Hubungan dan Perancangan

[tag (usrah): pasca program Jom Kahwin]

456989_10200211105819399_179029367_o

Mungkin 2 tahun lalu semasa mula komited dengan tarbiyah, alam perkahwinan tiada dalam perancangan yang serius sebabnya ialah masih belajar dan dakwah, tarbiyah perlu dipergiatkan. Banyak masa, wang dihabiskan selain belajar ialah untuk dakwah dan tarbiyyah. Penyusunan program, penyusunan bahan, penguasaan fikrah dan sebagainya perlu digiatkan dan semua itu memakan masa juga wang.

Hidup di dalam kepompong mahasiswa luar negara belum menampakkan lagi aku dengan dunia sebenar yang dinamakan sebagai alam perkahwinan. Bila umur semakin meningkat dan persekitaran sudah berubah, semua yang dilalui semasa alam pelajar luar negara sangat lain rencahnya dengan realiti dunia sebenar atau spesifiknya ialah Malaysia.

Namun di sebalik komplikasi ini ada pada dua kata kunci yang dapat aku fahami iaitu: Hubungan dan Perancangan. Bernikah, menyebutnya memang indah. Namun, disebalik keindahan itu ada arus dan badai yang akan dilalui dalam bahtera perkahwinan. Justeru perlulah seorang akh itu berfikir secara matang dengan perancangan yang serius memikirkan alam perkahwinan daripada segi fizikal mahupun mental.

Perancangan mental ialah perancangan nombor satu. Semakin hampir akh itu dalam merancang bila masa yang sesuai untuk bernikah, sepatutnya semakin dekatlah hubungannya dengan Allah sehinggalah dia menghabiskan umurnya di dunia. Kerana hubungan dengan Allah itulah yang menghubungkan hati-hati manusia yang dekat dengan Allah. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:

Hadis Abdullah bin Mas’ud r.a katanya:

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w dengan berkata: Wahai Rasulullah! Apakah pandangan kamu tentang seorang lelaki yang menyukai suatu kaum ketika dia bertemu dengan mereka? Rasulullah s.a.w menjawab: Seorang itu akan tetap bersama orang yang disukainya

[Shahih Muslim Hadith #4779]

Selain Allah, Rasul, Ibu Bapa dan Adik Beradik dengan kecintaan itu juga akan dibahagikan pada orang yang kita cintai di dunia iaitu yang akan hidup lama di sisi kita. Tentu kita juga mahu orang yang kita cintai di sisi kita itu terikat hatinya juga pada Allah S.W.T. Untuk seorang yang berada dalam sistem usrah perlulah komited menjaga mutabaah amal, perbanyakkan solat malam, banyakkan menghafal Al-Quran dan hadis, menguasai bahan-bahan fikrah baitul muslim dan harakah Islami, serta perlu menggiatkan lagi diri dalam program tarbiyah dan dakwah. Beristiqamah dalam melakukan seadanya kemudian, kita letakkanlah tawakkal itu pada Allah S.W.T kerana Allahlah yang akan membalas usaha yang ikhlas dengan setimpal. (-> nasihat untuk diri sendiri)

Perancangan fizikal pula lebih kepada material. Persediaan kewangan ialah persediaan yang kritikal selepas persediaan mental dan kesihatan. Apabila bertanya kawan-kawan lain yang sudah menikah aku fikir persoalan maskahwin dan hantaran ini satu yang serius dan boleh jadi menggerunkan. Wang hantaran yang standard didengari ialah RM 10000 beserta mahar yang mengikut negeri dan permintaaan keluarga. Dicampur pula barang hantaran yang lain (e.g. cincin, sepersalinan dll), persiapan kenduri, itu semuanya perlukan persediaan kewangan yang kukuh. Hal yang sama juga aku dengar di Mesir dahulu bahkan ada yang lebih ekstrem. Barulah aku faham kenapa ustaz yang mengajar bahasa arab dulu bernikah pada umurnya menghampiri 30-an walaupun dia ahli IM. (ianya bergantung pada budaya setempat dan Islam tidak menghalang budaya maskahwin dan mahar ini – rujuk sirah pada zaman Umar tentang penetapan mahar dan hadiah).

Aku tahu persoalan tentang mahar dan hantaran punyai perbezaan pendapat. Tetapi bila aku bertanya-tanya pada orang berpengalaman mengapa mahar dan hantaran harganya tinggi kerana melepaskan anak-anak yang dijaga sejak merah tapi kaki mereka kepada orang yang tidak berapa dikenali ialah satu perkara yang berat. Apatah lagi jika si anak itu ialah anak yang paling disayanginya, yang dulunya dia di hantar ke sekolah kemudian university dan sehinggalah mendapat kerja yang elok. Jadi, tidak hairan jika mahar dan hantaran itu menunjukkan sayangnya ibu bapa melepaskan anaknya yang tidak terbalas harganya. Alasan ini yang aku rasa membuatkan aku redha pada ketentuan keluarga kerana persefahaman keluarga sangatlah penting dalam perkahwinan. Barulah lahir perasaan Ikhlas itu ketika memberi mahar dan hantaran kerana jasa ibu bapa yang telah menjaga anaknya dengan baik itu tidak akan terbalas.

Bila fikir sejenak, ada juga rasa terkilan kerana tidak terlintas langsung untuk memikirkan persediaan kewangan ini seawal di bangku universiti semasa degree dahulu. Ini hanyalah pendapat jujur peribadi aku sendiri, belum lagi nak dimasukkan dengan pendapat ikhwah-ikhwah UiTM lain yang sedang mengambil degree. Mereka tiada sumber pendapatan selain PTPTN. Mendapat kerja di luar selepas ijazah nanti belum lagi terjamin apatah lagi mengumpul duit belanja untuk perkahwinan. Runsing memikirkan persediaan kewangan kadang-kadang boleh membuatkan seseorang terlupakan persediaan mental dan rohani. Nauzubillahi min zalik. Inilah realiti yang mereka dan aku lalui, bukannya tidak berpendirian positif tentang usaha dan tawakkal tetapi aku hanya ingin menjadi realistik dalam memberi pendapat dan segalanya terserah pada Allah menentukan. Tarbiyah bukanlah diimiginasikan dengan cinta ikhwah akhowat seperti KCB atau AAC tetapi tarbiyah dibuktikan dengan kesungguhan dan komitmen kita membina individu muslim dan baitul muslim. Usaha sehabis baik kita dan biar Allah yang menentukan rezeki kita. Justeru, sebagai seorang Ikhwah perlulah mengambil ini sebagai cabaran zaman sekarang tanpa melupakan dakwah dan tarbiyah sebagai kehidupan.

Program Jom Kahwin yang aku ikut serta seminggu lepas banyak membuka mata lebih kepada persediaan daripada segi mental dan fizikal kerana umur sudah tidak lagi muda untuk tidak memikirkan alam perkahwinan. Jodoh ini umpama ajal, kita tidak tahu dekatkah dia atau jauhkah dia. Konklusinya ialah seorang akh harus lebih serius dalam menjaga hubungan dengan Allah dan serius dalam membuat perancangan untuk perkahwinan. Semua orang ingin bernikah dan aku juga insyaAllah. Lebih-lebih lagi ianya sunnah yang sangat Rasululullah tuntut jika dilakukan pada umur yang muda. Semoga Allah permudahkan urusan kita. Semoga Allah berkati urusan kita.

p/s: Apakah mungkin sudah hampir masanya? Wallahu Ta’ala A’lam!!!

Baca lagi tentang persediaan pernikahan di HafizFirdaus.Com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s