Hell-U-Win

[tag (umum): coretan Halloween dari bumi Uncle Sam]

Allah mewahyukan Nabi Muhammad SAW dalam wahyu yang qat’ie apabila berkenaan dengan akidah. Qat’ie yang bemaksud diputuskan secara jelas atau diterjemahkan ‘crystal clear’ dalam bahasa inggeris. Maksudnya kalau dinyalakan lampu, kemudian disuluh pula dengan lampu suluh di siang hari, tentulah kelihatan jelas yang mana hitam dan yang mana putihnya.

Katakanlah: “Hai orang-orang kafir, Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku”. Al-Kafiruun, 109:1-6.

Allah mengulangi beberapa kali untuk Nabi Muhammad menerangkan pada golongan kafir, aku dan kau menyembah identiti yang berbeza.

Begitulah pengorbanan yang dilakukan Nabi Muhammad. Biarpun baginda ditawarkan kedudukan, harta mahupun wanita-wanita yang kesemua tawaran ini sangatlah diidamkan oleh manusia hari ini, baginda memilih untuk tetap mempertahankan akidah Islam.

Bukan sekadar itu. Baginda tetap utuh perjuangkan akidah Islam walaupun diherdik, dihina, dibaling batu, dibuang najis. Biarpun baginda diperangi, ditetak sehingga patah gigi, biar terpaksa mengikat batu diperut kerana lapar, dipulau oleh bangsa sendiri selama beberapa tahun, baginda tetap perjuangkan akidah Islam ini. Lalu, itulah sunnah yang dipalit dan diikuti oleh para sahabat. Berjuang mempertahankan akidah dan menyebarkannya.

Namun, tiba pada zaman kita, akidah diremehkan. Ada yang berkata, tidak mengapa untuk bersama-sama meraikan Halloween untuk bersosial kerana Halloween sudah jadi budaya. Waktu inilah nak buat kawan. Waktu ini lah nak terokai budaya barat sementara menetap kat bumi Uncle Sam ni. Waktu inilah nak dapat rasa merasakan kelainan berbanding duduk di negeri sendiri.

Eh, kita ini orang apa yer? Orang Melayu? Malaysia? Orang timur? Tidak kawan-kawan. Kita Muslim. Ya, MUSLIM. Nikmat Islam yang kita ada sekarang ini, semuanya hasil keringat baginda SAW dan sahabat-sahabat serta generasi selepas mereka yang bermati-matian pertahankan akidah Islam. Mereka telah menghabiskan seluruh hidup mereka demi hanya nak memastikan Islam tertegak sehingga hari ini, saat ini.  Bagaimana pula sampai di zaman kita, kita tergamak mencemari akidah Islam ini dengan benda yang remeh.

Tipu jika kita masih tak tahu mana asal usulnya Halloween. Tipu jika kita masih tidak tahu hukum meraikan Halloween. Kalau ya tidak tahu, jangan jadi ignorant. Zaman inikan zaman teknologi, internet di hujung jari. Carilah maklumat tentang asal usulnya Halloween dan semuanya yang anda akan jumpa tidak lain hanyalah tahyul dan khurafat. Hal ini sama sekali bertentangan dengan Islam dan dimurkai Allah apabila Allah menjadikan semua dosa boleh diampunkan kecuali dosa mensyirikkanNya.

Janganlah kita ambil mudah akidah yang ada pada kita kerana untuk kita nikmatinya sekarang perlukan pengorbanan yang besar oleh generasi terdahulu. Eloklah kalau labu yang diberi tu dibuat gulai daripada diukir dengan tema Halloween. Eloklah duit-duit ke rumah hantu dimasukkan ke tabung Palestin, ada juga manfaatnya pada umat Islam. Apalah sangat pada Halloween, sedangkan raya haji sudah tidak lama lagi. Nanti ketika itu, berayalah dengan sakan meraikan perayaan yang Allah telah sediakan bagi kita umat Islam.

Mari pertahankan akidah dengan hidup dengannya, bukan dengan rutin dan penampilan semata-mata, insyaAllah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s