Amal

[tag(usrah): memahami amal-amal Islam]

Pada zaman media sosial menjadi arus perdana (mainstream), gerakan dakwah terus bergerak dengan mengasimilisasikan gerakan ini kedalam media arus perdana. Terfikir juga kadang-kadang, malas nak menulis sebab sudah terlalu banyak blog-blog hebat di luar sana menulis tentang dakwah dan berbagai topik disentuh untuk menyegarkan kembali semangat Islam ke dalam diri pembaca terutamanya (remaja dan dewasa).

kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh batil yang tersusun

Jadi, sebab terlalu banyak topik general di luar sana, boleh kita sedari dan perasan, kebanyakan tulisan ini menyentuh ke arah amal Islami secara umum, agar orang-orang umum boleh membaca dan menghayati Islam itu dengan penerimaan yang mudah dan senang. Tetapi, saya dapati agak kurang daripada penulisan-penulisan ini menulis dalam kerangka menghayati intipati kandungan amal Islami terkandung di dalamnya amal dakwah dan amal jamaie bagi mereka yang benar-benar menghayati perjuangan Nabi Muhammad SAW menegakkan Islam melalui Al-Quran dan sunnahnya. Oleh itu, saya bentangkan sedikit apa yang saya fahami daripada pembacaan risalah-risalah haraki yang kebanyakan kita mungkin dah lalui lewat usrah dan program-program yang telah disusun.

Faham Amal

Imam Syahid Hassan Al-Banna seorang pemikir genius dalam gerakan dakwah Islam. Mujaddid umat ini dikurniakan Allah kelebihan dalam mengolah ilmu milik Allah yang merangkumi perlbagai bidang ke dalam medan dakwah Islam. Struktur dakwah nabi yang menjadi sunnatullah disegarkan (tajdid) kembali dengan cara fikir dan tindakan (amal), agar gerakan dakwah Islam itu lebih berkesan (muntij) mengikut peredaran kurun dan masalahnya.

Antara struktur pemahaman amal yang diketengahkan Imam Hassan Al-Banna (juga Abu Al-A’la Al-Maududi) ialah Amal Islami, Amal Dakwah, dan Amal Jamaie.

Pada kita yang berada dalam jemaah, sudah tentu mengambil mudah yang bahawa kita faham benar tentang konsep-konsep ini tetapi sebenarnya ia tidak semudah memahami secara teori sahaja bahkan ianya diamalkan. Kerana ramai daripada kita tersilap langkah dalam menerangkan (tanpa mengamalkannya) selalu membuatkan sesetengah pihak tersilap faham dan menjadi ekstrem tentang sesuatu fahaman tanpa mengira perkiraan masa, tempat dan keadaannya (waqi’).

Amal-amal ini hendaklah difahami mengikut peringkat-peringkatnya:

Amal Islami

Amal Islami ialah tapak kita, asas kita dan matlamat kita. Kerana bahagian Amal Islami ialah besar, jadi Amal Islami ialah matlamat utama kita semua bagi umat Islam. Jadi, tugas kita pada asalnya ialah untuk mengajak orang kepada memahami Islam iaitu apa yang sudah diajarkan oleh Allah dan Rasul. Oleh itu, kita perlu jelas kepada ajakan kita kepada pemahaman Islam kerana pemahaman Islam itu asas kita. Jangan kerana perbezaan cara kita berdakwah menjejaskan hubungan kita sesama Muslim, kerana yang paling penting itu ialah pemahaman Islam itu sendiri.

Sebab itu penting bagi kita memahami akidah Islam sebelum memulakan dakwah. Belajarlah memahami melalui pengalaman dan ilmu, bukan pada ilmu semata-mata. Maksudnya, lakukan dakwah itu, kita akan belajar memahami Islam. Jadi asas kita mengajak kepada Islam, walaupun method (uslub) dakwah kita berbeza. Selain itu, amal Islami asasnya juga ialah nilai-nilai Islam, jadi di sini kita juga menyokong pihak-pihak yang memperjuangkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan.

