Pemuda Bergerak

[tag(usrah): melazimi sifat pemuda sebenar]

Tahun Hijrah kedua, ahli-ahli Badar semuanya bersiap sedia untuk mencantas Abu Sufian dan barang dagangannya yang kebanyakan ialah kepunyaan harta umat Islam yang berhijrah. Tujuan mereka tidak lain hanyalah untuk mengambil kembali barang harta mereka, tidak lebih daripada itu. Barisan sudah diatur rapi. Ahli-ahli semuanya sudah bersedia untuk pergi memintas rombongan Abu Sufian yang pulang ke Makkah. Rasulullah memeriksa ahli-ahli yang mengikuti rombongan ini. Lalu baginda SAW melihat Zayd dengan bilahan pedang di sisinya. Kelihatan, pedang itu lebih tinggi daripada orangnya baginda SAW tersenyum. “Pulanglah Zayd, umurmu terlalu muda” sapa Rasulullah SAW. Zayd bin Thabit tidak mencecah 13 tahun lagi ketika itu. Dia berpaling, menarik mukanya masam. Pedangya tadi dibenam ke tanah tanda kecewanya orang muda ini. Ibunya An-Nawar bint Malik memandang dari belakang anaknya juga dengan wajah yang kecewa.

Dari saat itu, Zayd bertekad. Dia mencari jalan, apa lagi yang boleh dibantu untuk Islam. Lalu Zayd bersungguh belajar membaca dan menulis. Dia mampu menghafal dengan lancar firman-firman Allah yang keluar daripada mulut Rasulullah SAW. Hafalannya mantap sehinggakan, Rasulullah berhenti di mana pada sesetengah ayat pun diingatnya. Barisnya juga sama. Lalu Zayd dilantik Rasulullah SAW sebagai seorang pencatat firman Allah SWT, sesuatu tugas yang sangat besar! Abu Bakar juga tidak sanggup melakukannya kerana andai setitik sahaja yang silap, suhuf salinan ini akan direkod sehingga hari ini. Ketika itu bukanlah ada pemadam dan pensel, cuma dakwat dan berus. Zayd bin Thabit melakukannya dengan penuh enthusiasism. Anak muda ini benar-benar bersungguh demi Islam kerana padanya mengalir darah muda yang punyai minda yang terbuka, yang punyai hati yang suci, ikhlas kerana Islam, bersemangat dalam melakukan kerja dakwah dengan penuh usaha sebagai asas keazaman untuk memiliki syurga.

Itulah sahabat muda Rasulullah SAW, Zayd bin Thabit. Tubuhnya mungkin terlalu kecil untuk turut ikut ke medan perang, namun akal dan hatinya sentiasa besar untuk Islam. Mana mungkin hari ini Islam tersebar sehingga ke seluruh pelusuk dunia tanpa pemuda. Kerana pemuda yang ditarbiyyahlah membuahkan kemenangan sehingga suatu masa dulu Islam menguasai 2/3 dunia. Konstatinopel dibuka oleh Sultan Muhammad Al-Fateh pada umurnya pertengahan 20-an. Usamah bin Zayd dipilih oleh Rasulullah SAW untuk mengetuai tentera Islam untuk bertempur dengan empayar Byzantine yang keras kepala pada umurnya 19 tahun. Mus’ab ketika dihantar ke Madinah menemani rombongan Aqabah I umurnya ketika itu hanyalah sekitar awal 20-an. Di sini kita percaya bahawa pemuda ialah golongan yang sangat berharga bagi sesebuah bangsa dan negara. Selain itu, ianya juga sangat bernilai bagi diri seorang pemuda itu sendiri.

Mahasiswa, luar atau dalam negeri, mereka ini pemuda dan kita ialah pemuda. Kita masih lagi kuat bertenaga pada masa ini. Intelektual kita masih lagi terbuka, peluang kitta masih lagi banyak dan kita masih boleh mengubah pilihan hidup untuk apa kita ingin jadi suatu hari nanti. Namun pemuda Islam, tentulah memikirkan kehidupannya yang akan datang apa yang dia dapat berikan untuk Islam.

Kepada golongan yang sudah berumur, bantulah kami orang muda ini. Berikan kami tunjuk ajar dengan hikmah. Kami memerlukan nasihat permata pengalaman anda. Jangan disekat kebebasan intellektual kami. Jangan diserang intellektual kami dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Sesungguhnya kami ini golongan mudah terpengaruh adapun kerana kekurangan pengalaman hidup. Apa yang di depan mata (trend terkini) itulah yang akan kami ikut. Bebaskan intellektual kami dalam masa lindungi intellektual kami. Pandulah kami golongan pemuda dengan hiasan rancangan/program yang dapat membuka minda kami.

Ayuh, kita bangkit wahai pemuda. Kita harus beringat untuk kurangkan kesilapan di waktu muda supaya tiada apa yang ingin disesali sewaktu tua nanti. Masa tidak mampu diputar. Keringat muda bertenaga yang ada ini harus kita gunakan untuk solat dengan sempurna sebaik-baiknya. Mari kita tertibkan rukun pemuda yang digariskan Imam Hassan Al-Banna. Gunakan masa sebagai pelajar yang banyak masa senggang ini untuk memahamkan Islam, tahajjud mencari tuhan Allah. Persetankan movie-movie, konsert, wayang, game, drama-drama, trend-trend terkini yang melalaikan dan gunakan sepenuhnya untuk memahamkan Islam. Kita sudah diserang dengan kesemua serangan pemikiran jahiliyyah, lalu siapakah yang akan menyelamatkan kita kalau bukan diri kita dan kawan-kawan. Berkawanlah dengan sahabat yang betul, carilah bulatan-bulatan yang menyediakan biah(suasana) solehah(yang baik) untuk kita.

Mahasiswa-mahasiswi, mari kita contohi sifat Zayd bin Thabit. Di kala Rasulullah SAW meminta beliau untuk belajar bahasa Hebrew untuk menyambut rombongan orang Yahudi yang singgah sebentar di Madinah, Zayd bin Thabit menyahut seruan Rasulullah dengan belajar bersungguh-sungguh sehinggakan bukan sahaja Zayd mampu menterjemah bahasa Hebrew tetapi beliau mampu menulisnya sekali dalam masa yang singkat. Oleh itu, ketika mana kita berada di medan universiti, marilah kita menyahut seruan Islam untuk belajar-belajar bersungguh kerana suatu masa, ilmu ini mungkin akan membuahkan hasil untuk Islam. Jika tidak pun, ianya akan melayakkan kita di hadapan orang ramai agar mudah mereka menerima Islam.

Belajar di universiti tidak memadai jika hanya untuk ujian dan peperiksaan. Ia perlu kepada pencerahan minda agar mampu menghubungkan ilmu dengan kehidupan. Kepada pemuda:

Jadilah seorang jurutera, agar engkau mampu menjuruterakan dakwah Islam ke arah yang lebih baik

Jadilah seorang doktor, agar engkau merawat dakwah Islam ketika ia tenat

Jadilah seorang peguam, agar engkau dapat menegakkan hujah dakwah Islam,

Jadilah seorang economist, agar engkau dapat mengukuhkan dakwah Islam dengan ekonominya yang stabil,

Jadilah seorang arkitek, agar engkau dapat merencana dan merekacipa bentuk dakwah Islam yang lebih tersusun,

Jadilah actuarist, mathematician, chemist, psychologist, businessman, veterinarian, sociologist, political scientist, historian atau apa-apa sahaja bidang kerjaya mahasiswa agar dapat kita gunakan untuk dakwah Islam satu hari nanti insyaAllah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s