Pinggan Correlle dan beg tangan Coach

[tag(umum): melihat Islam melalui AL-QURAN bergerak]

Menjelang hari graduasi dan pulang ke Malaysia, mulalah sahabat-sahabat seperjuangan di tahun akhir memborong sakan. Kebanyakannya memborong dua benda. Pinggan Correlle dan beg tangan Coach. Tempahan banyaknya dibuat oleh adik-beradik (kakak/kakak ipar, of course) dan saudara mara di Malaysia. Yang peliknya, ada yang tidak pernah memakai dan tahu pun tentang dua benda ini namun, masih juga ingin menempahnya kerana mendengar cerita dan khabar daripada orang lain. Berjenama, cantik dan murah kalau dibeli di sini kata orang.

Begitulah penangan pinggan Correlle dan beg tangan Coach. Orang yang mendengarnya sahaja sudah jatuh cinta apatah lagi si pemakainya. Perasan atau tidak, nilai seperti ini sebenarnya amat diperlukan oleh Islam.

Realitinya, ada di antara kita hari ini silap memfokuskan Islam pada nilai yang sempit dan jumud. Sedangkan Islam itu maksudnya lebih luas dan indah. Stereotaip ini menjadikan individu yang hidup bermasyarakat mula menjauh dan tidak ambil peduli dengan kehidupan sekelilingnya melainkan dirinya sendiri kerana kefahaman tanggungjawab sebagai seorang Muslim itu kian pudar. Kearah mana telunjuk ini perlu diacukan?

Islam yang dibawakan oleh Nabi Muhammad SAW tidak hanya tertumpu kepada masjid, jubah, janggut dan kopiah. Ianya juga tidak sempit kepada ibadah-ibadah tertentu seperti solat, puasa, ceramah Maulidurrasul dan Israk Mikraj. Bahkan tidak juga pada tahlil dan bacaan yassin. (=_=’)

Nabi Muhammad SAW mengubah paradigme masyarakat di sekelililngnya. Tanggungjawab ini juga yang disemat jauh ke dalam dada para sahabat yang mengalir pada setiap denyutan nadi dan ianya tidak berhenti selagi mana jantung mereka berdegup. Mereka mengubah paradigme mereka setelah mereka menjadi seorang MUSLIM yang sebelumnya tidak kenal apa itu ISLAM.

Paradigme pinggan Correlle dan beg tangan Coach

Saya teringat pada kata-kata Rib’ie bin Amir yang dihantar oleh Umar RA sebagai wakil tentera Islam untuk berdepan dengan Rustum, penguasa Parsi yang menjalankan pemerintahan yang korupsi ketika itu. Kata Rib’ie bin Amir dengan gah sebagai seorang MUSLIM:

Kami diutuskan oleh Allah untuk mengeluarkan sesiapa yang dikehendaki oleh Allah dari penyembahan sesama makhluk kepada penyembahan kepada Allah yang Esa, dari kezaliman agama (Adyan, kata akarnya Ad-Deen bermaksud sistem, cara hidup) kepada keadilan Islam, dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat

Itulah Islam. Nabi Muhammad tidak mengajar kita solat, puasa, ceramah, pakai jubah, dan makan pakai tangan kanan sahaja. Nabi Muhammad SAW membawa Islam selepas turunnya wahyu Al-Quran dengan membebaskan hak-hak wanita yang ketika itu ditindas, meranapkan sistem perhambaan, memberi hak kepada rakyat miskin, memecahkan fahaman mengikut bangsa dan puak, mengembalikan keadilan dalam sistem pemerintahan, meningkatkan ekonomi dan daya saing umat Islam ketika itu dan paling penting mengajar umat Islam adab dan menjelaskan tujuan hidup manusia.

Sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW ketika itu juga semuanya menjunjung fikrah yang sama. Mereka hidup dengan mengamalkan seperti apa yang di ajar oleh nabi. Apabila setiap daripada individu sahabat itu mengamalkan Islam, masyarakat sekeliling di Madinah dan di Makkah (iaitu selepas pembukaan Makkah) sudah tidak nampak lagi kehidupan yang lebih baik melainkan Islam.

Penerimaan masyarakat Arab di sekeliling kota Makkah sudah tidak dapat dibendung lagi apabila mereka mendengar di Makkah ada Nabi Muhammad SAW dan masyarakat yang mengamalkan hidup yang sangat unggul dan harmoni. Pada waktu itu, mereka datang untuk berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW bukan lagi untuk bermusuh seperti sebelumnya tetapi untuk meminta diajarkan Islam kerana mereka melihat masyarakat yang dipimpin Nabi sangat baik peradabannya.

Samalah seperti pinggan Correlle dan beg tangan Coach. Mendengar khabar dan cerita-cerita daripada orang, mereka dapat membayangkan Islam itu indah lalu mereka menerima Islam itu dengan rela hati. Mereka ingin menyertai untuk mengikut cara hidup Islam kerana mereka dapat menyaksikan dan merasai Al-Haqq (kebenaran) itu hidup seperti buah-buah ranum yang siap dipetik bergantung pada pohon yang rendang.

Kesilapan terjemahan dalam Al-Quran

Memahami realiti dan nilai masyarakat yang mengamalkan ISLAM terutamanya di Malaysia sudah tentu kita melihat ianya tidak sama seperti nilai pinggan Correlle dan beg tangan Coach pada hari ini. Kerana sangat sedikit daripada kita ingin dan mahu memakainya. Ramai di antara kita sudah jauh meninggalkan tunjang Islam itu sendiri iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

Al-Quran itu bukan setakat dibaca, dilagukan dan diceramahkan tetapi ianya paling penting ialah untuk dinatijahkan dalam perbuatan. Tidak menjadi masalah yang besar buat individu yang tergagap-gagap membaca Al-Quran (jika realitinya di Malaysia) tetapi jika isinya diamalkan itu sudah memadai.

