Berkorban ertinya terkorban

[tag(umum): Salam Aidiladha 1432 Hijrah]

Aidiladha kali ini ialah yang terakhir insyaAllah buat diriku di bumi Uncle Sam. Kenangan ini semestinya memalit memori tatkala diri bergelar alumni nanti. Tentunya, tiada apa perlu disedihkan. Orang datang dan pergi, dan masa tidak mungkin diputar kembali. Sepanjang aku di sini, tiada sekali aku tertinggal solat sunat hari raya bersama komuniti tempatan. Biarpun alunan takbirnya berbeza dan tiada jamuan hari raya selepasnya, aku tidak mengharap semua itu untuk menghadiri solat sunat hari raya. Aku ingin menghadap yang Esa, yang menganugerahkan hari istimewa ini untuk hambaNya. Ya, aku ingin menjadi istimewa di sisi Tuhanku, tentu kamu juga ingin begitu. Semoga solatku, doaku, permintaanku dan pengabdianku diterima oleh Allah S.W.T.

Aidiladha mengajar diriku erti berkorban seperti yang dilakukan oleh Ibrahim A.S. ‘Khalilullah’. Berkorban sehingga diriku terkorban. Berkorban masa, tenaga untuk dakwah dan tarbiyyah. Amanah ini akan kugalas, selagi mana nadiku berdenyut, di kala jantung mengepam darahku pada setiap degupannya dan di setiap hela nafasku. Aku tidak mahu menjadi manusia lebihan di dunia ini yang tiada memberi keuntungan pada siapa-siapa kerana asyik memikirkan dirinya. Ibrahim A.S. mengajar kita sifat hamba, sifat gigih dan sifat tawakkal. Begitulah sunnah para nabi, dan begitulah juga sepatutnya dicontohi para daie.

Pada ketika diriku melihat orang-orang di bulatan tarbiyyahku mula menjernihkan mata mereka terhadap Islam, ku doakan mereka pada setiap tahajjudku, supaya Allah memfakihkan sahabat-sahabatku ini dengan nikmat iman agar Islam dijunjung agung menyeliputi setiap hati-hati Muslim Malaysia di medan menara gading ini. Aku tidak mahu kesilapan-kesilapan generasi dahulu menjadi kelaziman, sedangkan jalan Islam itu lebih indah, lebih menceriakan dan lebih menggemilangkan diri, biar di medan akademik atau hubungan rasional kepakaran diri sebagai mahasiswa luar negeri.

Allah jadikan kita hati untuk memahami kerana akal tidak mampu berbuat sedemikian. Begitulah pengorbanan Ibrahim A.S. ketika mana diminta menyembelih anaknya sendiri, sedangkan hirisan pisau di tangan sahaja sudah mampu melukakan dan menyakitkan, apatah lagi hirisan di urat halkum. Keupayaan akal tidak mampu memahami, tetapi hati Ibrahim A.S. dan Ismail A.S. faham kehendak Tuhannya. Begitulah juga kita, ketika tuhan memerintahkan sebahagian daripada manusia (umatnya) untuk menyeru kebajikan, fikiran kita celaru antara diri, akademik, sosial, dan agama. Tetapi dek kerana hati ini sudah bertekad bahawa hidup ini hanyalah untuk Tuhanku, aku mengiyakan. Biarlah aku tidak mengecapi kesenangan seperti kawan-kawan lain. Hujung minggu, aku mesti menyibukkan diriku dengan mengisi hati-hati anak muda yang mahu dengan curahan Islam. Aku doakan semoga jahiliyyah kita sirna daripada hati-hati kita dengan sentuhan rabbani agar kita menjadi qudwah Islamiyyah pada mata-mata hitam di sekeliling kita.

Semester ini diakhiri dengan misi kita jauh beribu batu, sepertinya merentas benua dingin kerana hanya ingin mencerahkan kegelapan jahiliyyah dengan sinaran taribyyah jauh daripada keselesaan. Berkorban ertinya terkorban. Aku merelakan demi Tuhanku. Biarlah orang-orang yang tidak faham dengan kiasan mereka, aku lakukan ikhlas untuk Islam, biarpun caranya berbeza. Di sini, kemudahan semuanya lengkap, cuma penggunaanya sahaja mengundang kos yang besar. Tiada cerita kereta api buruk untuk aku kongsikan, tiada cerita tempe, tiada panas terik untuk aku iringkan kerana kita di bumi yang berbeza. Namun, tiada cerita sedih tidak bererti kami senang, cumanya tersepit antara keadaan yang memaksa. Tabiyyah tetap menjadi misi dan visi. Aku menjalankan tanggungjawab bahagianku, selebihnya biar Allah menentukan. Katakanlah pada sisi tepiku, semoga segalanya menjadi tarbiyyah dihadapanku, dan tidak tercicir dibelakangku atas kejahilan diriku sendiri, kerana hatiku memahami biarpun pengorbanan ini tersasar.

Semoga Allah merestui kita di jalan tarbiyyah, biarlah susah mahupun senang dengan pendefinisian masing-masing. Tarbiyyah wa takwin, THORIQUNA LIL TAMKIN.

Allahuakbar wa lillahi al-hamdu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s