Memberi syukur

[tag(umum): kepada siapa kita bersyukur?]

kalau di Malaysia, tak perlu tunggu Thanksgiving untuk dapatkan ayam golek. : )

Saban tahun, setiap Khamis dan Jumaat minggu terakhir November ialah tarikh yang diberi cuti kepada semua penduduk bumi Uncle Sam. Cuti itu ialah ‘Thanksgiving Break’. Di universiti saya, lama tempoh cuti diberi iaitu seminggu, Alhamdulillah. Dapatlah bernafas sebentar dek kesibukan semester tahun terakhir ni. Teringat seminggu lepas, semasa duduk-duduk pagi di bilik setelah habis baca Al-Mathurat, nada mesej berbunyi di telefon. Mesejnya tertulis:

“Hey mohamed! A bunch of friends of mine are having a Thanksgiving celebration tonight that is for international students to learn about crazy american traditions. Would you like to go?”

Saya termenung, melihat langit indah terbentang luas ciptaan Allah. Dah beberapa kali sebenarnya kawan yang sama ajak ke party ini party itu. Kalaulah party itu tidak bercampur lelaki dan perempuan secara bebas, tentu saya boleh memikirkan untuk pergi. Party kali ini pula berbeza. Ianya kerana Thanksgiving. Kalau party-party sebelum ini asyik menolak sahaja, semacam “budak Malaysia ni tak sporting langsung”, teringin juga turut ikut serta bersama mereka berjumpa harapnya tambah kenalan dan hubungan di tahun akhir ni.

Fikiran ketika itu melayang mengingatkan Allah. Thanksgiving ialah perayaan kesyukuran yang disambut oleh pendatang-pendatang luar (orang kulit putih atau ‘the pilgrims’) bersama-sama kumpulan Red Indian American setelah menuai hasil pertanian mereka kerana ‘survive’ di pertengahan ‘winter’. Namun akhirnya pembelotan berlaku oleh ‘the pilgrims’ kepada ‘Red Indian American’ yang berakhir dengan perbunuhan secara besar-besaran atas dasar penjajahan.

Persoalan yang bermain, kepada siapa mereka bersyukur dan mengapa mereka bersyukur?

Islam mengajar untuk bersyukur kepada Allah setiap masa, setiap ketika. Hidup hari ini sahaja sepatutnya sudah membuat kita bersyukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk membaiki amalan. Jadi saya memikirkan, saya sayang Allah lebih daripada mereka yang menjemput. Biarlah hubungan itu sebegitu, tentu Allah punyai rancangan yang lebih baik kepada siapa yang beriman dan sayang kepadaNya.

Kepada sesiapa sahaja yang baru mengenal perayaan ini, tentulah anda merasakan lecehnya begini. Atau berpendapat “kau ni terlalu Islamiklah”. Halloween tak boleh, Thanksgiving tak boleh, ini tak boleh, itu tak boleh. Kita sebenarnya perlu memahami hakikat mengapa tak boleh daripada bersungut. Bersabarlah sedikit, kerana perayaan-perayaan sebegini bukan sebahagian daripada ajaran agama kita. Allah dah mengatakan begitu, nak buat macammana? Kalau anda mengupah orang untuk mengecat rumah anda dengan warna hijau lembut, apakah perasaan anda apabila masuk ke dalam rumah, dinding rumah anda dicat dengan warna hitam. Kemudian si tukang cat berkata pula: “saya rasakan cat ini sesuai ikut cita rasa saya”. Hanya Allah sahaja tahu perasaan kita ketika itu. (dalam hati: mangkuk punya tukang cat!)

Katakanlah: “Hai orang-orang kafir, Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku”. [109: 1- 6]

Begitulah Ad-Deen (agama). Hitam dan putihnya jelas. Perkara yang kelabu perlu dijauhi kerana syubhah selalunya akan membawa kita terjebak kepada yang haram. Kalaulah tak jadi Islamik, apa lagi pilihan yang kita ada? Kristianik? LOL. Wallahua’alam.

Rujukan: Sh. Omar Baloch [link]

Advertisements

2 thoughts on “Memberi syukur

  1. tentang jamuan, ok jer, cuma xperlulah ber’sempena’kan thanksgiving man.. kalau niat bkn nk menyambut perayaan tuh, xperlu tunggu hari thanksgiving pun boleh nk buat jamuan.. niatlah sempena jamuan batch ker.. jamuan har jadi ker.. jamuan sebelum final ker.. iA itu dibolehkan.. stp majlis kita kena pastikan niat dan objektifnya betul, semoga apa yg kita buat jadi ibadah, iA..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s