Tahun Arnab dan Al-Quran berbicara…

[tag: keburukan maslahah itu lebih besar]

Dalam Islam, kita punyai Ulama, ustaz, pendakwah, dai’e, dan orang-orang agama. Kadang-kadang ramai pada kita salah menilai agama pada orangnya. Sepatutnya dan memang caranya pun, kita mengadili hukum Islam berasaskan sumbernya, mesejnya sendiri. Andai kata, kita sangat tak suka orang ini, tapi apabila orang ini memberi nasihat dan nasihatnya benar daripada Al-Quran dan Sunnah, sesungguhnya nasihat itu bukanlah daripada orang yang menyampaikan, tapi itu nasihat daripada Allah SWT.

Namun, manusia cepat sangat menilai luaran. Sehinggakan mesej Al-Quran menjadi layu sebab hati ini terbuka hanya nak menerima nasihat daripada orang-orang tertentu sahaja. 

Apabila mesej disampaikan, mesej itu sendiri yang perlu kita nilai. Contohnya, apabila seseorang membacakan firman Allah, kita tak seharusnya buat tidak peduli, jika yang membacakan itu kanak-kanak sekalipun, sebab yang berbicara bukan orang itu, tapi Allah sendiri yang berfirman. Baik, ini hanya mukadimah.

Al-Quran bukanlah untuk dibaca 5 minit lepas Maghrib sahaja. Al-Quran bukan untuk dihayati apabila Ramadhan sahaja. Al-Quran bukan dibuka bila mati, sakit atau ada masalah menimpa. Al-Quran itu dibaca dan diamalkan setiap masa. Diamalkan pada setiap nafas yang dihirup dan pada setiap darah yang mengalir.

Allah berfirman tentang menjaga pandangan daripada maksiat dan aurat kepada lelaki:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat". An-Nur 24:30

Allah berfirman tentang menjaga pandangan daripada maksiat dan aurat kepada wanita:

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Kemudian Rasulullah juga bersabda:

Daripada Abu Sa’id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.

Dan Allah berfirman lagi:

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. Al-Baqarah 2:120

Dan Allah menyambung firmannya lagi tentang kata-kataNya sendiri,

Sesungguhnya Al-Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia. Al-Waqiah 56:77

Maka apakah kamu menganggap remeh saja Al-Quran ini? Al-Waqiah 56:81

Dalam satu perkara kita melihat apakah keburukan atau faedah sesebuah maslahah itu lebih besar. (Maslahah: perkara yang menjadi minat dan kebajikan orang ramai)

Bayangkan pula, sesuatu yang tidak disukai Allah, kita pula bertepuk tangan tanda terhibur dan mengatakan ini menarik. Apakah itu bukan jahiliyyah (suatu kebodohan) ?

Kita yang diberi nikmat Islam cukuplah Allah dan Rasul menjadi saksi nanti di hari akhirat nanti atas pengakuan kita menjalankan syariat Islam. Bayangkan Nabi Muhammad SAW yang kita sambut maulidurrasul tiap2 tahun itu berada di sebelah kita, ketika kita melakukan sesuatu. Apakah Nabi mahu mengaku kita ini ummatnya, jika kita sendiri menyokong maksiat tanpa kita sedari sedangkan hadis nabi di atas, baru sahaja mengajar kita apa sepatutnya kita perbuat? Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah.

Nilailah keburukan atau faedah sesebuah maslahah majlis. Apakah untuk kita, atau untuk Allah SWT. Fikir-fikirkan. Sekadar pandangan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s