Berasa hati…

[tag: mari memahami hati]

Saya jarang berasa hati, orang nak persenda, nak saja main-main mengata tentang kita. Saya memang tidak kisah, bukan buat tak kisah, tapi tak kisah. Yer lah, siapalah kita, bukannya sempurna sangat. Sebab itu semua akan lenyap dengan masa yang sekejap sahaja. Tapi, bila ada yang mengata tentang intelektual, usaha dan perjuangan, ada orang mungkin kurang faham apa yang kita cuba sampaikan, saya berasa hati.  Lebih-lebih lagi jika hal ini berkenaan agama Allah. Menyalahkan konsep dan menyalahkan orang yang membawa konsep itu dua hal yang berbeza.

Bukankah lebih adil cuba memahami daripada terus menafikan dengan suatu persamaan yang jauh berbeza? Apakah tidak ada ruang untuk cuba memahami dengan bertanya atau memang tidak ada peluang untuk faham?

Banyak yang saya belajar apabila berhubung dengan orang. Jangan bertindak terburu-buru, jangan mengata melulu, jangan terlalu mengharap ke langit, jangan pandang rendah, dan jangan buat persepsi yang bukan-bukan sebelum kenal dan tahu. Saya amat cuba menjaga hal-hal ini, supaya orang senang dan kita pun riang. Namun kadang-kadang terlepas jua atas kesilapan diri sendiri yang hina-dina.

Mari belajar memahami, mengaku kesalahan dan memaafi. Allah jadikan kita pelbagai, supaya kita sama-sama belajar menghormati. Saya berlepas diri daripada terasa hati, semoga Allah merahmati segala usaha yang cuba dilakukan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s