Ana Ikhwan

[tag(umum): saya Muslim sebelum segala-galanya]

Dalam bas pulang dari Cairo ke Mansurah. Dalam keadaan letih masuk ke dalam bas, aku nampak seorang pak cik dibelakang.

PakCik: Hena-hena! Qo’od hena. faragh. (Sini-sini! Duduk sini. Kosong.)

Saya: Syukran ya ‘am. (Terima Kasih pak cik)

Diam sebentar.

PakCik: Enta Miniin? (Kau dari mana?)

Saya: Maliizia (Malaysia)

PakCik: Ahsan Naas, Ahsan Bilad kama Misr. (Manusia terbaik, negara terbaik macam Mesir)

Saya: lalalalalala~~ krik2 ~~krik2.. (dalam hati)

Diam lagi… PakCik menyelak-nyelak suratkhabarnya.

PakCik: Ismak Eh? (Siapa nama kau?)

Saya: Ikhwan. Mohamad Ikhwan.

PakCik: Enta Ikhwan? Enta ittaba’hum? (Kau Ikhwan?Kau ikut mereka (Ikhwan Muslimin) ker?)

Aku: Liysa.. Liysa.. Bil ha’i’ah ismi Ikhwan. Enta ittaba’hum? (Bukan.. Bukan.. Nama aku sebenar memang Ikhwan. PakCik ikut mereka ker?)

PakCik: Lak! Wa hum aaminuun. Uhibbuhum bass. (Tak! Mereka orang-orang baik. Aku sokong mereka sahaja)

Aku: Masyi. Ana uhibbuhum bardu. (Ok. Aku sokong mereka juga.) Senyum.

PakCik: Ana sudaa’. Aaiz anam bass sudaa” awiyy. (Aku pening kepala. Aku nak tidur tapi pening aku kuat)

Aku: Syafakallah ya ‘am. (Semoga kau disembuhkan Allah)

Diam. Sehingga ke Mansurah.

Selalu sahaja saya terperangkap dalam perbualan macam di atas. Ditanya nama dan dicop Ikhwan Muslimin. Haha. Kebetulan namaku sama seperti nama mereka. Kalaulah dahulu Ahmad Syafik (si fulul) tu menang pilihanraya Perdana Menteri Mesir tempoh hari, tentu saya tak akan ke Mesir. Nasib baik parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) menang, sampai juga saya ke Mesir.

Hari ini Mesir dah banyak berubah, mereka sudah punyai kebebasan untuk bergerak, bersuara dan berbincang. Kalau dahulu diceritakan, nak sebut perkataan Ikhwan pun mereka takut, apatah lagi nak bergurau tentangnya. Kini, mereka sudah punyai kebebasan untuk mengekspresikan sokongan mereka walaupun mereka sendiri bukan ahli Ikhwan Muslimin.

Kemenangan Ikhwan memperlihatkan rakyat tidak lagi bodoh. Apabila seluruh kuasa yang dipegang kerajaan zalim Mubarak dapat ditumbangkan walaupun mereka sudah habis idea bagaimanalagi untuk merasuah rakyatnya. Kemenangan Mesir satu signifikan besar. Jika tidak, kita tidak akan mendengar nama-nama sahabat disebut di Iran dan nama Nabi Muhammad disebut di persidangan UN di Amerika Syarikat oleh perdana menteri Mesir sekarang: Dr. Muhammad Mursi.

Pagi-pagi subuh di masjid-masjid yang dikuasai oleh IM akan kelihatan pakcik-pakcik tua berhalaqah Al-Quran. Pernah sekali selepas Subuh juga mereka berbincang bagaimana ingin menjadikan kawasan sekeliling masjid dan perumahan mereka lebih bersih. Kalau dahulu duduk bertiga atau lebih sahaja di mana-mana akan dihalau oleh polis atau mereka boleh ditangkap. Suratkhabar IM juga boleh didapatkan di pasaran dan banyak artikel-artikel siyasah dan tarbiyyah yang menarik ditulis oleh pemikir-pemikir Ikhwan sendiri (walaupun aku belum boleh faham semua =_=’). Tokoh-tokoh mereka juga sudah muncul di televisyen-televisyen. Khutbah-khutbah Jumaat mereka pula bebas untuk tajuk apa sahaja.

Di kampung-kampung yang dikuasai oleh Ikhwan, pemuda-pemuda IM, mereka berkumpul setiap Jumaat untuk bergotong-royong membersihkan kampung mereka.

Tapi, penduduk Mesir bukan sedikit. Ahli-ahli IM masih kurang daripada 3% daripada 82,536,770 penduduk Mesir. Kerja Islah (pembaikan) masyarakat ke arah masyarakat Islam masih lagi banyak walaupun orang-orang baik, hafiz-hafiz Quran dan alim Ulama mereka ramai. Cuma, apa yang membezakan Ikhwan Muslimin dahulu dan sekarang ialah, kebebasan dan keadilan dalam pemerintahan.

Semoga Malaysia juga begitu satu hari nanti. Ya, ana Ikhwan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s