Dari STC USA 2011 ke Konsisten 2011

[tag (umum): semoga Allah meredhai jalanku]

Rasa seperti orang yang ‘useless’ atau tiada fungsi saat semua application ditolak. Beberapa interview dengan beberapa professor semuanya tak menjadi. Respons mengecewakan. Haih, melepas peluang nak buat research  (baca: laboratory research) di university untuk raih pengalaman berharga menjadi undergraduate yang punyai research background. Kalau dapat bertuahlah, sebab dapatlah diisi dalam resume pasal research bila kaki dah nak melangkah balik ke Malaysia tahun hadapan. Huuuuuhh.. Kekecewaan ini sangat memilukan. Sebabnya bukan 1, 2 tapi 3 interview yang ditemui semuanya tak ada balasan.

Paintball di STC USA 2011 seminggu sebelum pulang ke Malaysia

Plannya nak ambil kelas May seterusnya sambung untuk buat research. Walaupun tak dapat research tapi hidup mesti diteruskan. Nasib baik kelas May kelas yang sangatlah seronok  senang. Nama kelas tersebut ialah (Natural Science and Religous Studies). Pertembungan Sains dan Agama? Berpinau kepala hotak memikirkannya. Segala pengaruh pemikiran jahiliyyah dah merasuk pemikiran-pemikiran orang-orang barat ni. Haih, kesian pulak tengok Professor, walaupun dia hafal segala quote ahli-ahli falsafah yang hebat kat atas muka bumi ni, tapi akidah mereka ni dah terpesong jauh. Dari sudut pemikiran falsafah yang kritikal, kelas ni memang mencabar minda untuk berfikir tentang agama dan kejadian manusia. Tapi dari sudut pemikiran seorang muslim yang faham Islam yang murni, satu jer perkataan sesuai buat pemikiran mereka ni: sampah.

Bila tak dapat buat research, saat tu rasa macam lost tak tahu nak buat masa summer. Dengan pergerakan usrah yang slow mode, semua orang tengah berleka-leka dengan cuti summer masing-masing, aku tekad untuk balik Malaysia. Aku yakin something yang boleh dibuat di Malaysia. Bumi US macam dah tak mau terima aku. Termimpi-mimpi orang di Malaysia memanggil-manggil masa tu. Yup, tekad. Jom balik Malaysia. Esok pagi, terus email agent (sebab memang dungu dan pemalas nak cari tiket sendiri yang murah) nak beli tiket balik Malaysia. Dia balas email kata harga tiket untuk bulan 7 ialah $17xx. Erk, mana nak cekau duit? Owh, xpe, JPA akan bagi duit $1000 buat senior yang tak ambil meal plan summer. Kawan baik pun kata duit dah masuk. Sila check bank suntrust. Terus, aku buka website suntrust cepat-cepat, log in, jom check duit! Huh? Tak ada duit masuk pun, tipulah! Lah, kenapa akaun orang lain dah masuk duit aku punya tak masuk? Pelik. Check meal money university, tak ada pulak duit meal plan dalam student card. Argh, astaghfirullah. Mesti ada silap teknikal ni. Hantarlah email aduan ke orang JPA, 4 minggu nak settle semuanya. Hutang sekeliling pinggang sementara tu dengan kawan-kawan sebab nak beli tiket. Heh.

Tapi, Allah selalu bagi ulat bulu dulu, sebab lepas tu ia akan jadi rama-rama yang cantik. Woah! Tiket kapal terbang yang ditempah tu suruh buat pit stop sehari di Korea tanpa hotel. Ikhwah di Korea dah ready menunggu walaupun tak pernah kenal sebelum ni. MasyaAllah sambutannya sangat welcoming (baca: meriah). Solat jemaah bersama, makan dalam talam bersama kemudian taaruf. Senyum.  Betullah Allah dah sebut dalam Al-Quran:

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara…” [49:10]

Di hadapan Donyang Univ., Seoul, Korea Selatan

Kebetulan mereka ada usrah pada malam tu, jadi sampai-sampai di Korea terus duduk ber”bulatan” (baca: halaqah) bersama mereka. Oh, terubat kesesakan nafas usrah yang nazak semasa summer di US. Esoknya, pergi jalan-jalan. Kalau orang lain, mesti nak kena bayar servis tour guide, tapi aku dapat free. Jazakallah pada akhi yang sudi menemani bersiar-siar di Korea. Tempatnya cantik, walaupun terjumpa ramai orang bermata sepet, tak macam video klip yang selalu tertengok bila ada orang post kt FB. (=_=’)

