Ghaib

[tag(umum): bahaya mensyirikkan Allah]

bomoh

Angin ahmar atau strok ialah penyakit yang akan menyebabkan sebahagian daripada tubuh badan lumpuh atau mata berkelip-kelip atau mulut akan menjadi senget. Antara faktor yang menyebabkan strok ialah darah tinggi, kencing manis atau kandungan kolestrol dalam badan yang tinggi. Simptom-simptom strok ialah berasa kebas di bahagian tubuh badan, pening-pening atau muntah-muntah.

Sudah lebih 2 bulan ayah saya mengalami strok. Kini masih di peringkat pemulihan melalui fisioterapi dan urutan kampung. Cuma, mungkin ada di antara kita tidak menyedari bahawa strok boleh terjadi akibat gangguan ‘luar’.

Sebagai seorang muslim kita wajib mempercayai perkara-perkara ghaib. Jin (selain syaitan dan iblis) ialah makhluk yang diciptakan Allah untuk tinggal bersama manusia di dunia ini dan ada di antara mereka akan mengingkari kitaran hidup normal mereka dengan mengganggu manusia. Angin ahmar juga ada sejarahnya dan ianya boleh datang menyerang seseorang disebabkan gangguan jin. Ianya boleh dilihat sendiri melalui fizikal pesakit.

Strok akibat masalah kesihatan kebanyakannya akan menyebabkan tubuh badan pesakit mengeras atau mulutnya senget. Strok akibat gangguan ‘luar’ kemungkinan akan menyebabkan tubuh badan pesakit terkulai dan mulutnya tidak senget. Apabila dibacakan ayat ruqyah pesakit akan merasa mengantuk atau tidur. Jin angin ahmar ini akan datang dengan simptom mimpi-mimpi ngeri yang melambangkan lembaga, rumah kosong atau kanak-kanak. Pesakit juga akan sukar untuk membaca ayat-ayat Al-Quran dan solat semasa sedang sakit.

Selain itu simptom penyakit strok juga boleh hadir kerana kemungkinan waris daripada ahli keluarga pernah mengalami strok. Ini berkemungkinan akibat saka atau jin warisan yang ingin bertuan. Strok gangguan luar ini jika diurut pesakit akan terasa perit/sakit berganda walaupun disentuh hanya sedikit sahaja di bahagian sendi-sendi atau urat yang utama.

Gangguan luar ini mungkin hadir daripada jin Islam atau jin kafir atau kedua-duanya. Apa yang baling bahaya dan sangat merbahaya ialah gangguan luar ini menginginkan sesuatu daripada pesakit mahupun ahli keluarga untuk ‘meraikannya’. Jin-jin kafir ini golongan yang jahat kerana mereka ingin menyesatkan manusia. Tekanan ahli keluarga yang ingin cepat melihat pesakit kembali sihat akan cuba cepat mencari penyelesaian dengan mempercayai kata-kata orang walaupun karut/syirik. Jin-jin kafir menginginkan ahli keluarga menuruti kata mereka melalui perantaraan individu-individu yang dipanggil bomoh/dukun.

Dukun atau bomoh ialah individu-individu yang perlu diawasi jika bertemu dengan mereka. Pertama, pastikan mereka syar’ie. Jika mereka merokok, itu ialah satu perkara yang meragukan kerana mereka sendiri tidak mengamalkan ayat Al-Quran yang dibaca. Yang kedua, tiada alat bantuan dalam rawatan mereka seperti keris, air dan limau atau asap kemenyan. Yang ketiga rawatan mereka tidak meminta sesuatu yang pelik seperti limau gugur, air sekian-sekian, daun-daun sekian. Semua ini ialah alat-alat yang diinginkan oleh jin untuk meraikannya.

Ini ialah amaran keras. Jika ahli keluarga mengikuti nasihat dukun atau bomoh untuk mendapatkan ‘barang’ yang diinginkan dan berbuat seperti yang dikatakan oleh dukun/bomoh tadi, ini ialah dosa yang besar kerana mensyirikkan Allah. Lebih teruk lagi ia boleh membatalkan akidah kita sebagai Muslim. Hal ini kerana kita telah bersekongkol menyembah mereka iaitu jin-jin tadi dengan meraikan mereka demi mengubati pesakit. Nauzubillah wa nastaghfirullah al azim. Sebagai Muslim kita harus percaya qada’ dan qadar. Ujian sakit itu datang daripada Allah dan hanya Allah yang akan menyembuhkan bila tiba masanya. Bertahun-tahun kita menyembah Allah dengan bersolat, berpuasa keranaNya dan membayar zakat keranaNya, jangan hanya kerana ujian yang sedikit setelah pelbagai nikmat yang Allah berikan kita sanggup menggadai agama kita. Ini satu perbuatan yang sia-sia dunia dan akhirat.

Bak kata hukama’ biar kita mati kerana sakit jangan sihat kerana mensyirikkan Allah. Sesungguhnya menahan sakit dan sabar itu lebih mulia daripada sihat dengan terhina di sisi Allah SWT. Kita sebagai umat Islam dan orang melayu terutamanya jangan terlalu ringan dan mudah mempercayai bomoh/dukun walaupun sehebat mana mereka menyembuhkan penyakit-penyakit yang ganjil. Apa yang kita boleh lakukan sebagai Muslim ialah berdoa kepada Allah S.W.T. agar dikeluarkan jin itu daripada badan pesakit dan disembuhkan penyakit pesakit dengan cara yang Allah inginkan. Rujuk kepada pusat-pusat rawatan Islam berdekatan dan selalunya orang yang ikhlas membantu tidak akan meminta upah. Kita harus beringat, kita menyembah tuhan yang satu dan tuhan yang sama untuk semua makhluk. Kita bukan menyembah apa yang bomoh/dukun puja melalui perantaraan yang dibela dan dipercayainya. Semoga Allah melindungi kita daripida mensyirikkanNya dan memberi hidayah kepada bomoh/dukun di luar sana supaya kembali ke jalan menyembah Allah yang Esa.

Firman Allah S.W.T. :

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: “Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit”.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s