Saluran

[tag: mencuba]

Ketika Rasulullah bertemu Rukanah Abdu Yazid yang merupakan ahli gusti di Makkah, Rasulullah mengambil kesempatan tersebut untuk menyampaikan Islam. Lalu Rasulullah mengajak Rukanah yang berbadan tegap dan besar bergusti. Kalah pada pusingan pertama, Rukanah tidak berpuas hati. Dia inginkan perlawanan ulangan. 2 pusingan seterusnya, dia tetap tidak mampu melawan Rasulullah, kekasih Allah, Nabi terakhir dan imam segala Nabi di dunia, insan maksum dan manusia paling sempurna.

Rukanah masih tidak mahu mengakui kenabian Rasulullah, lalu menyuruh baginda SAW memanggil pokok berdekatan untuk datang kepada tempat mereka berdiri. Pokok itu berjalan dengan akarnya lalu datang menghampiri. Rukanah masih tidak lagi mengakui kenabian Rasulullah dan beredar dengan perasaan kurang berpuas hati. Menceritakan kepada kawan-kawan segustinya tentang pertemuannya dengan Nabi, selang beberapa ketika hati Rukanah tidak lagi dapat menafikan kenabian setelah apa yang dialaminya bersama Rasulullah. Lalu, dia memeluk Islam dan akhirnya meninggal di zaman Muawiyah sebagai seorang Muslim.

Begitulah Rasulullah SAW. Berdakwah bukanlah hanya dengan kata-kata. Malah, dengan bergusti juga Rasulullah menyampaikan dakwah. Kita harus mengambil contoh ini sebagai teladan dalam berdakwah. Tidak kira apa juga cara, jika dakwah dapat disampaikan, kita cuba sedaya upaya menyampaikan perkataan yang baik dengan segala saluran yang kita ada. Agar, penerimaan dakwah ini tidak menjadi kaku pada satu-satu cara sahaja. Saya ingin mempromosi tumblr saya yang baru berusia seminggu. InsyaAllah, semoga bermanfaat. [link]

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s