Perutusan Hari Raya 2011 KafBaRoKafAlifTaNun

[tag(umum): Selamat Hari Raya, taqabbalallahu minna wa minkum]

Bersyukur kepada Allah buat kali ke-4 diizinkanNya bertemu dengan lebaran di bumi Uncle Sam. Biarpun jauh, Aidilfitri tetap meriah. Meriah bukanlah dengan makanan yang enak atau juadah yang lazat. Bukan juga dengan pakaian yang meletup-letup. Tetapi meriah dengan penghayatan amal kita. Meriah dengan kemanisan ibadah kita selama sebulan. Solat tarawih akan dirindui, semoga bertemu lagi insyaAllah tahun hadapan. Sahur setiap hari akan dikenang-kenang sehinggalah tahun hadapan.

Setiap orang memaknakan syawal mengikut penghayatan mereka sendiri. Jika syawal ialah masa bertemu sanak-saudara dan sahabat handai. Begitulah makna Syawal untuknya yang telah Allah takdirkan. Jika Syawal ialah bulan kesedihan buat orang yang meringkuk dalam penjara keseorangan menunggu hukuman, begitulah makna Syawal untuknya yang Allah telah tetapkan.

Tentu dua situasi yang berbeza membuatkan kita tertanya bagaimanakah Syawal dimaknakan. Apakah kemenangan Syawal sebenar yang Allah janjikan?

Sebenarnya, jawapannya ada pada diri kita sendiri. Apa perubahan yang anda dapat lakukan semasa Ramadhan untuk dibawa ke bulan yang seterusnya? Adakah dapat berhenti merokok? Adakah memenuhi solat fardhu? Adakah dapat istiqamah membanyakkan solat sunat? Adakah kita dapat meneruskan bacaan Al-Quran yang dulunya jarang-jarang dapat menyentuhnya? Adakah kita masiih dermawan selepas Ramadhan? Adakah dapat kita menutup aurat? Adakah itu dan adakah ini… Soalan-soalan itu terus tidak akan berhenti. Setiap soalan sepatutnya telah pun kita target mengikut kemampuan dan prioriti pada diri kita sebelum Ramadhan bermula lagi. Sebab itu Ramadhan itu dijadikan selama tempoh sebulan. Kalau kita dapat mentabiatkan sesuatu perkara selama 29,30 hari, insyaAllah amalan itu dengan izin Allah berkekalan kepada hari-hari seterusnya. Itulah kemenangan yang Allah maksudkan, supaya kita lebih bertakwa (takut kepada Allah). Jika, amalan masih tiada perubahan sebelum selepas Ramadhan, kemenangan itu hanyalah tinggal imaginasi.

Janganlah kita beriman pada Ramadhan, tetapi berimanlah pada Allah. Mari sama-sama luruskan niat kembali, agar segala perubahan kita lakukan untuk Ramadhan demi Allah, dapat kita teruskan selepasnya. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang istiqamah insyaAllah.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432 H buat pembaca yang setia membaca KafBaRoKafAlifTaNun. Saya memohon seribu kemaafan kerana tidak punyai peluang untuk banyak mengemaskini blog ini pada tahun 2011 ini. Semoga Allah menerima amalan kita semasa bulan Ramadhan.

Mari kita kongsikan kegembiraan Aidilfitri ini bersama.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s