Kapten

**Ulangan post daripada blog lama: kafbarokafaliftanun.blogspot.com

[tag: kapten dan kepimpinannya]

Aku bukan peminat Chelsea. Namun tidak bererti aku tidak kenal orang ini: John Terry. Kecoh di Eropah berkata tentangnya. Ada yang baik. Ada yang mengutuk.[baca sini]

Kalau mengikut hudud. Sudah tentu John Terry ini disebat. Andai si pelaku sanggup dikenakan tindakan untuk membersihkan namanya, tindakan yang diambil hanyalah sebatan oleh orang-orang yang berkecuali dimana tangannya berniat ikhlas menjalankan hukuman Allah, bukan tujuan membalas dendam dan si pemukul terhindar daripada dosa-dosa sedemikian. Selari dengan firman Allah:

"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman." An-Nur 24:2

Namun sebatan hudud bukanlah bermakna menyakiti dengan teruk. Sehinggakan separuh nyawa. Hanya untuk memberi pengajaran kepada si pelaku dan yang melihatnya. Zaman Rasulullah dahulu, ada sahabat memukul si pelaku dengan kain malah ada yang menyebat dengan dedaunan pokok atau ranting.

Sebatan pula berkondisi. Pelaku harus berkeadaan baik. Cuaca ketika itu baik, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Serta bermacam-macam lagi memastikan pelaku tidak terseksa atas faktor luaran melainkan kesakitan dari sebatan.

Tetapi, John Terry ini bukanlah Muslim. Aku tidak mempertikaikannya. Yang aku kisah, perlucutan jawatan kaptennya memperlihatkan tsiqah perjuangannya hilang begitu sahaja kerana satu kesalahan. Walhal, bertahun sudah dia menerajui England. Hanya satu dua kekalahan pada perlawanan tidak berapa penting untuk skuad England.

Pendapatku, dia harus diberi ruang selaku kapten. Kerana memang peranannya terserlah disitu. Kredibilitinya di atas padang tidak diragui. Dan sejarah kapten England amatlah penting kepada peminat-peminatnya dan Piala Dunia pula sudah menghampiri.

Khalid Al-Walid juga pernah melakukan kesilapan di medan perang. Membunuh orang yang dikecualikan untuk dibunuh ketika perang dan merampas harta orang yang diserangnya dengan syubhah ke atas Bani Juzaymah. Kesilapan ini kesilapan yang besar. Sehinggakan Rasulullah berdoa:

“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu daripada apa yang dilakukan oleh Khalid (bin Al-Walid)” [1]

Namun, Rasulullah tidaklah pula melucutkan jawatannya sebagai panglima perang. Membencinya pun jauh sekali. Kerana peranannya disitu. Ketangkasannya merencana dan mengepalai bala tentera tiada tandingan. Malah, beliau berterusan mengetuai bala tentera sehinggalah Umar R.A. melucutkan jawatannya atas sebab takutkan berlakunya syirik oleh tentera Islam ketika itu. Syahid yang sangat diingininya tidak kesampaian kerana ketangkasan dirinya tidak tertanding oleh musuh. Khalid Al-Walid mengakhiri hidupnya di atas tempat tidurnya sebagai shuhada’ yang lantang menegakkan Islam di medan perang. Begitulah Islam yang indah. Islam tidak menghukum seseorang secara total atas kerana satu dua kesalahan apabila peranan itu jauh lebih penting daripada kesalahannya.

kenangan beraksi di medan paintball. (berbaju biru)

Aku bukan jurulatih England. Penyokongnya pun bukan. Cuma, aku teringatkan Khalid Al-Walid serta merindui jejak ketangkasannya berjihad di zaman Nabawiyyah. Argh, bilalah diri ini mahu menuju ke arah itu. Jihad dengan nafsu sahaja belum mampu. Inikan pula di medan perang.

Rujukan:
[1] Dipetik dari As-siasah Syariyyah: m/s 10 (pernah terbaca hadis ini dan saya sangat meyakini ianya shahih)
[2] tsiqah – kepercayaan terhadap pimpinan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s