Medan

[tag(umum): tujuan hidup yang jelas]

UiTM Shah Alam

Alhamdulillah, alhamdulillah. Hari-hari hujung tahun di Malaysia disimbahi dengan rahmat Allah S.W.T. iaitu hujan. Kadang-kadang turunnya lebat, kadang-kadang renyai-renyai sahaja. Hujan buatkan hati terasa tenang namun menjadi tidak best bila terpaksa meredah hujan dengan kenderaan 2 tayar iaitu motosikal sebabnya, jalan menjadi licin dan baju yang dipakai akan menjadi basah lencun kalau terlupa baju hujan.

Ini semua suasana baru yang dilalui di UiTM Shah Alam. Pengalaman kata orang tetapi, bagi aku ini semua tarbiyyah dari Allah S.W.T. Nabi S.A.W. dahulu memanjat Gua Thur dan bukit Thaif dengan kakinya sendiri namun sedikit pun tidak pernah mengeluh apatah lagi aku yang hanya memusingkan pemegang minyak dan duduk, jauh lebih selesa daripada baginda S.A.W.

Menyesuaikan diri di sesebuah tempat perlu mengambil masa. Hampir sebulan juga nak sesuaikan diri di Shah Alam. Jalannya, persiapan universitinya, masyarakatnya, kewangannya, aktivitinya dan jadualnya, semua itu perlu disesuaikan. Selama sebulan menyesuaikan diri aku akui Shah Alam ini boleh dikatakan sebagai: Malay Elite Territory di Malaysia. Masyarakatnya agak berpendidikan tinggi dan semua ini menjadikan taraf hidup menjadi tinggi di Shah Alam. Apabila taraf hidup menjadi tinggi, kos hidup akan menjadi tinggi yang menyebabkan masyarakat sekelililngnya terpaksa mengikuti keadaan ini dan berbagai-bagai lagi perkara boleh dikaitkan.

Yang kesiannya ialah golongan bawah pertengahan seperti pelajar yang datang dari kampung atau kawasan yang taraf hidupnya sederhana. Kerana golongan ini di Shah Alam ialah majoriti utama dalam pertumbuhan ekonomi perniagaan-perniagaan kecil dan sederhana seperti kedai makan, fotokopi, sewa kereta, pasaraya dan lain-lain. Jadi manusia-manusia yang bernama pelajar mula merasakan hidup ditekan sejak lagi di bangku universiti kerana peluang untuk menjadi kreatif sudah tertutup dengan tugasan-tugasan dan tanggungjawab di universiti. Akhirnya pelbagai masalah akan timbul jika mereka ini mengikut arus perdana (baca: mainstream) yang telah diprogramkan oleh keadaan semasa untuk menghabiskan pelajaran, dapatkan kerja yang bagus untuk dapatkan kereta mewah, rumah yang besar dan cuba untuk menjadi golongan elit Melayu yang mereka lihat setiap hari.

Pelajar wanita pula mula mencari lelaki untuk bergantung dan lelaki akan mencari wanita untuk melepaskan tekanan emosi yang disebabkan oleh persekitaran tanpa mereka fahami bagaimana untuk mengelakkan dan kedua-duanya berlaku atas sebab yang sama. Dek kerana keadaan ini agama akan menjadi pilihan kedua, ketiga bahkan tiada dalam senarai pun jika emosi dan tekanan tidak dapat disalurkan dengan saluran yang betul.

Golongan-golong elit Melayu juga dalam keadaan yang sama namun berlawanan dengan golongan bawah pertengahan tadi. Mereka selesa dengan kehidupan elit mereka. Kerisauan mereka hanya pada material dan periuk rezeki yang ada pada mereka. Mereka selesa solat berjemaah di surau, pagi-pagi subuh lagi sudah meletakkan duit ke tabung surau kemudian bekerja dan makan tengahari. Selepas habis 1,2 batang rokok mereka balik menyambung kerja sehingga petang. Kemudian solat Maghrib di surau dengan baju melayu dan kopiahnya. Jika ada ceramah mereka tunggu atau mungkin tertidur, jika berpeluang untuk berbual, mereka berbual tentang kerja, rumah, kereta dan pencapaian anak-anak mereka. Sehabis solat Isya’ mungkin tiba masanya  untuk menonton tv dan tidur kerana esok mereka kembali bekerja. Biarlah apa terjadi pada dunia, asalkan periuk di dapurnya berasap. Mereka seperti memisahkan agama dalam kehidupan dan pada masa yang sama mereka cuba untuk mencampurkan kehidupan dalam agama.

Aku bingung termenung memikirkan diriku sendiri ada pada keadaan yang mana kerana medan di luar negara berbeza dengan medan di Malaysia. Usahkan ustaz, mufti juga boleh hilang matlamat hidup seperti ini jika hari-hari skrin kehidupan seperti zombie ini dilayarkan di depan mata.

Lalu satu kata kunci pada semua jawapan ini ialah FOKUS. Fokus pada niat kita, fokus pada matlamat kita. Ya, bukan mudah untuk fokus, kerana itulah  kita memerlukan biah, suasana dan lebih daripada itu ialah jihad yang membolehkan kita untuk fokus. ……….. * …………  Fokus pada satu titik bintang itu sahaja. Jika bintang itu kecil kita boleh menggunakan titik-titik di sebelahnya untuk dicantumkan menjadi bintang yang lebih besar, teruskan namun jangan pula kita sibuk mengumpulkan titik-titik kecil itu dengan kita melupakan bintang yang asalnya menjadi fokus kita.

Matlamat kita satu ialah untuk mendapatkan syurga dengan Islam. Biarlah kita bangun pagi dengan Islam, bersolat subuh demi Islam, bekerja demi Islam, kahwin demi Islam dan hidup demi Islam dan bukannya rutin. Supaya senang bila ditanyakan pada kita satu hari nanti mengapa? Kita mudah menjawab dengan satu jawapan: Lailaha illa Allah, Muhammad Rasulullah.

p/s: minggu depan INTEC akan memulakan semester baru. Ini baru MEDAN sebenar. : )

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s