Saya pernah mendengar kata-kata seorang a’lim di sebuah rancagan televisyen, katanya:

“Pernah seorang murid datang kepadaku dan bertanya: Wahai Imam, apakah terjemahan Al-Quran yang terbaik yang boleh saya gunakan untuk dipelajari?

Aku menjawab: Kamu!”

Ya, begitulah sepatutnya Islam difahami oleh seorang Muslim. Kitalah sebenarnya yang menterjemahkan Al-Quran dalam perbuatan kerana kita ialah seorang Muslim sebelum segala-galanya dan bukan orang lain.

Menyoroti lebih hampir 100 tahun yang lepas kita tentu pernah mendengar nama Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (IHAB). Beliau seorang genius pemikir dan pengamal Islam. Bukan ekstremis, tetapi pengamal Islam yang benar. Mesir pada zamannya berada pada zaman peradaban yang sangat teruk. Masyarakat membudayakan amalan barat dan Ulama hanya tertumpu pada khilaf dan ibadat. Usia IHAB ketika itu hanyalah sekitar 21 tahun sudah dapat mewujudkan gerakan Ikhwanul Muslimin. Ikhwanul Muslimin (IM) ketika itu bergerak dengan membawa keindahan Islam dan akhlak Al-Quran di tengah-tengah kemorosotan masyarakat sehinggakan dapat mengumpul ratusan ribu pengikut yang semua mereka berminat untuk mengamalkan Islam dan akhlak Al-Quran.

Ironinya, pada zaman sebelum kemunculan IHAB bukannya tidak ada ulama Al-Azhar yang terbilang ketika itu malahan puluhan ulama’ Azhar bersama ratusan kitab-kita yang mereka karang masih tidak dapat membaiki masyarakat. IHAB datang dengan memberi nafas baru kepada gerakan Islam. Setiap ahli IM dididik untuk membawa akhlak Al-Quran dalam diri mereka sehingga IM dapat menubuhkan satu ketumbukan tentera jihad yang hampir menggugat tentera Israel ketika itu dan mereka semua bukanlah tentera rasmi yang dilatih oleh kerajaan. Latihan mereka ialah menjunjung moto “syahid ialan cita-cita tertinggi kami”. Maka betullah kata orang-orang tua: tak kenal maka tak cinta cuma, yang menjadi masalah ialah perkenalan pada Islam itu kurang kerana masih ramai yang leka dengan kehidupan isi perut sendiri. Mari kita betulkan pemahaman kita pada Islam dengan slogan: tak kenal maka ta’aruf.

Islam ialah cara hidup kita

Perkara utama yang paling ditekankan ketika saya ber’halaqah’ bersama rakan sebaya ialah pemahaman Islam yang indah dan luas sebagai cara hidup. Kerana dengan faham Islam yang luas dan indah sahaja akan dapat mengembalikan fikrah jati diri Islam itu yang kemudiannya diterjemahkan dalam perbuatan dan amalan. Merupakan sedikit kelebihan bagi kami ialah apabila duduk di perantauan kerana kami dapat membezakan cara hidup Islam dengan cara hidup bukan Islam sejelas-jelasnya.

Didikan Islam itu sangat perlu untuk memupuk kefahaman Islam kita yang akhirnya mencerminkan kehidupan kita sebagai Muslim. Tanpa didikan Islam tentu fikrah Islam akan mudah bercampur – baur dan merosakkan pengamalan itu sendiri yang pada akhirnya akan dihukum kesalahannya oleh masyarakat kepada Islam.

Faham Islam itu sepatutnya membuatkan kita berasa untuk bertanggungjawab. Membaikkan keadaan sistem masyarakat dengan nilai Islam itu juga tanggungjawab seorang Muslim sama seperti menceritakan kelebihan pinggan Correlle dan beg tangan Coach pada orang lain. Kita haruslah bercampur dengan masyarakat dan cuba memahami serta membaikkan keadaan dengan cara yang berhikmah. Kerana Rasulullah pernah bersabda: “Seorang mukmin yang bercampur dengan orang lain dan bersabar adalah lebih baik daripada seorang mukmin yang tidak bercampur dengan orang ramai dan tidak bersabar”. Kita sebagai Muslim bukanlah golongan yang tunggu dan lihat tetapi kita seharusnya menjadi golongan faham dan buat. Tanggungjawab ini hanya datang hasil daripada individu yang mengamalkan Islam dan faham tujuan mengapa ia diciptakan. Namun pada akhirnya, hubungan peribadi dengan Allah perlulah sentiasa dijaga dengan ibadah-ibadah khusus fardu mahupun sunat agar semua urusan kehidupan mendapat berkat dan dipermudahkan Allah.

Ini hanyalah sebuah tulisan daripada perspektif seorang mahasiswa tahun akhir yang menunggu hari graduasinya dan belum punyai ketentuan masa depan yang meyakinkan lagi. Namun, saya tidak meletakkan nasib masa depan saya pada sebuah kerajaan atau syarikat-syarikat besar menawarkan gaji besar yang satu hari nanti membolehkan saya membeli kereta dan rumah yang besar. Tetapi saya meletakkan nasib masa depan saya pada Allah dengan harapan saya mampu memberi manfaat kepada masyarakat yang satu hari dengan manfaat ini dapat memudahkan perjalanan untuk ke syurgaNya, insyaAllah.

p/s: tangani isu ummah dengan hati rabbani bukan emosi jasmani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s