Ribathul Usrah

[tag(usrah): Ikatan kekeluargaan dalam keluarga]

Antara beberapa masalah yang melanda umat pada hari ini, terutamanya umat remaja (14 – 23 tahun) Islam di Malaysia ialah tidak mengenal bahawa indahnya Islam. Oleh kerana tidak mengenal keindahan Islam itu membuatkan kecintaan mereka kepada Islam pudar, atau ada yang tercari-cari bagaimana ingin memenuhi cinta Islam dalam hati namun tidak menjumpainya.

Ibn Imran sedang belajar solat bersama adiknya Maryam, masyaAllah!

Terdapat beberapa peringkat masalah kekeliruan ini berlaku dan peringkat paling kritikalnya ialah didikan ibu bapa sejak dari kecil. Masa kanak-kanak ialah masa pembentukan dan pembangunan otak yang laju (rapid brain development =_=’). Ianya boleh dibayangkan seperti span (sponge), di mana ketika inilah peringkat umur kita menyerap dan hadam segala apa yang diajari oleh orang yang lebih dewasa dan keadaan sekeliling kita. Kerana itu, didikan ibu bapa sangatlah penting pada peringkat umur ini, kerana anak-anak bergantung pada ibu bapa sepenuhnya dan tidak perlu memikirkan bebanan hal yang lain-lain.

Menyingkap pada zaman Rasulullah SAW, sahabat-sahabat mendidik anak mereka dengan celupan Islam yang menyeluruh pada anak-anak mereka sejak kecil lagi. Didikan itu bukan sahaja memberi mereka kenal Islam, tahu Islam, malah mencintainya dan bersemangat untuk mempertahankan Islam. Kerana itu, tidak hairan para sahabat-sahabat ada yang pada muda remaja mereka sudah mengetuai bala tentera perang. Saad bin Abi Waqash salah seorang sahabat Nabi yang hebat menceritakan:

“Kami ceritakan kepada anak-anak kami Al-Maghazi (kisah-kisah peperangan) sebagaimana kami ajarkan mereka Al-Quran…”

Begitulah sahabat-sahabat mendidik anak mereka untuk mengenal dan mencintai Islam bukan ‘tahu’ Islam. Elemen yang terpentingnya ialah tarbiyyah. Jika kita membandingkan zaman kanak-kanak kita dahulu, cerita-cerita sebegini sudah tiada dalam syllabus pendidikan ibu-bapa umat Islam sekarang. Jika kita sendiri di Malaysia, cerita-cerita kita hanyalah berkisarkan pelajaran-pelajaran melalui haiwan dan kiasan cerita lama. Sang kancil dan buaya, arnab dan kura-kura, pak pandir, mak mandir, pak lebai, ali baba, hang tuah dan sebagainya. Semua ini cerita-cerita hikayat yang hanya memberi hiburan dan pengajaran kehidupan, tetapi tidak membentuk pemikiran rabbani (ketuhanan) dan kecintaan pada Islam.

Bagaimana mungkin kita mendengar cerita-cerita haiwan dan kita mengambil pelajaran daripadanya, kerana kita tidak akan mampu menjadi haiwan. Bahkan, kedudukan kita lebih mulia daripada haiwan:

sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. At-Tin, 95:4

Kerana itu pendidikan oleh ibu bapa dalam membentuk fikrah Islami dalam diri anak-anak sangatlah perlu dititikberatkan.

Lalu kita bertanya pada diri kita, adakah kita juga sudah mempunyai fikrah Islami sehingga kita percaya dan beramal dengan apa yang disyariatkan? Kerana mungkin, kita juga menjadi mangsa keadaan, oleh kerana ibu bapa kita pada masa lalunya tidak mendapat fikrah Islami sebetulnya dan didikan Islam ke atas diri kita tidaklah sekuat yang sepatutnya. Pada ketika ini, peringkat umur kanak-kanak yang bergantung pada ibu bapanya sepenuh masa sudah tidak akan berulang lagi. Namun, kefahaman Islam perlu kita sematkan dalam hubungan kekeluargaan juga, barulah kefahaman itu dipupuk dengan kasih sayang.

