Angin Ahmar

[tag(umum): daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali]

20130124-083401.jpg

Semoga cepat sembuh ayah!

2 minggu berlalu, aku rasakan keadaan semakin berat dan aku sedang mencuba untuk mengawal secara fizikal dan emosi. Semenjak ayah kena strok 2 minggu lepas,

aku menjadi ‘nurse’ sepenuh masa menjaga ayah di rumah. Sebelah kanan badan ayah lumpuh yang buatkan dia susah nak bergerak. Lidahnya juga kelu dan perlu belajar untuk bercakap semula kerana ingatan untuk menyebutnya sudah hilang.

Sekelip mata sahaja, segalanya merubah keadaan. Aku mengambil tanggungjawab sebagai seorang yang masih belum bekerja tetap lagi dalam keluarga untuk menjaga ayah. Menjaga orang yang menghidap angin ahmar ini ada cabarannya kerana pertama sekali pesakit itu mungkin tidak dapat menerima kenyataan yang dirinya terkena angin ahmar. Aku rasa ayah dalam kumpulan ini dan sehingga kini masih lagi belum dapat menerimanya lagi.

Kasihan melihat keadaan ayah tapi ini mungkin ujian yang Allah ingin beri kerana ingin menaikkan darjat seseorang. Muhasabah juga perlu ada di sebalik ujian yang diberikan. Ayah memang jarang nak bersenam dan melakukan kerja berat. Kerana itu badan yang tidak aktif akan menjadi malas dan faktor inii menyebabkan kolestrol boleh berkumpul dan menyebabkan saluran darah di otak tersumbat. Akibatnya, tisu-tisu otak akan mati secara perlahan kerana tidak mendapat oksigen daripada darah lalu serangan strok berlaku.

Sejak menjaga ayah, aku juga menyesali keadaan diri aku yang dulu punyai banyak masa lapang untuk lakukan perlbagai kerja. Menjaga ayah yang terlantar banyak memakan masa untuk pastikan ayah solat, makan, makan ubat, bersenam, mandikan, basuh buang air kecil dan besarnya. Amak-amal haraki Islami semakin berkurang apabila duduk di rumah. Kadang-kadang mutabaah amal juga ada yang bocor kerana keletihan menjaga ayah. Aku rasa “something” wrong jika keadaanku terus begini.

Aku harap sakit strok ayah cepat berkurang. Ramai yang menasihatkan untuk bawak berubat sana-sini tapi hakikatnya saraf otak ayah perlu tumbuh semula untuk merangsang pergerakan. Pertumbuhan saraf otak ini benar-benar perlukan masa dan perlu dirangsang. Rangsangan pertumbuhan saraf ini datang daripada persekitaran, ahli keluarga dan sahabat handai. Pemakanan ketika ini amat penting untuk dijaga terutamanya makanan yang berkolestrol tinggi perlu dielakkan. InsyaAllah setiap hari aku berdoa semoga ayah cepat sembuh. Setiap hari juga aku berdoa semoga aku dapat membaiki amalku dan dapat menumpukan pada masters untuj disiapkan. Target tahun ini ialah untuk siapkan masters dalam tahun ini juga. Namun sebab ayah jatuh sakit, satu bulan telah berlalu tanpa ada peningkatan. Aku harap hari-hari selepas ini dapat dipermudahkan insyaAllah.

Advertisements

3 thoughts on “Angin Ahmar

  1. Sorry to hear about your dad akhi.
    Tanggungjawab besar seorang anak. Semoga nta kekal tabah.
    Sekali sekala telefon rakan-rakan usrah atau rakan-rakan Vandy atau ex-MISG atau lain-lain. kadang-kadang dengan berbual dapat menaikkan semangat, mengurangkan stress dan mengembalikan tenaga.
    Kalau tak berbual dengan manusia pun, berbuallah dengan-Nya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s