Bawa bertenang…

[tag: tentang Tenang]

Memilih sesuatu fahaman bukan seperti memilih kuih raya. Nampak menarik itu yang diambil. Entah sedap entah tidak. Apatah lagi memilih fahaman siasah yang singgah kepada pemikiran menuju masa depan.

Memisahkan agama daripada siasah ialah zalim. Sedangkan agama mengajarkan bagaimana untuk bersiasah. Lihatlah Umar RA. Orangnya warak dan adil melaksanakan hukum Allah sehinggakan boleh terlena di bawah sebatang pohon. Wakil Rom yang hadir penuh diringi pengawalnya atas urusan diplomasi  pun hairan. Bagaimana seorang Khalifah besar boleh lena tidurnya di bawah pohon? Begitulah adilnya Umar RA sehinggakan tanpa seorang pun yang mengadu masalah tentang siasahnya. Adilnya Umar sehinggakan tidak takut apa-apa yang akan terjadi pada dirinya. Adilnya Umar RA dan tingginya tawakkal kepada Allah tanpa perlu risau akan keselamatan dirinya.

Sesuatu perlu difikirkan. Perlu dikaji. Perlu diteliti. Memberi atau tidak memberi sokongan. Daripada pucuk pimpinan kepada manifesto. Daripada realiti masa kini sehingga bayangan masa depan. Tetapi jauh lebih penting ialah hubungannya dengan Allah secara zahir kerana itu sedikit sebanyak mencerminkan batinnya.

Bukan masanya untuk tuding jari, menggeleng kepala memikirkan gejala yang terjadi masa kini. Sudah tiba masanya untuk bertindak menjernihkan sedikit mana yang keruh.

Advertisements

2 thoughts on “Bawa bertenang…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s