Mereka yang belum bersedia..

[tag (umum): Hudud dan pelaksanaannya]

Baru-baru ini isu hudud dihangatkan kembali. Polemik lama diulang. Ketika isu semakin ketandusan dan pilihanraya semakin menghampiri. Ada media mengapi-apikan isu ini untuk kepentingan pihak-pihak tertentu. Ini tidak betul. Kita tidak boleh memutar-belit isu ini di media dan menjadikan ia sesuatu yang ‘vague’ (keliru kerana tidak jelas) dan mengaitkan dengan pelaksanaan siasahnya. Ini membuatkan orang awam yang ramainya belum memahami membuat persepsi mereka sendiri dan meletakkan pandangan yang salah terhadap hudud itu kemudiannya.

Allah berpesan pada manusia dalam firmannya:

Dan apabila kamu melihat orang-orang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan pembicaraan yang lain. Dan jika syaitan menjadikan kamu lupa (akan larangan ini), maka janganlah kamu duduk bersama orang-orang yang zalim itu sesudah teringat (akan larangan itu). Al-An’am, 6:68

Kalaulah benar untuk tidak bersetuju jadi terangkan, bukan mencantas dengan fahaman politik.

Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi sudah mengulas  tentang hukum hudud dan pelaksanaanya dalam website rasminya sendiri. Antara petikan kata-katanya (terjemahan):

Dasar [berkenaan perlaksanaan hudud ialah] tidak dilaksanakan [hukum] hudud melainkan apabila kita telah melaksanakan-seperti yang telah saya katakan-ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan akidah, syariat, akhlak, tata susila dan nilai-nilai [murni], kita bangunkan masyarakat Islam, dalam keadaan ini, kita laksanakan [hukum] hudud. [1]

Lalu di sini, barulah kita faham bagaimana pelaksanaan hudud ini ada peringkat-peringkatnya. Kita tidak menolak hukum Allah, tetapi kita berpendirian, individu-individu yang bergelar Muslim haruslah faham hudud itu sendiri. Oh, bukan semudah itu dan setakat itu sahaja. Tidak sekadar faham, tetapi individu-individu bergelar Muslim perlulah beriman dengannya dengan sepenuh keimanan yang membawa kepada keluarga Muslim dan seterusnya kepada masyarakat yang memahami syariat Islam secara keseluruhannya. Mereka kemudiannnya mampu mengamalkan dan menyebarkan setelah faham akan Islam dan hudud itu sendiri.

Menyingkap sirah Rasulullah SAW, selepas penghijrahan Rasulullah ke Madinah, perlembagaan Madinah digubal kemudian baru hudud ditegakkan. Ketika itu, individu yang bergelar muslim sudah benar-benar faham Islam, solat mereka terjaga, puasa mereka terjaga, masjid dipenuhi, masa tidak dihabiskan untuk perkara lagha dan tiada lagi program-program yang berunsur jahiliyyah. Masyarakat ketika itu sudah pun menjalankan kehidupan yang murni. Kedai-kedai boleh dibiarkan sahaja ketika mereka menyapa azan yang dilaungkan untuk mereka bersolat di masjid. Ketika itu, barulah hudud mengambil tempat apabila masyarakat sudah memahami dan mengamalkan Islam sepenuhnya. Nilai-nilai murni sudah menjernihkan jahiliyyah. Pentadbiran Islam secara total dapat dijalankan.

Manalah adil hukum hudud dilaksanakan pada marhaen, tetapi tidak pada pegawai-pegawai atasan yang korupsi. Disaat orang-orang susah, remaja-remaja yang menganggur dan keadaan ekonomi yang tenat menutup peluang pekerjaan, pencuri akan di potong tangannya kerana mencuri atau meragut sebuah handbag yang entah berapa nilai di dalamnya. RM 100, 200 atau 500 mungkin. Sedangkan pegawai-pegawai atasan mengambil sebidang tanah, bercuti menggunakan duit rakyat secara salah, dan korupsi tender melibatkan berjuta-juta ringgit hanya untuk kesenangan mereka, kroni dan keluarga tiada pula dikenakan apa-apa tindakan. Ini bertentangan sama sekali dengan pelaksanaan hudud semasa Umar RA memegang pemerintahan sebagai Khalifah. Khalifah Umar RA menangguhkan pelaksanaan hudud ketika kemarau yang berbulan-bulan lamanya melanda jazirah Arab. Hal ini kerana Sayyidina Umar RA faham keadaan ketika itu sangatlah mendesak dan tentulah orang-orang yang susah yang baru sahaja memeluk Islam akan melakukan perkara yang salah di sisi hukum Islam seperti mencuri atau mengambil makanan orang lain tanpa kebenaran dek kerana kebuluran yang teramat sangat. Tambahan pula, pemerintahan Sayyidina Umar RA ialah pemerintahan yang mengikut syariat Islam secara total dan kerajaan yang paling stabil di zaman itu.

Lalu kita nilai pentadbiran yang ada. Pentadbiran pusat kita di Malaysia secara spesifiknya. Tipulah jika katakan semuanya OK dan tiada masalah. Masalah ketirisan dan kebocoran berlaku. Malas untuk diulas. Ambil sahaja contoh PKFZ. Selidiklah sendiri isu ketirisan dan kebocorannya.

Justeru, kita mahukan individu-individu yang beriman dengan Islam secara keseluruhannya dan hudud secara spesifiknya kemudian barulah ketika itu tiada lagi pertikaian untuk kepentingan siasah masing-masing berlaku apabila hudud ingin dilaksanakan. Namun, jika ada sesebuah negeri sudah cukup bersedia untuk melaksanakannya, lalu kenapa dihalang? Mereka mungkin sudah cukup kefahaman dan keyakinan dalam pentadbiran negerinya, kenapa perlu dinafikan untuk dilaksanakan had-had Allah ini? Kita perlu sedar, ini bukanlah hukum milik manusia, tetapi ianya milik Allah pencipta manusia. Jadi, marilah kita membuang jahiliyyah dan kembali mengamalkan Islam yang sebenar.

Rujukan:

[1]  http://www.qaradawi.net/2010-02-23-09-38-15/4/5075-2011-08-12-18-22-16.html

[2] Malaysiakini

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s