Saat peringkat umur sebegini, kawan-kawan ialah tempat bergantung harap. Susah dan senang selalunya kita dikelilingi sahabat-sahabat. Pada peringkat ini ribathul usrah (ikatan kekeluargaan) bersama kawan perlu kita bina supaya fikrah Islami kita jelas dan mantap. Usrah itulah namanya. Rukunnya ada tiga, taaruf (saling mengenali), tafahhum (saling memahami dan mempercayai) dan takaful (saling membantu). Tentunya dalam sebuah keluarga, adanya seorang ketua keluarga iaitu digelar Al-Naqib (pengawas) yang menggantikan bapa.

Pada usrah inilah kita membentuk kembali fikrah Islami kita dengan jelas. Kerana hidup berlandaskan syariah tidak akan terjadi dengan seorang. Fikrah Islam itu ibarat air, ianya perlu mengalir untuk mensinergikan dalam diri kita. Daripada ribathul usrah (ikatan kekeluargaan) inilah terjalinnya ukhuwwah, kasih sayang sesama ahlinya. Begitu juga dengan ahli Usrah yang lain, sepertinya kita ini berjiran saling menyokong satu sama lain. Pandangan kita terhadap Islam mesti diperjelaskan dalam Ribathul Usrah (ikatan kekeluargaan), jika tidak kita mudah terpengaruh dengan budaya luar yang kurang sihat daripada pandangan Islam. Ibaratnya seperti biri-biri yang selalu duduk berkumpulan untuk di elak dimakan oleh serigala.

Dalam Ribathul Usrah, begitulah mengalirnya cinta kita terhadap saudara Muslim yang lain, kerana mereka ini juga dibentuk fikrah Islami mereka. Orang yang hatinya terikat pada ribathul usrah ini tentunya susah untuk dipikat oleh orang yang tidak berada dalam ribathul usrah, kerana mereka sentiasa sibuk memikirkan ahlinya dan apa yang terbaik untuk ahlinya sama seperti kita yang memikirkan ibu bapa dan adik beradik kita.

Sebab itu, kita melihat bagaimana serangan salib pada pemikiran Islam itu sudah mencemar fikrah Islami umat Islam zaman sekarang. Kita berada di zaman seperti di mana kita tidak mampu membezakan sama ada satu perkara itu taghut-taghut jahiliyyah atau Islam (ad-deen). Pemikiran kita terlalu sekular seperti apa yang telah terdidik sejak kecil lagi oleh syllabus-syllabus pendidikan barat. Sehinggakan Islam itu pada kita apabila sampai pada waktu memilih makanan ayam halal dan tidak halal sahaja =_=’.

Dan betapalah jahilnya kita pada hari ini, sehinggakan kita ingin pula menjadikan pendidikan seks sebagai satu mata pelajaran di sekolah yang dikatakan subjek ini dikaji dan diambil dari negara Amerika Syarikat. Walhal segala pengaruh kerosakan sosial bermula dari bumi Uncle Sam ini. Lihatlah hujung minggu mereka, arak, party, mabuk dan berakhir dengan zina, bangun pada lewat tengah hari, dan ini dikatakan fun and life. Jahilnya kita jika ingin mengambil pendidikan seks daripada mereka.

Kemudian timbul pula satu lagi golongan yang membawa seks Islam sebagai penyelesai masalah sosial. Allahuakbar, bila masa pula Nabi SAW mengajar kita tentang seks apabila sebaik sahaja nabi mendapat wahyu pertama. Bukankah nabi berdakwah tentang beriman dengan Allah yang satu pada ahli keluarganya dan sahabat terdekat? Begitulah penting pendidikan fikrah Islami yang betul.

Tercetusnya fikrah Islami ini bermula daripada kesedaran individu yang mempunya biah (suasana) dalam usrah (keluarga) yang soleh (baik). Pada masa itu, segala pandangan dan tindak tanduk kita dipengaruhi daripada pendidikan dalam ribathul usrah (ikatan kekeluargaan) ini melalui tarbiyyah (pendidikan) Islam yang betul dan menyentuh hati. Lalu, pada peringkat umur mana pun kebergantungan kita pada ribathul usrah itu menjadi elemen terpenting dalam menyuburkan tarbiyyah (pendidikan) Islamiyyah (cara hidup Islam) untuk melahirkan individu yang soleh (baik) dan islah (membaikkan) orang lain dalam konteks Ad-Deen (cara hidup) Islam.

Saya akhiri tulisan ini dengan sebuah sabda Nabi SAW yang sangat indah untuk kita ambil pelajaran, iaitu hadith 19 daripada kitab hadith 40 Imam An-Nawawi. Hadithnya berbunyi:

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s