Kita yang meniti masa lalu

[tag(umum): masa lalu ialah sejarah kecil diri kita]

Masa: makhluk Allah yang patuh pada tuhanNya

Tentang masa lalu

Masa lalu ialah masa yang telah dirakam daripada sebahagian kehidupan kita. Sesungguhnya tiada manusia yang mampu kembali kepada masa lalu dan mengubahnya untuk kebaikan masa hadapan. Kita ini manusia yang lemah yang hanya dapat meniti masa lalu supaya dapat membuatkan kita berhati-hati di masa hadapan.

Belajar daripada masa lalu

Tetapi, adalah satu kerugian jika kita mengambil sambil lewa dalam kita meniti masa lalu. Seolah-olah terjatuh daripada titian itu membuatkan kita berasa bersahaja seperti tiada apa yang berlaku dalam kehidupan ini. Fitrah manusia yang mengenali dirinya mengapa ia diciptakan sudah tentu tidak akan memberi  respon sebegitu. Kerana kita ini punyai hati dan akal untuk bertindak. Jadi jika insan yang mengambil pelajaran dengan apa yang terjadi tentulah akan berhati-hati dalam meniti masa lalunya untuk menyeberangi ke masa hadapan.

Manusia yang jahil sahaja yang tidak mahu belajar dengan apa yang terjadi, dan ini akan melambatkan kematangannya. Orang yang dewasa ialah orang yang belajar daripada apa yang dilaluinya dan ini akan membuatkan dia menjadi matang. Jadi, pada peringkat umur yang menuju kedewasaan ini ialah sesuatu yang tidak pelik jika kita melihat seorang sahabat yang kita kenali atau berjumpa pada setahun, 2 tahun dahulu berubah dengan kehendak Allah taala pada masa kita berjumpanya di masa kemudian. Realitinya, ini adalah peringkat apabila manusia mencapai kematangan dalam kehidupan yang lebih baik. Yang menyedihkan ialah pada kita yang menuruti rona kehidupan yang sama seperti setahun, dua tahun lalu di saat kita berjumpa dengannya. Perubahan diri harus berlaku walaupun hanya selepas beberapa bulan masa itu berlalu, jika tidak, orang lain sentiasa akan berubah ke arah lebih baik untuk mencari diri mereka, sedangkan kita masih terikat dengan kelompong kehidupan kita.

Pandangan baik kepada seseorang 

Selari dengan kehidupan, masa akan terus berjalan dan setiap masa yang berlalu akan menjadi antara dua, iaitu kenangan atau dilupakan. Pada setiap kenangan itu tentu ada sejarah atau cerita di sebalik apa yang berlaku sama ada ianya membawa cerita yang menggembirakan, menyedihkan, baik atau buruk.

Pada setiap masa-masa kita lalui insan sentiasa bergantung pada masa lalu yang akan mempengaruhi tindakannya. Tentunya mata-mata yang memandang kita juga akan tergambar di memori akalnya untuk mempengaruhi hati tentang apa yang dilihatnya kepada orang lain. Dalam bahasa yang ringkas, orang akan cuba untuk mengadili kita dengan apa yang dirasainya melalui gambaran tentang kita pada masa yang lalu. Begitulah sifat manusia pada realitinya, jika kita hanya mengikutkan hati dan nafsu untuk berhadapan dengan sesuatu perkara.

Islam datang menerangkan kepada kita apa yang kabur menjadi jelas, dan apa yang kotor menjadi bersih. Pandangan mata dan hati perlu kita betulkan bukan dengan titian masa lalu, tetapi sepatutnya pada realiti masa sekarang. Seorang yang bernama manusia sudah tentu punyai kesilapannya pada masa lalu, tidak kisahlah daripada segi tindakannya, percakapannya, penulisannya, atau buah fikirannya. Prasangka kita terhadap segala perkara yang sudah berlalu memang sukar untuk kita buangkan pada seseorang berdasarkan masa lalunya. Namun, kita sebagai seorang yang beriman kepada tuhan Allah yang maha mengampun lagi maha mengadili adalah pengakhiran kepada penentuan mutlak terhadap apa yang dilakukan oleh seseorang dalam masa-masa hidupnya.

Kita manusia tiada kedudukan istimewa untuk menilai seseorang pada masa lalunya, sedangkan satu masa nanti kita juga akan diadili dengan masa lalu kita. Iman itu perlu diikuti dengan ukhuwwah Islamiyyah. Pandangan mata dan hati kita pada saudara semuslim kita perlulah dihadiri dengan sifat rabbani iaitu mengagungkan Allah yang menjadikan perasaan hati ini kepada manusia. Sesungguhnya seorang manusia itu tidak akan mampu hidup berseorangan kerana fitrah manusia itu berteman.

Mari kita betulkan persangkaan kita terhadap saudara semuslim kita dan juga orang dengan memulakan salam tanda kita mendoakan mereka mendapat kesejahteraan daripada Allah dalam hidup seikhlas-ikhlasnya kemudian senyum dan tangan yang bersapa mengeratkan lagi hubungan kasih sayang kita, insyaAllah. Begitulah indahnya Islam jika dihayati dengan hati yang bersifat rabbani.

nota: sedang berfikir kritis tentang masa lalunya kerana sedang menghitung masa untuk meninggalkan bumi Uncle Sam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s