Ajar atau Didik?

[tag: perbezaan dengan mahu dan tahu]

Tarbawi dan Ta’alim dua perkataan yang baik. Namun maksud pelaksanaannya jauh berbeza.

Tarbawi itu merujuk kepada tarbiyyah iaitu mendidik dengan ilmu. Ianya merujuk kepada satu perbuatan iaitu mendidik yang langsung dapat menggegarkan hati kepada siapa yang dididik untuk maju melakukan amal praktikal dengan apa yang sudah dididikkan.

Ta’alim itu memberi ilmu. Ianya merujuk kepada penyampaian ilmu daripada satu sumber kepada target yang umum dan ramai. Buat orang yang menuntut ilmu itu perlu punyai inisiatif untuk memahami ilmu itu dan cuba mengamalkannya.

Lalu, jalan manakah dakwah sesuai disampaikan pada peringkat paling asas? Adakah dengan mengadakan kelas agama (ta’alim) sekali seminggu dengan belajar tentang Islam yang pelbagai cabang ilmunya atau mengadakan halaqah usrah (bilangan kecil) yang mendidik dengan satu konsep ilmu daripada Islam lalu memahaminya untuk diamalkan lalu menyempurnakan apa yang diajar.

Namun, halaqah usrah itu bukan terhenti di situ saja, ianya diikuti dengan ‘follow up’ dan kebersamaan dengan orang-orang yang kita senang dan rapat (usrah). Ta’alim itu tetap perlu. Kelas agama bagaimanapun penting bagi kita menguasai pelbagai lagi ilmu dalam Islam namun prioritinya ialah membawa kepada mahu dahulu, baru tahu. Untuk membawa kepada mahu dalam apa sahaja aktiviti atau program, itulah diperlukan sentuhan tarbiyyah jiwa dan halaqah usrah adalah medan yang paling sesuai untuk dilaksanakan. Ini juga merupakan sunnah Nabi SAW, sepertimana rasulullah pernah bertandang ke rumah Arqam bin Abi Al-Arqam, berhalaqah mentarbiyyah sahabat-sahabat ketika itu.

Semoga kita dapat memahami konsep ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s