Mengenali Hakikat

[tag: hakikat sebenar penciptaan sebuah kehidupan]

Dengan izin Allah, saya berpeluang untuk bercuti di Malaysia tahun ini selama sebulan lebih. Beberapa hajat yang tak kesampaian di US telah membuatkan saya mengambil keputusan untuk balik ke Malaysia. Namun, takdir Allah itu sangat cantik. Pulangnya ke Malaysia bukan cuti-cuti kosong. Tapi, cuti kali ini telah membuatkan saya mengenali hakikat. Hakikat yang kadang-kadang membuatkan kita seperti tidak percaya apakah kehidupan ini sebegini rupa realitinya.

Jika ada orang bertanya Malaysia bagaimana keadaannya, saya merasakan malu untuk menjawab OK jer atau baik-baik sahaja. Hakikatnya tidak! Masalah sosial sangat-sangatlah teruk. Masalah politik seperti masalah merebut jawatan ketua kelas di sekolah rendah. Kes-kes jenayah seperti curi, rogol, bunuh, ragut dan yang kita tak terbayang pun seperti perkara biasa. Bank-bank riba terus mengaut untung berganda. Media-media berita terus mengaburi dengan maklumat yang tidak shahih, hiburan berleluasa. Lambakan pendatang asing terlalu ramai. Ekonomi semakin tenat dan hidup orang kota semakin tertekan. Jalan sesak, barang mahal, kereta mahal, rumah mahal dan kos-kos hidup terus melambung tinggi. Semua keadaan seperti ini bagaikan tiada ubatnya. Maaf jika berterus terang, konsep politik kerajaan sekarang hancur. Bukan untuk membantah atau menentang mereka, tetapi itu harus diakui. Hancur dan menghancurkan. Itulah realitinya.

This slideshow requires JavaScript.

Penyelesaiannya hanyalah satu. Kita harus kembali  kepada mengenali hakikat kehidupan di atas muka bumi. Ini bukan kerja seorang, tetapi ianya kolektif. Manusia yang tidak tahu tujuan hidupnya akan terus menginginkan kehidupan sempurna tanpa tahu pengertian kehidupan itu sendiri. Persepsi mereka terhadap kehidupan harus dibetulkan dan ini bukanlah kerja yang mudah.

Sedikit sahaja bezanya jika soroti sirah nabi yang juga dahulu berada di zaman jahilyyah. Tetapi Nabi bermula dengan dirinya seorang mampu mengembalikan kegemilangan ketamadunan manusia, kenapa kita tidak?

Jika ada yang masih tidak kenali hakikat kehidpuan ini, kenalilah dengan hati dan nurani fitrah rabbani. Allah telah mengajarkan kita melalui Nabi-Nabinya yang juga manusia. Kita sahaja yang tutup sebelah mata, kenal engineering, medic, economics, mathematics, science lebih daripada Al-Quran dan sunnah. Hakikatnya ramai masih tercari-cari hakikat kehidupan di muka bumi ini.

Mari kita kembali kepada tuhan, yang menciptakan dan yang mematikan.

Advertisements

One thought on “Mengenali Hakikat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s