Profession Utama

[tag: pekerjaan yang paling mulia]

Sebulan lebih masa dihabiskan di Malaysia mengajar saya untuk memahami tanggungjawab tugas Muslim. Sebelum-sebelum ini, saya ingatkan saya seorang sahaja yang punyai masalah dalam menjalankan d&t, tetapi sangkaan itu meleset.

Saya sempat bertemu ramai orang yang saya rasakan mereka ini sangat hebat dalam kerja dakwah mereka. Sehinggakan saya terfikir, mereka ini tak ada kerja lainkah untuk dilakukan sehinggakan dunia semakin menjauh daripada mereka  dan mereka kelihatan seperti sedikit tua daripada umurnya.

Pada malam Sabtu, 29 Julai setelah 4 tahun, saya bertemu sekali lagi dengan Akhi Faridul Farhan (Tadabbur Al-Engineer). Kalau dulu, berjumpa dalam usrah di sekolah dulu boleh dibilang dengan jari, namun saya masih ingat lagi kelantangan kata-katanya membuatkan saya terpikat dengan usrah yang sedikit itulah. Bersambung pula usrah dengan akhi Halimi, kelembutan dan kepadatan isi cakap-cakapnya, juga buat saya terus hanyut dengan usrah. Allah mentakdirkan saya bertemu dengan mereka, walaupun sekejap tetapi saya masih terkesan. Perjumpaan malam itu, buat saya diselubungi dengan perasaan terhutang budi dengan mereka. Saya sangkakan hanya saya seorang yang ‘struggle’ untuk membawa usrah di lokaliti saya, mereka juga sama. Dan saat itu, pada malam itu, saya sedari bahawa jalan dakwah bukanlah mudah. Mereka yang telah lama mengorbankan diri di atas jalan dakwah masih lagi ‘struggle’ sedangkan saya baru setahun jagung pula datang untuk mengadu macam-macam pada mereka sungguh tidak adil. Saya doakan mereka dipermudahkan urusan pentarbiyyahan rijal-rijal di medan mereka hadapi. Semoga Allah membantu kalian di sana dan saya di sini.

Kemudian saya berjumpa dengan Ustaz Salam. Pertemuan yang sangat-sangat saya nantikan. Allah menetapkan saya berdepan dengannya, empat mata. Beliau seperti cikgu yang mengajar Islam kembali kepada sesiapa sahaja. Memperbaharui kefahaman yang ada dan membetulkan persepsi yang salah. Ustaz begitu santai membawa kefahaman yang berat membuatkan orang-orang di sekelilingya selesa memahaminya. Saya kagum dengan penyampaiannya. Semoga Allah merahmati jasa dan usaha ustaz mentarbiyyah rijal-rijal permata Islam di medan-medan beliau hadiri.

Menjadi seorang muslim itulah profession utama kita sebenarnya. Bak kata orang: I am a Muslim first. Sungguh tidak adil pada kita buat Allah, jika mementingkan profession lain daripada profession Muslim. Ianya seperti mengenepikan fitrah kita yang mempunyai tuhan. Begitulah dengan mereka-mereka yang saya sebutkan di atas. Mereka sudah menjadikan profession utama mereka sebagai Muslim, lalu tiada apa yang mereka akan korbankan melainkan untuk Islam. Saya harap saya juga begitu, insyaAllah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s