Anak

[tag (umum): semoga Kau buka pintu rezeki ini]

2013-02-01 18.28.57

Menjadi tanggungjawab seorang anak itu berkhidmat untuk ibu bapanya apabila dia sudah dewasa. Khidmat yang diberikan itu bukanlah dengan melambakkan barang-barang mahal atau duit yang banyak di hadapan mereka tetapi khidmat yang dimasukkan ialah keberadaan di sisi dan belaian kasih sayang. Saya begitu merasai keadaan ini sejak menjaga ayah yang jatuh sakit 3 bulan lepas. Kadang-kadang menitiskan air mata memikirkannya.

Kalau dahulu, pemikiran ibu bapa menginginkan anaknya berjaya, paling tidak ke menara gading. Diharapkan dengan ke menara gading, dia akan menjadi orang berguna, berjaya dengan erti kata mendapat pekerjaan yang baik dan dapat memberikan kesenangan yang ibu dan ayahnya dulu tidak dapat merasai.

Sungguh, pemikiran itu sebenarnya meleset. Jauh meleset daripada daripada cerita-cerita drama melayu yang menceritakan tentang anak derhaka kerana apa yang berlaku di hadapan mata itu lebih menyakitkan. Apabila seorang ibu atau bapa itu sakit, mereka langsung tidak sedikit pun menginginkan anak yang berjaya itu berjaya dengan kereta mewah, gaji besar, rumah besar atau menantu yang bekerjaya tinggi. Apa yang diinginkan hanyalah belaian seorang anak yang berada di sisinya, membelainya (literally, dengan tangan), mengusapnya dan menggembirakannya. Memasak untuknya, apatah lagi menyuapnya, memandikannya dan memakaikan bajunya. Menemaninya berjalan-jalan dan bersama di sisinya ketika hendak tidur.

Namun pada hari ini, realitinya, dengan generasi yang terbeban dengan hutang, anak-anak yang bekerjaya sudah hilang peri kemanusiaannya. Balik jarang-jarang, sekali balik dengan barang-barang, makanan, buah-buahan untuk ibu bapanya (yang belum tentu mereka dapat makan) kemudian bertanya apa khabar dan tidur kerana keletihan perjalanan pulang. Hari esoknya bangunnya lambat dan lusanya pulang semula ke tempat kerja awal pagi kerana takutkan jem. Oh iya, lupa pula, sebelum balik titipkan duit sekadarnya kerana dia juga perlukan duit untuk membayar hutang-hutangnya. Barangkali anak ini terlupa untuk bertanya khabar pun pada orang yang menjaga pesakit. Di mana silapnya? Saya tidak mahu menyalahkan siapa-siapa kerana perkara ini mungkin belum terjadi pada diri kita namun jika terjadi, apakah ada kemungkinan kita juga akan terlarut menjadi sebegitu?

Balik ke kampung untuk bertemu ibu dan ayah ketika sakit mahupun sihat bukanlah menjadi tempat berehat kita daripada kerja tetapi menjadi tempat kita mencurahkan kasih sayang kepada ibu dan bapa kita. Saya melihat trend ramai yang berpendidikan tinggi mula hilang nilai kemanusiaan yang kini ditukar dengan kebendaan. Calar di kereta mungkin lebih merisaukan dirinya daripada ibu ayah di kampung. Betapa kini saya sedar bahawa ujian Allah itu menjadikan kita matang dan dewasa. Saya berfikiran positif daripada apa yang menimpa. Mungkin pintu ujian akan membuka lagi seribu pintu rahmat bagi orang yang bersabar, saya redha.

Biasalah, pada mula kena orang akan ingat namun lama kelamaan mereka lupa mungkin sebab mungkin mereka betul-betul lupa atau larut dalam kehidupan masing-masing kerana setia  itu ada pada orang yang punyai hati ikhlas untuk setia bukannya yang di buat-buat. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan ‘plastik’ tetapi kita tergolong dalam golongan abdullah yang asli nilainya pada Allah dan makhluknya.

Tulisan ini saya tulis selepas membaca tulisan seorang ibu yang saya hormati: http://zaadut-taqwa.blogspot.com/2012/10/cabaran-menjadi-ibu.html. [Sila klik link]

p/s: Allahumma anta syafii wa anta kafii. isyfihi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s