Aku dan IM

[tag(usrah): mencari manfaat daripada bacaan]

20130212-225401.jpg

Alhamdulillah, Allah beri nikmat dengan meminjamkan saya dengan buku Aku dan Al-Ikhwan Al-Muslimin kepada saya melalui seorang sahabat baik saya yang saya cintai kerana Allah baru-baru ini. Dah lama hati ini berhajat nak cari buku ini walaupun sebenarnya buku ini ada di jual di banyak tempat tapi belum ada masa yang sesuai untuk mencarinya. Walaupun agak kelambatan untuk membacanya tapi saya rasakan ianya tetap segar bagi pembaca baru.

Buku ini sedikit sebanyak mengubat hati yang berasa sempit dek asyik terperuk di rumah berjauhan dengan kawan-kawan seusrah yang lain. Sudah lama rasanya tidak duduk bersama mereka kerana tanggungjawab menjaga ayah itu lebih utama. Seperti mafhum hadis Nabi SAW, antara dua jihad (jihad qital vs jihad ibu bapa), jihad ibu bapa itu lebih penting jika keadaan membenarkan. Namun, hati tetap gelisah kerana tiada lagi orang yang akan memantau amal-amal sunat kita, hafazan kita, beri nasihat dan beri ilmu kepada kita. Ketiadaan ini membuat jiwa seperti kosong dan kekosongan itu lebih lagi dirasai apabila ada dosa yang menghantuk kepala. Sekurang-kurangnya buku Sheikh YAQ ini dapat menampung amal-amal yang kosong dengan tulisannya yang hidup dengan pengalaman dan nasihatnya yang amat berguna bagi para pemuda yang menggelarkan diri mereka sebagai da’ie Islam dan menjadikan Allah ghayah dalam seluruh hidupnya.

Buku Aku dan IM berkisarkan kisah-kisah peribadi Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi dengan IM yang banyak mengajar pembacanya erti pahit manis dalam memperjuangkan dakwah ila Allah. Ianya seolah-olah seperti seorang datuk menceritakan pada cucunya tentang kisahnya bersama-sama kawan seperjuangannya dalam IM. Saya memang meminati Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi walaupun saya belum lagi membaca buku-bukunya tapi kata-katanya di lewat kebanyakan video-video nya dalam youtube, banyak menyedarkan umat Islam tentang masalah ummah yang berlaku. Begitu besar pengaruh IM terhadap Sheikh YAQ selaku tokoh Ulama’ muktabar di zaman kontemporari ini. Namun kadang-kadang ini menjadikan saya hairan, sedangkan Sheikh YAQ sendiri banyak mendapat manfaat daripada IM, bagaimana pula ada pendapat yang mengatakan IM sesat, membawa bencana kepada ummah, diktator dan anti kepada demokrasi. Mana mungkin seorang berhati murni seperti Sheikh YAQ ingin berkongsi pengalamannya berjuang bersama-sama orang yang sesat. Mungkin mereka perlu mendapatkan buku ini untuk mengurangkan keraguan mereka.

InsyaAllah saya bercadang untuk berkongsikan petikan pendek yang menarik, quote-quote menarik atau pendapat (excerpts) daripada buku ini dari semasa ke semasa. Saya bukanlah seorang yang rajin membaca buku namun insyaAllah saya menanamkan azam untuk membaca sesebuah buku walaupun sedikit. Kerana bagi saya membaca buku ini bukanlah sekadar membaca tetapi manfaat apa yang difahami dan yang boleh diaplikasikan terhadap apa yang dibaca itu lebih penting. Sebab itu apabila membaca perkara pertama yang saya akan buat ialah membaca Muqaddimahnya. Kemudian membelek indeks pecahan-pecahan tajuknya untuk mencari tajuk-tajuk yang menarik. Jika ada tajuk yang menarik perhatian, muka surat itu akan saya baca dahulu. Jika tidak faham, barulah saya akan membaca yang sebelumnya untuk memahami muka surat tadi sehinggalah faham.

Cara pembacaan sebegini ialah cara yang saya rasa paling berkesan untuk jenis orang seperti saya yang jarang untuk membaca buku. Kerana cara ini saya adaptasikan daripada cara membaca Al-Quran. Seperti Al-Quran, ianya tidak perlu dibaca dari muka hadapan untuk memahami mesejnya tetapi perlu dibaca dengan hati yang terbuka dan yang ingin membacanya tidak kira dimana muka surat yang dibaca. Bagi saya, jika pembacaan sebuah buku dimulakan daripada muka hadapan dan seterusnya akan membuatkan saya mudah bosan. Kerana mungkin sahaja pertengahan atau akhir sesebuah buku itu lebih saspens dan menarik tanpa perlu membaca muka surat awalnya.

Tarbiyah itu perlu dicari bukan ditunggu. Itulah yang dinamakan dalam Islam sebagai إنضباط (disiplin) dalam mencari hidayah. Allah berfirman:

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. [29:69]

 

Membaca itu salah satu jalan jihad dalam mencari keredhaan dan memahami agama Allah. Justeru, mahu tidak mahu kita perlu memaksa diri kita untuk membaca dan mengambil manfaat daripada pembacaan tersebut, insyaAllah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s