Ambil tahu Bersih 2.0

[tag: ignorance is the enemy to the message of truth]

Ketahui tanggungjawab dan hak

Bersih 2.0 ialah gabungan NGO-NGO Malaysia yang menuntut kesaksamaan dalam pilihanraya. Sama ada sedar atau tidak sedar, penafian hak terus dizalimi dan remaja kini yang kebanyakan dibuai dengan hiburan oleh pihak-pihak tertentu ramainya mungkin tidak mengetahui apa itu Bersih 2.0. Saya menyarankan kita jangan membantah melulu! Cuba fahami dan hayati permintaan hak ini. Kita tidak bolehlah hanya mengikut sahaja orang ini kata apa, orang itu kata apa dan buat kesimpulan sendiri, kita sendiri perlu mengambil tahu dan buat penilaian, sama ada wajar atau tidak wajar hak-hak ini dituntut. Janganlah diakhiri dengan skeptikal, “argh, politik ini sama sahaja” padahal ianya tidak sama seperti yang anda fikirkan. Sebagai seorang mahasiswa, kita juga bukanlah pihak terkecuali untuk mengambil tahu hak kita. Duit-duit rakyat yang diberikan sebagai pinjaman/biasiswa ini perlu kita gunakan kembali untuk membangunkaan rakyat dan perjuangkan hak rakyat. Tidaklah betul dan adil buat orang yang membazirkan hak rakyat.

Kebebasan bersuara

Saidina Umar RA semasa pemerintahan khilafah Islamiyyah di bawah pemerintahannya, beliau pernah berdiri di khalayak ramai pada khutbahnya. Lalu beliau berkata:

Kalau kamu melihat kecuaian (ketidaksamaan, kekurangan) dalam pemerintahanku, dan aku mahu kamu menegurku.

Lalu seorang lelaki bangun dan berkata:

Jika kami melihat kecuaian (ketidaksamaan, kekurangan) dalam pemerintahanmu, akan kami betulkan dengan mata pedang kami!

Lalu Saidina Umar RA menjawab:

Alhamdulillah, Allah telah mengurniakanku umat (pengikut) yang akan membetulkanku jika aku berbuat silap.

Tidaklah Saidina Umar RA memenjarakan lelaki itu, menangkapnya atau menegurnya sesudah lelaki itu menyuarakan pendapatnya. Malah, Saidina Umar RA memuji Allah SWT kerana ada orang yang sanggup membetulkan keadaan jika beliau membuat silap. Saidina Umar RA bersyukur kerana umat Islam yang diperintahnya bukanlah pengikut yang mengikut dengan membabi buta. Inilah ummah yang Saidina Umar RA mahukan, bukan ummah yang mengampu kepada pemimpin.

Maka, inilah syariat yang diamalkan oleh seorang khalifah Islam yang mengikut sunnah Rasulullah SAW, lalu pemerintahan manakah yang lebih baik lagi siasahnya selain daripada Saidina Umar RA di muka bumi ini. Seorang yang tegas, alim, warak, merendah diri, adil bertanggungjawab dan semua yang baik ada pada Saidina Umar RA.

Mari kita refleks keadaan sekeliling kita, jangan terlalu ‘ignorant’. Mengikut sahaja aliran seperti masa hadapan kita di tangan mereka. Ambil tahu, lalu berbantahlah dengan hikmah jika ada berlainan pendapat, namun sekurang-kurangnya ambillah tahu. Sungguh kita ini golongan-golongan terpelajar bukanlah orang-orang yang duduk di tengah-tengah hutan.

Laman web Bersih 2.0.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s