El-Tramco

[tag(umum): ilmu dan peradaban manusia]

Tramco

Sudah 3 bulan diri ini meninggalkan Mesir. Aku pergi ke Mesir dulu bukan membawa diri, cuma mencari sebutir pengalaman untuk lebih dekat dengan Illahi. Aku sangkakan dulu lama lagi aku menetap di Mesir tetapi Allah menentukan rezeki ke berada di bumi Anbiya’ juga bumi Firaun ini lebih sekejap dari yang dirancang. Ternyata hikmah balik dari Mesir awal sangat besar apabila ayah pula jatuh sakit baru-baru ini.

Mesir, Ummu Dunya kata orang tempatan di Mesir. Itulah hasil daripada didikan diktator firaun yang sudah berlalu zaman pemerintahannya. Kini mereka berpijak di bumi realiti bersama pemimpin yang terbaik di dunia dan kita pun mencuba hal yang sama nanti. Menetap di Mesir dulu membuatkan aku lebih menghargai dengan apa yang Allah berikan dan juga membuat aku merasa lebih merendah diri dengan apa yang sudah dicapai. Timbangan manusia itu bukan pada hasilnya, malah bukan apa yang kita capai tetapi cukup pada usahanya dan keringat yang diperah dengan sebaik-baik amalan. Itu yang akan dikira oleh timbangan Al-Mizan.

Lupakan tentang kotornya Mesir, lupakan tentang kasarnya orang tempatannya, lupakan tentang sistem kunonya. Satu hal yang buat aku tertarik tentang Mesir ialah El-Tramco atau dalam bahasa arabnya (arabiah).

Pengangkutan di Mesir boleh aku katakan effisien tetapi kurang pada keselesaanya. Boleh memuatkan sehingga 20 orang satu masa dan tiada had umur, jantina malah bangsa. Ini pengangkutan utama mereka selain teksi. Murah dan berpatutan. Tetapi ianya ada kekurangan.

Sempit, panas, kerusinya buruk zaman 80-an, bercampur lelaki dan perempuan, pemandunya langsung tidak berhemah di jalan raya, penumpang boleh merokok sama seperti pemandunya, mereka boleh bertukar duit pecah antara pemandu ketika memandu, hon dan muzik yang membingitkan telinga. Ini asam garam yang dilalui oleh orang Mesir sejak mereka kecil. Tetapi inilah hikmah yang diberikan oleh Tuhan untuk mereka sedar dan satu hari mereka akan bangkit menjadi bangsa yang lebih lagi baik daripada apa yang ada di Malaysia.

Hidup kita seperti kitaran roda. Adakalanya kita di bawah dan ada kalanya kita di atas. Jika berpeluang menaiki tramco (sebuah van awam), naikilah dan cuba hayati dan maknakan dalam kehidupan manusiawi. Kita akan dapat merasai di sebalik kelecehan menaiki el-tramco, di situlah terdapatnya ruang-ruang untuk kita mencari nilai kita perbaiki diri.

Adakalanya akan ada orang akan masuk dengan memberi salam. Ada orang akan menghulurkan air jika mereka ada air di tangan. Ada yang memegang tasbih dan membaca Al-Quran. Ada yang bercakap dalam telefon bertanya khabar kawannya. Ada yang memimpin anak-anak ke sekolah. Ada yang naik ingin ke masjid. Ada tulisan dalam el-tramco menulis ‘la tansa zikrullah’ (jangan lupa berzikrullah).

Rendah diri dalam ketegasan. Itu yang aku pelajari dari Mesir. Mereka orang yang mudah, ringkas dan merendah diri. Tidak materialistik. Tidak meletakkan dunia berlebih-lebihan, sekadar cukup dengan kadar yang diperlukan. Tidak mengejar pangkat dan hanya cukup dengan redha Illahi dalam membuat pekerjaannya. Ramai orang-orang baik di Mesir mempunyai fikrah sebegitu. Alangkah indahnya dunia jika dipenuhi manusia sebegini. Tiada lagi sombong diri untuk membeza-bezakan manusia dengan melaungkan aku lagi bagus, aku lagi berilmu, aku lebih banyak harta, aku lebih kaya, aku lebih cantik, aku lebih bergaya, keretaku lebih besar, rumahku lebih mewah, gajiku lebih besar, aku lebih senang.

Cukuplah jika apa yang ada diucapkan dengan Alhamdulillah dan berusahalah untuk mendapatkan yang terbaik bukannya yang lebih baik. Malaysia semakin pesat membangun dan ramai yang sudah berpendidikan. Namun janganlah dengan terdidiknya kita dengan ilmu kita tinggalkan adab kerana tiada guna ilmu yang dibawa tanpa diiringi dengan adab Islami. Merendah dirilah kerana Allah itu Maha Besar dan Maha Kaya. janganlah kita bertuhankan harta atau bertuhankan dunia. Berpijaklah kita pada bumi yang nyata supaya kita sedar satu hari nanti kita kembali semula ke dalam perut isinya. Biar kita sehebat mana pun, jadikanlah tarbiyyah Islami sebagai pegangan agar kita boleh menjadi contoh kepada manusia yang lain. Allah sudah mengingatkan kita dalam surah 18, Al-Kahf

Dan berikanlah kepada mereka satu CONTOH: Dua orang lelaki, Kami adakan bagi salah seorang di antaranya, dua buah kebun anggur; dan Kami kelilingi kebun-kebun itu dengan pohon-pohon tamar, serta Kami jadikan di antara keduanya, jenis-jenis tanaman yang lain. [32] Kedua-dua kebun itu mengeluarkan hasilnya, dan tiada mengurangi sedikitpun dari hasil itu; dan kami juga mengalirkan di antara keduanya sebatang sungai. [33] Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: “Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai”. [34] Dan ia pun masuk ke kebunnya (bersama-sama rakannya), sedang ia berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan sebab kufurnya), sambil ia berkata: “Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya. [35] Dan aku tidak fikir, hari kiamat kan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sebagaimana kepercayaanmu), tentulah aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini. [36] 

berkatalah rakannya kepadanya, semasa ia berbincang dengannya: “Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih (air mani), kemudian Ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki? [37] Tetapi aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah, Tuhanku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku. [38] Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu, [39] Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus. [40] Ataupun air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi, maka dengan yang demikian, engkau tidak akan dapat mencarinya lagi”. [41] Dan segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan, lalu jadilah ia membalik-balikkan kedua tapak tangannya (kerana menyesal) terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya; sambil dia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!” [42] Dan ia tidak mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya, selain dari Allah; dan ia pula tidak dapat membela dirinya sendiri. [43] Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat). [44] 

Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [45] Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. [46]

p/s: Jika berminat untuk belajar bahasa arab di Mesir boleh rujuk kepada Kelab Ikram Mesir di Facebook.

Boleh tonton antara klip di Misr:

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s