Muktamar & 2011

[tag: ketenangan ukhuwwah dan pengisian]

Muktamar MISG-IMSA baru sahaja berlalu. Alhamdulillah, program tahunan ini berlangsung dengan lancar. Peserta MISG meningkat daripada tahun yang lalu dan komitmen yang diberikan lebih memberangsangkan terutamanya daripada peserta MISG.

Ketika sahabat-sahabat lain sedang sibuk mengambil gambar di pemandangan sana sini, peserta muktamar memasang telinga mendengar pengisian daripada speaker-speaker jemputan. Sedang sahabat-sahabat lain bersuka ria, peserta muktamar bergembira merapatkan ukhuwwah sesama mereka. Sesetengah orang mungkin mengatakan boring, bahkan boring itulah akan menjadi saksi bahawa kita sedang berada dalam majlis ilmu yang dinaungi malaikat hingga ke langit tujuh melaporkan si fulan tertidur di majlis ilmu kerana keletihan berjaga mendengar ilmu Allah.

Banyak saya belajar daripada muktamar terutamanya daripada Dr. Hafidzi. Olahan sejarah Islam di nusantara kepulauan Melayu daripada beliau membuka mata saya yang sebelum ini tidur dengan sejarah ke‘melayu’an seperti yang dipelajari di sekolah.

Fakta kebenaran tidak akan pernah menipu. Benar, Melaka tidak mengalahkan Portugis dengan semangat nasionalisme atau melayu, tetapi dengan jihad fi sabilillah. Turki Uthmaniyyah yang lemah masih sanggup membantu Jawa atas nama Islam. Tok Janggut yang sebenarnya lebih dikenali dengan nama samudera perang bukan melawan British kerana cukai, tetapi kerana pertahankan Islam. Kerajaan Islam Demak tidak pernah lupa pada saudara Islam mereka di Melaka ketika Portugis datang atas dasar jajahan dan kristianisasi.

Kalau roboh Kota Melaka

Papan di Jawa hamba dirikan

Kalau sungguh bagai dikata

Nyawa dan badan hamba serahkan

Pantun 4 kerat ini hanyalah secebis daripada puisi-puisi jihad Bahasa Melayu dahulu yang merupakan ‘lingua franca’ untuk dakwah Islamiyyah tersebar luas di Kepulauan Islam Melaka.

This slideshow requires JavaScript.

Sungguh, sebenarnya banyak lagi yang dipelajari di Muktamar. Setakat ini sahaja yang sudi saya kongsikan. DVD muktamar ada saya beli kalau ingin pinjam.

Tentang ukhuwwah memang misi saya di Muktamar. Ramai sahabat baru saya kenal, tak tersebut nama-nama mereka melainkan ‘facebook’ nanti mungkin mendekatkan lagi ikatan

2011 dah pun membuka tirai, bermakna umur pun makin bertambah. Hari-hari tetap sama sahaja, matahari terbit dan terbenam. Yang membezakan amal baik, hari ini dan hari-hari mendatang harus ada pembaikan. Semoga terus matang dalam menempuh tahun baru. Selamat tahun baru Masihi.

Advertisements

4 thoughts on “Muktamar & 2011

  1. pace = Palestinian center of excellence lah ..hehe.. enta tulis palestine association for cultural exchange..dkt slideshow tu.. pape pun.mabruk..teruskan melangakah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s