Daurah Ramadhan

[tag: bulan cas amal ibadat]

Salam Ramadhan Kareem. Semoga Allah menerima segala amalan kita sepanjang bulan Ramadhan ini. Setelah lama hampir sebulan lebih berhenti menulis dan hampir-hampir sekali lagi menguburkan wordpress ini, pintu hati ini diketuk semula untuk mengemaskini wordpress ini. Wallahu’alam, Allah sahaja lebih mengetahui hati yang berkecamuk ini memikirkan masa depan dan dakwah. Dan Ramadhan tiba tepat pada masanya untuk meniupkan kembali semangat untuk meneruskan kerja-kerja Islam. Allahuakbar.

Pembukaan Kota Makkah

Sesuatu yang tidak boleh dilupakan oleh umat Islam signifikannya bulan Ramadhan ini ialah berlakunya banyak peristiwa yang penting dalam sirah Islam. Salah satunya pembebasan kota Makkah daripada tangan-tangan musyrikin. Setelah perjanjian Hudaibiyah diingkari oleh serangan bani Bakr terhadap bani Khuza’ah yang mendapat perlindungan daripada pihak Muslim, Rasulullah menuntut gantirugi dengan 3 pilihan:

  1. Membayar diat (pampasan kepada mangsa terkorban)
  2. Mengutuk perbuatan Bani Bakr
  3. Berperang dengan tentera Islam

Keangkuhan, fanatik kepuak-puakan membendung hati dan perasaan pihak Musyrikin Makkah. Mereka yang sudah lama bermusuh dengan Islam atau Nabi terutamanya tidak akan mudah sahaja mengikut kata Nabi untuk melakukan dua pilihan yang pertama yang diberi oleh Nabi. Mana mungkin mereka ingin tunduk pada perintah Nabi yang inginkan bayaran pampasan. Tidak pula dengan semangat kepuakan mereka, mereka sanggup mengutuk bani Bakr yang sudah menjadi sebahagian daripada mereka. Dengan angkuh, mereka memilih pilihan ketiga dengan memalit dendam perang Badar yang membunuh ketua-ketua mereka.

Pada Allah, semua ini punyai hikmahnya. Pilihan orang-orang musyrikin membawa kepada pembebasan Kota Makkah oleh pihak Islam. Ketidaksediaan dan ketakutan mereka membuatkan pihak Islam dengan mudah menakluk kota Makkah. Setelah lebih 8 tahun meninggalkan kota Makkah, pembebasan kota Makkah menyingkap kembali nostalgia dakwah nabi selama 13 tahun di Makkah. Jerih payah, kutukan dan kehinaan yang dilalui dahulu kini dibalas oleh Allah dengan pembebasan kota Makkah. Dan pembebasan kota Makkah ini berlaku ketika 10 Ramadhan 8 Hijrah! Allahuakbar. Dengan rahmat Allah S.W.T. kini pembebasan kota Makkah membuka episod baru dakwah nabi.

Cuba kita bayangkan jika kita duduk di perantauan, selama 8 tahun tidak dapat kembali ke tanah air, terputus hubungan segala dengan perjalanan yang panjang, tentulah kita merindui tanah air yang ditinggalkan. Tidak terbayang alangkah gembiranya Nabi dan para sahabat, mereka dapat kembali ke tanah air mereka. Bahkan di dalam Makkah adanya Kaabah, binaan Nabi Ibrahim yang dulu dicemari kesuciannya oleh berhala-berhala yang menjadi sembahan jahiliyyah, kini dapat dipelihara.

Sedar atau tidak sedar, hari pembebasan kota Makkah ini semakin kita lupakan sirahnya. Sedangkan peristiwa ini memberi signifikan yang besar pada Nabi dan para sahabat. Belum apa-apa lagi, program hari raya sudah dihebahkan terutamanya di media-media di Malaysia. Sedarlah, tanpa pembebasan Makkah, haji belum tentu akan berlaku pada hari ini, air zam zam belum tentu dapat kita teguk.

Harapan Ramadhan

Semoga Ramadhan menjadi daurah pada kita mentarbiyyah hati yang lama dilekakan oleh urusan-urusan keduniaan. Kurangkanlah menonton TV dan filem-filem, melayari apa yang sia-sia di internet, dan membaca bahan-bahan yang tidak bermanfaat. Sudah tiba saatnya kita dekat dengan Allah dengan tahu peranan kita sebagai muslim yang sebenar. Mari jadikan Ramadhan sebagai tempoh melembutkan hati untuk lebih dekat dengan Allah. Pembebasan kota Makkah menjadi satu kenangan bagi kita bahawa perjuangan untuk membebaskan diri kita daripada jahiliyyah mesti diteruskan. Bahkan serangan jahiiliyyah yang kita hadapi lebih halus dan ianya berada dalam diri kita. Mari tambah amal.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s