Kata Umar: “Aku akan menyelak kainku, dan berhati-hati berjalan melaluinya agarku tidak terpijak akan durinya”

Dengan nada yang menjelaskan, Ubay bin Kaab menutupi jawapannya: “dan itulah maksudnya taqwa…”

Para Ulama tidak mendefinisikan taqwa dengan hanya takut kepada Allah, tetapi taqwa diletakkan di antara dua perasaan iaitu takut (khofa) dan harap (ra’jaa’).

Adapun kita di zaman ini, kita terlalai dalam memaknai maksud taqwa. Kita mendambakan kejayaan berkiblatkan keseronokan, harta, pangkat, keturunan dan kecantikan. Kita cemburu melihat keseronokan orang, kecantikan orang, pangkat seseorang dan harta seseorang lalu kita mengejar apa yang dimiliki orang lain agar kita setidak-tidaknya memperoleh yang sama atau lebih daripada mereka.

Sifat cemburu ini datang daripada deria kita yang dah dikaburkan oleh pengaruh-pengaruh yang mengotori hati manusiawi kita mengubah menjadi sifat kebinatangan. Pengaruh ini jelasnya datang daripada medium facebook, twitter, dan media sosial yang lain. Konklusinya, media sosial telah mempengaruhi pemikiran kita, tingkah laku kita, bahkan tujuan hidup kita.

Hebatnya kisah hidup sahabat-sahabat Nabi (SAW) dahulu kerana kehidupan mereka dipengaruhi oleh Al-Quran. Kerana itu, tindak tanduk mereka, pemikiran mereka, tingkah laku mereka dan tujuan hidup mereka jelas berlandaskan manhaj Al-Quran bukan bermanhaj facebook, twitter, etc.

Tidak hairanlah pada suatu hari seorang sahabat bertanya kepada Abu Dzar Al-Ghifari, seorang zahid yang suka berterus terang, bersuara lantang dan lidahnya tajam dengan kata-katanya yang lepas bersahaja.

“Apakah 3 benda yang paling kau cintai wahai Abu Dzar?”

Lalu apakah 3 benda yang paling kita cintai? Adakah Harta, pangkat, pencapaian, kereta, keseronokan, kekayaan atau keturunan?

Balas Abu Dzar:

“3 benda yang aku cintai ialah sakit, lapar dan mati”

“Jika aku sakit, dosaku diampunkan. Jika aku lapar, aku banyak mengingat tuhan. Jika aku mati, aku bertemu Tuhanku”

Saat Abdullah Ibn Umar balik daripada kejayaan perang melawan nabi palsu, Sayyidina Umar bertanyakan pada anaknya tentang abangnya, Zayd bin Khattab. “Apa yang berlaku padanya?”

Abdullah dengan tenang menjawab:

“Dia mencari syahid dan Allah mengabulkan permintaannya”

Umar dengan nadanya yang tinggi: “Zayd telah terbunuh dan engkau masih di sini, tidakkah kau malu?”

Abdullah membalas: “Dia mencari syahid dan Allah telah mengabulkan, aku juga mencari tetapi Allah tidak perkenankan!”

Umar dengan sedihnya berkata:”Dia telah mendahuluiku 2 perkara: Keislaman dan kesyahidan”

Kesedihan Umar terbahagi dua, pemergian abangnya dan kesedihan kerana abangnya mendahuluinya untuk syahid.

Begitulah perwatakan para sahabat Nabi (SAW), menunggu-nunggu saat untuk mereka syahid. Syahidnya seseorang sahabat, akan membuatkan sahabat lain tidak sabar untuk menanti bilakah giliran mereka tiba menagih janjinya.

Dan aku juga mengharap yang sama..

Lalu pada bulan Ramadhan ini, apakah makna taqwa kita untuk Islam?

Allah berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu berTAQWA.” [Al-baqarah 2:182]

Allah menurunkan perintah berpuasa hanya sekali dalam Al-Quran, tetapi Allah menyuruh kita bertaqwa lebih daripada 200 kali.

Jangan lagi maksudkan Ramadhan dengan menahan lapar dan dahaga dengan meng’khatam’kan Al-Quran, tetapi belajarlah untuk berTAQWA, insyaAllah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s