Fahmi

[tag(umum): memahami dengan mata hati]

tadabbur

“Kalau baca Al-Quran yang arab sahaja OK ker?..” kata Izwan.

“OK.. Cuma, kalau baca terjemahannya sekali, lagi OK…!” Fahmi cuba mendakwah (mengajak) sahabatnya.

“Tapi aku bukan reti sangat baca Al-Quran, lambatlah nak baca yang arab, lepas tu nak baca terjemahan lagi..” kata Izwan.

“Takpe, tak payah baca banyak.. baca separuh daripada apa yang kau baca sekarang, kemudian baca terjemahan, pahalanya tetap sama..” ujar Fahmi.

“Okkay..!” senyum Izwan. Kata-kata itu melegakannya.

Fahmi mengharapkan sahabat sebiliknya yang rajin membaca Al-Quran setiap hari selepas Maghrib atau Subuh untuk membaca sekali terjemahannya.

Dia berasa tidak senang jika melihat sahabat sebiliknya membaca Al-Quran secara tergesa-gesa untuk menghabiskan bacaannya. Sebab itu dia hadiahkan Al-Quran terjemahan pada Izwan semasa hari jadinya.

Fahmi: Hari ini hari jadi kau kan?

Izwan: Haah. Argh, apalah yang ada pada hari jadi aku. Kalau hari ni nak hujan tetap hujan jugak kan.

Fahmi: Iyer, tapi aku dah terbeli hadiah untuk kau. Nah. Kalau dah terbeli untuk hari jadi kau, kenalah bagi masa hari jadi kau jugak kan.

Izwan: Haha. Terima kasih daun keladi, kalau ada duit lebih bagi hadiah lagi.

Fahmi: InsyaAllah.

Bagi Fahmi, tiada hadiah lebih besar daripada dua nikmat Allah ini iaitu Islam dan Iman. Al-Quran yang dihadiahkan kepada sahabatnya harap dapat menambahkan nikmat Allah dalam dirinya. Setelah mengenali Islam yang jauh daripada dirinya dulu dia mula membaca Al-Quran beserta terjemahannya. Kemudian dia mengambil masa sejenak berfikir tentang apa yang dia bacakan.

Rasulullah diutuskan dengan membawa risalah Allah iaitu Al-Quran. Ajaib! Al-Quran itu sangat ajaib. Mana tidaknya, apabila Rasulullah menyeru orang arab ketika itu dengan apa yang diwahyukan, sahabat-sahabat begitu terkesan dengannya.

Tentu Al-Quran itu sesuatu yang menakjubkan. Bahkan iya! Kalau tidak, takkanlah sahabat-sahabat Nabi SAW sanggup berperang bersama Rasulullah. Malah, lebih daripada itu mereka sanggup mempertahankan seruan Rasulullah ini dengan harta dan nyawa mereka.

Abu Bakr RA dapat mengislamkan 6 orang setelah dia mendengar Al-Fatihah daripada baginda SAW. Muka surat pertama Al-Quran sahaja, 6 orang dapat diislamkan?

Semasa zaman Abbasiyyah, orang putih (maksudnya: yang non-muslim) dahulu beriya-iya mengikut gaya hidup masyarakat yang mengamalkan Al-Quran. Bahkan, ketika wanita-wanita Islam memakai tudung, mereka pun sibuk ingin memakai tudung dan menjadi kebanggaan.

Ini bukan kisah dongeng malah ditulis sejarah mereka iaitu pengorbanan sahabat-sahabat Rasulullah, tabiin, tabi’-tabiin dengan tinta emas!

Bila diputar kembali masa, mesti ada sebab mengapa Al-Quran sudah tidak sehebat dulu. Oh bukan, bukan Al-Quran yang tidak hebat. Generasi yang ada sekarang tidak hebat kerana generasi hari ini hanya generasi pembaca Al-Quran, generasi dahulu mereka generasi yang mengamalkan Al-Quran.

“Ustaz, saya ada soalan… Apa maksud Fahmi?” Fahmi bertanya, ikhlas.

“Maksudnya kefahamanku, atau mungkin boleh diulas lagi sebagai kefahaman Islam yang ada padaku..” jawab Ustaz.

“Kalau baca Al-Quran tanpa faham maksud dia OK ker ustaz?..” tanya Fahmi lagi.

“Hurm.. Ustaz pernah tengok di kampong ustaz, seekor burung kakak tua, dia boleh baca Al-Quran dengan baik kerana tuannya selalu pasang ayat Al-Quran dirumahnya…” balas Ustaz, sinis.

Jawapan itu meyakinkan Fahmi. Faham!

Fahmi mula mengambil masa untuk memahami Al-Quran. Kini dia tidak lagi hanya membaca, dia juga membuka terjemahan dan tafsir Al-Quran. Selalu dia akan termenung dan berfikirkan tentang apa yang dibacanya. Kadang-kadang dia bertanya pada Azri yang memimpin pertemuan mingguannya yang membincangkan tentang Al-Quran dan Islam. Dia juga cuba mengamalkannya tetapi ianya tidak cukup. Kerana dia berasa dia perlu merasakan apa yang dia rasa kepada orang lain. Jadi, dia menguatkan diri mengajak Izwan bersama-sama dengannya.

Betapa nikmatnya memahami Al-Quran kerana memahami tanggungjawab sebagai hamba Allah merupakan suatu perkara sangat besar.

Dia takut kalau nikmat itu ditarik balik seperti keadaan dirinya yang dulu. Dia takut kalau-kalau Al-Quran yang menjadikan sahabat-sahabat Rasulullah sanggup sehingga bergadai nyawa dan harta untuk mempertahankannya tidak lagi menjadi kenikmatan membaca dan menghayatinya.

Dia takut dia menjadi malas untuk membacanya seperti dulu. Dia takut dia tidak dapat merasakan apa-apa setelah membacanya seperti dirinya yang dulu.

Dia takut, kerana dia tahu jika seseorang sudah tidak merasakan kebanggaan, kecintaan dan kenikmatan membaca kata-kata Allah tentu nikmat Islam dan nikmat Imannya semakin pudar.

Dia tahu kemungkaran itu berlaku apabila orang yang membacanya sudah hilang nikmat untuk menghayati dan memahaminya walaupun Al-Quran berada dalam laci meja sahaja.

Kerana itu dia hadiahkan Izwan Al-Quran terjemahan. Moga-moga kenikmatan membaca terjemahan Al-Quran yang dirasakannya itu dapat juga di’terjemah’kan kepada Izwan. InsyaAllah (dengan izin Allah).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s