Nota di Pintu Rafah

[tag(umum): untuk Palestin jiwa-jiwa kami]

sedang mengedarkan bantuan untuk fuqara’ dan keluarga-keluarga mujahideen di Palestin

1001 kenangan yang tak dapat aku huraikan semua ketika aku menulis nota ini. Perasaan bercampur baur untuk meninggalkan Gaza. Sayu mataku memandang pintu Rafah yang akan membawaku keluar dari bumi barakah Gaza. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana memberikan aku peluang bersama kumpulan Aqsa Syarif** untuk menyaksikan sendiri kehidupan di bumi Anbiya’, bumi mujahidin dan bumi tarbiyyah.

Bumi Gaza ialah bumi yang subur dengan tarbiyyah. Di sana aku melihat contoh mujtama’ (masyarakat) muslim yang sebenar di era ini. Di sebalik derita mereka di balik ‘penjara’ tembok Israel namun aku melihat hati penduduk Gaza bebas merdeka seperti selangkah lagi ingin ke syurga. Aku melihat Islam pada masyarakatnya. Statistik jenayah yang sangatlah kurang dan kalaupun ada itu mungkin  disebabkan pengaruh dajjal Israel yang menyeludup rokok dan dadah ke dalam bumi suci Gaza.

Hampir seluruh Gaza kami lawati cuma, di sebuah teratak kecil hatiku luluh ketika melangkah masuk ke dalamnya. Teratak itu ialah milik As-Syahid Sheikh Ahmad Abdullah Yassin. Rumah itu menjadi saksi bagaimana seorang insan yang lumpuh dapat menyentuh hati-hati penduduk Gaza lalu dapat membina sebuah gerakan yang belum dapat dikalahkan lagi oleh musuhnya. Beliau yang lumpuh semenjak kecil masih dapat mencurahkan jasanya dalam dakwah dan tarbiyyah lebih daripada orang-orang yang normal. Kadang-kadang aku merasa malu kerana Sheikh Ahmad Yassin sentiasa menunaikan solat lima waktu secara berjemaah di masjid yang akhirnya Allah membayar penat lelahnya dengan syahid usai sahaja dia bersolat Subuh secara berjemaah. Tidak cukup dengan itu, dia juga meninggalkan anak-anaknya bukan dengan harta tetapi dengan semangat tarbiyyah yang jitu. Aku bertemu anaknya dan cucunya semasa melawat rumah Sheikh Ahmad Yassin. Mereka semua bersemangat untuk menjadi seperti ayah dan datuk mereka kerana mereka tahu bahawa yang memisahkan mereka dengan Sheikh Ahmad Yassin hanyalah kehidupan di dunia.

di hadapan kubur Sheikh Ahmad Yassin. Semoga Allah merahmati roh beliau.

Tentu kita tidak dapat membayangkan bagaimana Gaza yang mendapat tentangan Israel dan disokong oleh kuasa-kuasa besar dunia dibelakangnya masih dapat bertahan dibalik tembok kebal yang mengepung mereka di atas tanah yang kecil itu. Rahsianya ialah mereka mempunya tarbiyyah dzatiyyah (kendiri) yang kental. Masjid-masjid di sini hidup dan khutbah-khutbah mereka setiap hari menggegar jiwa yang mendengarnya. Anak-anak Gaza cukup tahu bahawa mereka dilahirkan untuk mempertahankan Palestin. Mereka tahu yang janji Allah itu benar dan mereka menunggu masanya untuk Al-Aqsa dibebaskan. Kerana itu setiap hari kehidupan mereka di bumi Gaza ialah perjuangan untuk kekal menetap di bumi Gaza dan mempertahankan kedaulatan Palestin.

Aku yakin, Gaza, Al-Aqsa dan bumi Syams itu jodoh. Sejauh mana mereka dipisahkan tentu satu hari nanti mereka akan bertemu kembali kerana aku percaya pada jodoh Allah sebagaimana rakyat Palestin percaya yang mereka akan solat di Al-Aqsa satu hati nanti. Aku juga berharap aku mendapat peluang untuk solat bersama-sama mereka di Al-Aqsa sepertimana aku mendapat peluang untuk bersolat Aidilfitri bersama mereka.

Aku doakan semoga Gaza, Al-Aqsa dan bumi Syams dibebaskan sepertimana Saiyyidina Umar dahulu membebaskannya daripada tangan-tangan kafir. Semoga Allah bantu perjuangan mereka dan kita. Di sini aku titipkan nota yang aku karangkan di pintu Rafah.

Nota di Pintu Rafah:

Bumi Gaza itu bumi tarbiyyah

Tanah Gaza itu tanah barakah

Kami pulang bukan dengan air mata

Kami pulang dengan peluh dan darah

Gaza,

Doa-doa kami ialah senjatamu

Solat malam kami ialah pelurumu

Satu hati nanti

Bila kau pulang ke tanah luas

Beritahu pada tuhan

Kami ialah saudara-saudaramu

**Untuk menyumbang kepada perjuangan Gaza sila lawati laman web Aqsa Syarif Berhad. [link]

Advertisements

2 thoughts on “Nota di Pintu Rafah

  1. Was browsing the pictures when A2G8/9 were there, siap tanya Baly betul ke ikhwan pegi… subhanallahh, Allah gave you the opportunity to go. Why not put this on vandy’s FB page for sharing?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s