Islamic Spring Retreat Vandy 2011

[tag: melapangkan diri meningkatkan iman]

Pada tahun ke-3 semester dua ini, saya rasakan ini semester yang paling mencabar bagi saya. Tanggungjawab yang bertambah, pelajaran semakin tinggi level pemahamannya, homework yang tidak putus, buatkan diri seperti kurang bernafas. Nasib baik, kadang-kadang professor yang memahami dapat memanjangkan dateline homework, menangguhkan exam dan sebagainya. Tambah pula, adik2 usrah bersemangat mengikut aktiviti usrah buatkan kesibukan dalam fikiran terlerai mengingat anggukan tanda faham mereka. Lega hati ni. Aturan tuhan tidak pernah salah.

Laman web rasmi Islamic Spring Retreat Vandy 2011

Namun dalam apa-apa pun kesibukan, hubungan dengan tuhan tidak sekali boleh diabaikan, malah diperkuatkan. Spring break ini menyajikan suapan santapan rohani kembali untuk mengisi masa terluang semasa spring break ini. Iman perlu dijaga. Terutamanya menghargai nikmat masa lapang ini, di akhirat nanti akan kita dipertanyakan apa yang kita lakukan pada masa-masa terluang sebegini. Malu rasanya nak menjawab, saya rehat, rehat dan rehat lagi.

Ada orang mesti sudah merasakan semangat berkobar-kobar untuk belajar sepenuhnya spring break ini. Saya katakan sabar dahulu, tenangkan fikiran, jangan terlalu ghairah, kerana nanti, kalau tidak tercapai standard yang kita mahukan, kita sendiri akan mudah ‘futur’ dan apabila cuti menjelang, lihatlah keghairahan itu tidak sama seperti keghairahan kita sibuk menghadapi kelas. Merancanglah dengan baik. Hubungan dengan Allah perlu diperkuat, baru jadual hidup kita diuruskan oleh Allah, bukan diri kita sendiri. Seperti doa ma’thur yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW yang juga selalu kita baca dalam Al-Ma’thurat:

أللهُمّ لاَ تَكِّلنَ الى أنفُسِنَا طَرفة عَين ولا اقلَّ مَن ذالك يا نِعمَ المُجِيب

Wahai tuhan kami, jangan kau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri;walaupun sekadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai tuhan yang mudah dan cepat memperkenankan doa.

 

futur – lemah semangat, down, putus asa.

 

p/s: kepada para pembaca, wordpress ini tidak hanya mengemaskinikan artikel baru tetapi juga terdapat kemaskini di bahagian video & puisi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s