Finale

[tag: Malaysia vs Indonesia AFF Suzuki Cup 2010 Final]

Sebagai salah seorang peminat sukan bola sepak, tentu ramai yang sedang menanti-nanti perlawanan final bola sepak terbesar di Asia Tenggara ni. Setelah berbelas tahun, akhirnya Malaysia berjaya melayakkan diri ke final juga. Peliknya, AFF Suzuki Cup ini ada dua perlawanan final menggunakan sistem agregat gol di tempat lawan. Tetapi, ada betul juga diadakan dua perlawanan akhir. Antara sebab mengapa ada dua final ialah faktor penonton. Penduduk Asia tenggara ini masih lagi punyai kedudukan ekonomi yang sederhana dan kalau diadakan final di satu tempat sahaja, sudah tentu perlawanan final itu akan dihadiri oleh penduduk negara itu sahaja.

Contohnya, kalau dibuat di Indonesia sahaja satu perlawanan akhir, nampaknya tak adalah nak jumpa orang Malaysia kecuali sedikit sahaja. Kalau buat di Malaysia sahaja boleh jadi bilangan penonton seimbang, tapi tentulah pihak pengurusan AFF Suzuki Cup ini tak mampu nak menjangka negara apa akan ke final sebelum ‘tournament’ ni bermula. Nak bagi adil, nah amik ada dua final. Tengok puas-puas dekat gelanggang sendiri. Bawaklah 1000000 penonton Malaysia datang pun tak apa.

Alang-alang dah nak final ni, jom ‘review’ sikit corak permainan Malaysia. Ini pendapat sahaja, janganlah ambil serius sangat.

Bawah ni ialah perlawanan semi-final 2nd leg di Vietnam. Keputusan seri 0 – 0. Perlawanan ini baru menguji sikit ‘team’ Malaysia di tempat lawan.

‘Highlight’ ni memang tak bias. Dia tunjuk semua serangan kedua-dua team. Tapi, serangan Vietnam lagi banyak daripada Malaysia.

Ketiadaan Aidil memang merencatkan sikit pertahanan Malaysia. Kalau nak jadi ‘defender’ memang kena laju dan agresif. Muslim dan Fadhli Shas sebagai pemain bek tengah nampak kurang agresif sedikit. Boleh dikatakan semua perlawanan. Tak tahu kenapa, bila Vietnam main banyak ‘crossing’ bek mula berterabur, nampak macam kurang komunikasi antara ‘defenders’.

Serangan minit ke 8. No. 24 (Muslim), kedudukannya jauh daripada pemain Vietnam, sampaikan Vietnam dapt buat ‘one-two’ mudah walaupun dah ada 6 orang dah dalam kotak penalty. Kalau perasan ada seorang pemain Vietnam duduk luar sekali selepas sepakan dibuat. Kalau buatnya bola tu muntah, memang dah gol dah sebiji.

Serangan minit ke 13 pon sama. Nampak ada pemain Vietnam dua orang duduk luar sebelah kiri tunggu bola muntah ‘crossing’. Kalaulah percubaan tu muntah, boleh jadi Vietnam dapat gol. Kalau perasan no. 27 (Fadhli Shas) tu lambat masuk bola tinggi, bila no 24 (Muslim) keluar dia undur tak tahu nak buat apa, no.24 (Muslim) nampak macam takut-takut nak ‘challenge’ bola tinggi, no. 27 (Fadhli Shas) lepas tu angkat-angkat tangan macam salahkan orang lain. Aiyo brother, what were you doing? Kurang komunikasi depa ni.

Serangan minit ke 16, pertahanan kelihatan kemas sedikit. Semua ‘defenders’ rapat dengan pemain Vietnam.

Serangan minit ke 22, satu perkataan jer boleh describe. ‘Wasted’.

Serangan minit ke 30. Goalkeeper Malaysia sangat mantap! Hero Malaysia malam tuh. Boleh main Everton ganti Tim Howard dia ni.

Serangan minit 45. No 12 (Amar Rohidan), apa hang buat tuh? Nasib baik yang rembat tuh bukan Bastian Schweinsteiger.

Sepakan percuma minit 50. Bravo goalkeeper Malaysia. Tabik spring untuk Khairul Fahmi kerana melakukan ‘saved’ yang mantap.

‘Crossing’ minit 61. Fadhli hilang ‘marker’, tak cukup agresif untuk ‘challenge’ bola. Tandukan tu nasib baiklah tepat ke Goalkeeper.

Minit 71. Padan muka Vietnam. Agak-agaklah nak ‘dive’ pun. Macam sukan renang dah lagaknya. ‘Tackle dummy’ yang menarik daripada no. 17 (Kunalan ).

Minit 84. Bermain 10 orang, Vietnam masih lagi menyerang. No. 27 (Fadhli) sekali lagi lambat ‘cover’ bahagian bahaya. Hurm, muda lagi budak ni. Belum cukup pengalaman kot. Umur baru 19. Minta-minta boleh ganti masuk ‘defender’ lain untuk ‘final’ nanti.

Serangan minit 87. Safiq Rahim pulak kelihatan ketandusan idea di situ. Banyak ‘options’ lagi untuk lebih kreatif di bahagian serangan.

Serangan Malaysia banyak tak menjadi. ‘Long pass attack’ memang  susah nak menjadi kalau pemain Malaysia cepat letih. Penyerang kena pandai ‘hold’ bola untuk tunggu pemain tengah naik, tapi masalahnya, pemain tengah semuanya lambat sampai sebab pancit. Yang ada pun Kunalan sahaja sempat sampai kat depan. Fitness pun boleh jadi sebab Malaysia boleh kalah. Bahagian tengah kurang berfungsi. Kurang ‘short pass’.

Satu hal lagi, pemain-pemain Malaysia ni suka tuding-tuding jari lepas satu-satu serangan. Hal ni takkan dapat bantu pertahanan sebab psikologi pemain dah terganggu.  Hurm, ini mungkin jadi masalah juga, semua tak mengaku kesilapan sendiri kalau gol dah bocor nanti. Harap Safiq Rahim sebagai kapten dapat mengawal keadaan psikologi pemain lain dalam padang.

Pestabola Merdeka dah menang, Sukan Sea dah menang. Suzuki Cup jer belum lagi. Sudah tentu semua mengharapkan Malaysia boleh buat yang terbaik untuk menang perlawanan akhir nanti. Malaysia Boleh!

Advertisements

2 thoughts on “Finale

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s