Sampai di Malaysia, setiap weekend keluar bermusafir. Tak lekang duduk di rumah. Tak sampai 2-3 hari duduk di rumah, dah hilang seminggu. Buat apa? Berporgramlah, apa lagi. Inilah hikmah yang Allah nak tunjukkan rasanya. Daurah, liqa’ , halaqah diisi penuh setiap hujung minggu aku di Malaysia instead of doing research duduk lab berpanas punggung berjam-jam. Walaupun habuan duit tak dapat tapi habuan ilmu itu lebih aku hargai. Yup, mungkin orang lain sempat ke perlawanan Liverpool vs Malaysia masa balik Malaysia. Tapi, padan muka semua kena tipu. Setakat Liverpool 3rd team datang Malaysia, baik main dengan kawan-kawan orang putih kat University jer. Aku rasa keputusan balik cuti ni ialah satu keputusan yang Allah dah rancang. Memang asalnya risau pasal kewangan sebelum balik, tapi semuanya dipermudahkan Allah. Aku redha, dan aku bukan balik Malaysia untuk bercuti-cuti Malaysia. Aku balik Malaysia sebab aku dah tekad nak buat suatu keputusan yang lepas ni, tiada lagi jalan untuk berpaling atau dalam bahasa orang putih there is no turning back. Aku buat keputusan untuk ke Konsisten 2011. Yes, keputusan ini muktamad. Jemaah ialah marhalah dakwah yang ke tujuh (akhir). Marhalah terakhir ni lah yang selalu orang akan pening-pening. Jenama atau jalan kerja. Aku diyakinkan oleh beberapa ikhwah yang dah mendahului aku dalam jalan dakwah dan tarbiyyah ni, jadi aku pun buat keputusan untuk memilih.

Bersama barisan ikhwah US-Canada yang bercuti. Dari kiri: Najmuddin, Salman, Syazwan Miswan, Abdullah Munir, Aakif, Syazwan Zamree, (=_=)V, Mujahid (apps innovator Purdue : )

Aku antara orang paling awal sampai di program Konsisten 2011. Orang ke-3 kot sampai. Awal sebab excited mungkin? Belum sempat apa-apa lagi, peserta-peserta tak perlu nak tunggu sesi taaruf rasmi. Oh, muka mereka semuanya  bercahaya (T_T). Tangan disambut dan dihulur. Pipi bertemu pipi, badan dipeluk erat sambil digosok-gosok belakang badan tanda suamnya (translate: warm) ukhuwwah dan memperkenalkan nama. Dari mana? Seorang ikhwah bertanya. Dari Negeri Sembilan. Oh tak, maksud ana university kat mana? US. Owh, saya Indonesia, China, Korea, India, UK, Ireland, Mesir, France….. hampir semua negara ada! Woah! MasyaAllah, kat mana lagi boleh bertemu ikhwah-ikhwah seluruh dunia sebegini. Mereka semua faham, aku juga faham. 2 hari diisi dengan taaruf, salam, pelukan ukhuwwah dan ilmu. Alhamdulillah atas nikmat ini ya Allah. Nikmat ukhuwwah dan ilmu. Rasa sedih pun ada kerana ikhwah US waktu tu hanya ada 4 orang sahaja berbanding dengan ikhwah-ikhwah negara lain. Kalaulah ada peluang lama lagi, tentu sempat bertaaruf dengan semua peserta, berkongsi pengalaman suka duka. Heh.

bersama Akhi Imran dan Ustaz Prof. Kamaru Salam

2 bulan sudah berlalu. Kenangan manis berada dekat dengan tarbiyyah sepanjang berada di Malaysia memang tak dapat dilupakan. Orang mungkin berbangga dengan lauk-pauk makanan bila balik Malaysia. Aku bangga berjumpa dengan ustaz-ustaz atau orang lama yang menghabiskan usia mereka untuk Islam. Malah, aku lebih berbangga kerana dapat berjumpa dengan rijal-rijal yang bersedia untuk menggembleng Islam di mana sahaja mereka berada. Bak kata Bung Karno pemimpin terkenal di Indonesia:

Berikan aku 1000 orang tua akan ku cabut gunung Semeru daripada akarnya.

Berikan aku 10 orang pemuda niscaya akan ku goncangkan dunia.

Begitulah perjalanan cuti di Malaysia. Dari STC USA 2011 (1-4 July) setiap minggu terisi dengan program tarbiyyah sehingga ke program Konsisten 2011 (12-14 Ogos). Aku dapat merasai semangat itu ketika kami menyanyikan lagu rasmi. Semoga semangat itu kekal terus selama-lamanya buat semua yang menghadiri Konsisten 2011, InsyaAllah . Semoga Allah merahmati pilihanku dan jalan ini. Nahnu du’at qabla kulli syai’!

Advertisements

2 thoughts on “Dari STC USA 2011 ke Konsisten 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s