Pelik

[tag(usrah): tahap iman kita yang pelik dalam d&t]

Palestin, 2009.

Saat diri mengatakan ya dan faham, ketika itu hati kita  berbicara untuk bersetuju untuk menerjah ke dalam medan dakwah dan tarbiyyah seperti baru ditiup semangat anbiya dan sahabat menuju ke medan perang. Namun, adalah sangat-sangat pelik, di saat Allah meminta untuk kita berkorban demi dakwah dan tarbiyyah, ketika itu, keadaan menjadi berat, hati menjadi gusar dan fikiran bercelaru memikirkan hal-hal dunia yang takkan sudah membelenggu.

Ya dan faham bertukar menjadi tidak dan keliru. Jika begitu, teruskanlah dengan dunia khayalan, keberjayaan di dunia itu mungkin lebih indah di mata. Sedangkan Allah menilainya seperti debu-debu berterbangan, sia-sia.  Allah bahkan tidak memerlukan orang-orang keliru dan tidak faham ini.

Bergeraklah kita ke medan dakwah dan tarbiyyah yang hakiki, bukan di sebalik imaginasi semangatmu yang turun naik mengangguk dan mengikuti sahaja. Jika ianya tiada, engkaupun tiada.

Ketika orang merancang demi dakwah dan tarbiyyah memikirkan hal-hal umat Islam yang berbillion ramainya, memikirkan khilafah yang jatuh, umat Islam tertindas di sini sana, saudara-saudara Islam masih tercekik dengan jahiliyyah yang terus menjerut ke lembah maksiat dan dirimu masih lagi tersekat dengan perasaan dan emosimu seorang. Sungguh kecil dirimu dan duniamu. Keluarlah daripada keangkuhan, kerana itu bukan fikrah sebagai seorang daie yang beriman.

Namun, jika jari-jari masih lagi di telingamu, dan bisikan-bisikan syaitan itu masih menembusi hatimu, tidak mengapa, teruskan mengejar dunia itu. Allah tidak langsung akan tergugat dengan keindahan dunia itu, kerana Allah yang menciptanya dan boleh menghancurkannya. Cuma ketahuilah, mengenepikan Allah sebagai matlamat, itulah JAHILIYYAH yang terbesar.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s