Sisipan Muktamar 2010 (2)

[tag: perkongsian Muktamar IMSA-MISG 2010]

Video ini merupakan sesi khas buat pelajar-pelajar tahun 3 dan tahun 4 MISG (Junior and Senior year) di Muktamar IMSA-MISG 2010. Ini juga merupakan sesi yang menarik buat pelajar-pelajar yang menuju ke gerbang graduasi. Tajuk sesi ini ialah, Graduating: What’s next for us?. Dalam sesi ini saya tertarik dengan kupasan Dr. Hafidzi yang berkongsi bersama kami pengalamannya semasa menuntut di US lebih 20 tahun dahulu. Beliau berkongsi bagaimana biah dakwah ini menjadi peranan modal insan ketika menuntut di luar negara.

Cuma satu yang saya terkilan, sesi soal jawab sesi ini terpaksa diedit oleh editor DVD muktamar atas hal-hal yang sensitif dan punyai sentimen siasah. Tetapi saya ingin kongsikan satu isi daripada sesi soal jawab yang diedit itu ialah, negara kita mengamalkan demokrasi berparlimen di mana setiap seorang rakyat Malaysia punyai kebebasan dalam memilih mana-mana jemaah siasah yang dia inginkan. Hal ini jelas dan kita pun sudah pelajarinya dalam sejarah tingkatan 5. Bermakna kita tidak pun terikat dalam mana-mana jemaah siasah walau seinci pun, melainkan kita punya hak kebebasan untuk memilih.

Persoalan ‘pedas’ yang lain, saya tak mahu sentuh lebih mendalam, sebab itu video ini diedit atas hal-hal yang sensitif seperti yang sudah dijelaskan di atas. Kredit kepada: DVD Muktamar 2010 production. Semoga bermanfaat.

 

Advertisements

2 thoughts on “Sisipan Muktamar 2010 (2)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s