Amal Dakwah

Dalam Amal dakwah ada pemahaman (fiqh) yang perlu difahami supaya dakwah itu jelas dan berkesan. Di sini kita pelajari syahadatul Haqq (penyaksian kepada kebenaran). Perkara yang perlu difahami dalam amal dakwah ialah perkara asas (Usul) dakwah dan perkara cabang (furu’) dakwah. Perkara usul dakwah ialah meletakkan dakwah itu sebelum daripada segalanya (wajib). Dan asas dakwah yang paling utama itu ialah mengajak kepada Allah dan Rasulnya dalam lingkaran syariah yang telah ditetapkan bukannya terkeluar daripada syariah seperti mengkafirkan (takfir) oleh golongan Syiah terhadap para sahabat. Oleh itu, perkara-perkara cabang dalam ibadah kehidupan harian tidaklah perlu menjadikan kita berpecah seperti contoh berbeza pendapat tentang ayam zabiha dan non-zabiha. Perkara (furu’) dakwah ialah cara kita melakukan dakwah itu sendiri. Usrah, halaqah, politik, seminar Islam, kuliah, ceramah, blog, dan berbagai-bagai lagi ialah cara kepada dakwah. Jika cara dakwah berbeza, di situ kita akan lihat, bahawa sistem (manhaj) yang di bawa berbeza. Contoh: bahan-bahan dakwah berbeza digunakan melahirkan cara dakwah yang berbeza. Jadi sekali lagi, jangan kerana perbezaan dakwah kita berpecah dan bermasam muka, kerana kita mempunyai matlamat yang sama iaitu mengajak orang kepada memahami Islam. Cuma, carilah cara dakwah yang paling berkesan supaya kefahaman Islam itu baik, berkualiti dan bertahan lama.

Amal Jamaie

Dan yang terakhir selepas amal dakwah ialah Amal Jamaie (organisasi). Kerana setiap yang melakukan dakwah itu perlu disusun agar tersusun pergerakannya (nizhom). Dalam amal jamaie juga punyai perkara usul dan furu’. Lalu di sinilah terletaknya disiplin-disiplin yang perlu ditekankan oleh jemaah, dan ahli-ahli jemaah itu sendiri perlu mematuhi disiplin-disiplin usul (polisi) yang telah ditetapkan. Di mana-mana komuniti, lazimnya akan terbentuk sebuah organisasi (jemaah). Perlu difahami, kita ini berada di organisasi landasan yang mana. Suka saya mengajak ikhwah akhowat sekalian untuk melihat segitiga di atas semula, adakah kita sudah faham bahagian tapak dan pertengahan segitiga di atas. Maksud saya faham ialah kerana segitiga tersebut ialah segitiga kerja (amal), maka sudahkah kita melakukannya?

Jika kita masih belum mengamalkan Islam dan dakwah, maka sukarlah bagi kita untuk merasai roh-roh amal jamaie itu sendiri, kerana sudah tentu disiplin amal jamaie itu adanya amal Islam dan amal dakwah. Dalam setiap jemaah boleh mempunyai asas (usul) dan cabang (furu’) yang berbeza. Kerana itu, jika KITA melihat contoh Ikhwan (IM), mereka punyai disiplin-disiplin dalam amal jamaie mereka, contoh: 10 rukun Bai’ah. Dalam Ikhwan (IM) sendiri, mereka punyai satu amal yang tetap dan berubah, di mana amal tetap mereka tidak akan berubah sampai bila-bila. Perkara ke 4 daripada 10 rukun bai’ah mereka ialah Usrah. 10 rukun bai’ah mereka perlu kita fahami jika kita berada dalam jemaah yang menjalankan usrah, dakwah dan tarbiyyah. Perlu diingat, yang kita bai’ahkan di dalam jemaah itu bukan kerana jemaah, tetapi kerana Allah, supaya kita tetap berada dalam jemaah (48:10). Oleh kerana kita melakukan disiplin-disiplin ini dengan kerelaan dan bukan kerana keterpaksaan, perasaan roh-roh itu akan terbentuk bersama kita, dan kita akan merasai keanggotaannya walaupun kita hanya mengenal nama. Keanggotaan dalam amal jamaie itu tidak didaftarkan dengan borang tetapi dengan amal. Jadi jangan kerana perbezaan (furu’) dalam amal jamaie juga menjadikan jemaah itu berpecah dan jangan kerana jemaah juga menjadi dakwah itu berpecah, juga jangan kerana perbezaan (furu’ ) dakwah itu Islam berpecah.

Satu perkara yang perlu ditekankan juga ialah peringkat-peringkat amal ini akan melahirkan perspektif yang berbeza mengikut realiti (waqi’ = keadaan, lokaliti, zaman, masa) setempat itu dan tidak boleh dilihat oleh perspektif yang mandul sahaja. Lalu di sini perlulah adanya kaedah mengikuti dan memulakan (kreatif) atau (ittiba’ wal ibtida’). Sebagai seorang yang berjemaah, pada kita punyai hak-hak khusus untuk jemaah dan juga hak-hak umum untuk yang berada di luar jemaah kerana kita ingin membina masyarakat Islam.

Setakat itu sahaja penerangan yang mudah agar ikhwah DAN akhowat dapat mengambil perkongsian yang tidak seberapa ini. Banyak lagi perlu dihuraikan, tapi cukuplah sekadar perkara-perkara yang penting dan contoh-contoh yang mudah supaya ianya boleh menjadi panduan. Betulkan jika terdapat kesalahan kerana yang menulis juga orang yang belajar. Saya akhiri tulisan ini dengan sebuah nasihat dalam Al-Quran yang berbunyi:

“Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu (ekstrem), dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar.” (An-Nisaa’, 4:171).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s